4 research outputs found

    ARABIC DISCOURSE MARKERS IN AL-JAZEERA.NET NEWS ARTICLE

    Get PDF
    This study investigates discourse markers (DMs) development and diversity in accordance with the Modern Standard Arabic (MSA) approach employed in online news articles. 867 football news articles were downloaded from Al-Jazeera.net to analyse the use of discourse markers (DMs) based on previous studies along with Modern Standard Arabic grammar books as well as the theories of Fraser (2005) and Al-Khawaldeh (2014). Both data coding and analysis were completed manually. The results showed that in linking textual fragments, discourse markers under the Additive category are the most frequently used within all the articles. In fact, the study also found that DM wa was most frequently used in articles compared to other discourse markers. For each category, the researcher discovered a set of new discourse markers that were not considered in previous works. The manual coding process has also led to the discovery of a new category – Affirmative, with a comprehensive list of discourse markers. It is hoped that this study can function as an important reference for researchers who are interested to delve deeper into the area

    Persepsi terhadap pensyarah dan hubungannnya dengan tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar bahasa Arab

    Get PDF
    Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji (1) tahap persepsi pelajar terhadap pensyarah bahasa Arab, (2) hubungan korelasi antara persepsi pelajar terhadap pensyarah dengan tahap kawalan kepercayaan pembelajaran, dan (3) perbezaan antara pelajar yang berbeza tahap kawalan kepercayaan pembelajaran dalam konteks persepsi mereka terhadap pensyarah. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik strategi pembelajaran kendiri (self-regulated learning strategy) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Ia melibatkan seramai 455 orang sampel yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Dapatan kajian menunjukkan bahawa (1) persepsi pelajar bahasa Arab terhadap pensyarah adalah tinggi, (2) terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar dengan tahap persepsi mereka terhadap pensyarah dan (3) terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang berbeza tahap kawalan kepercayaan pembelajaran dalam konteks persepsi mereka terhadap pensyarah. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap pensyarah dipengaruhi oleh tahap kawalan kepercayaan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini mempunyai implikasi terhadap penilaian pensyarah oleh pelajar, iaitu data yang diperolehi daripada persepsi pelajar sahaja tidak boleh dijadikan ukuran yang mutlak dalam menilai pensyarah kerana ia dipengaruhi oleh faktor sampingan yang lain seperti tahap kawalan kepercayaan pembelajaran mereka. Oleh itu, ia harus ditriangulasikan dengan sumber yang lain seperti penilaian rakan setugas ataupun penilaian pakar

    Makna semantik kerja perintah Bahasa Arab, peranannya dalam ilmu Usul al-Fiqh dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

    No full text
    This paper highlights a variety of meanings and usage of the imperative verb in Arabic semantic and its signifance in the discipline of Usul al-Fiqh (Islamic Jurisprudence). It begins with the definitions of Arabic imperative verb as defined by the scholars of linguistics and the Quranic interpretors as well. The study discovers that there is a variety of literal and contextual meanings of Arabic imperative verb that can be found from the Quranic verses, the Sunnah of the Prophet P.B.U.H. and Arabic poems as discussed by the Quranic interpretors, the Sunnah commentators as well as the scholars of linguistics. As a matter of fact, this factor contributes to the derivation of different Islamic legal rulings from their sources even though they are acquired from the same Arabic imperative verb. Thus, it is crucial to the Mujtahid or Muslim jurist to understand the nature and the practical application of Arabic imperative verb in deriving Islamic legal rules from their sources which are primarily in Arabic. In addition, this paper presents the beauty of Arabic language that is chosen by Allah to be the language of the Holy Quran, as the main guidance for the whole mankind and the implication of this study towards the teaching and learning Arabic

    Penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar dan hubungannya dengan nilai kursus - استخدام اللغة العربية الشفهية لدى الطلبة وعلاقته بتقييمهم الدورة

    No full text
    Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji (1) tahap penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar UiTM, (2) hubungan korelasi penggunaan bahasa dengan nilai kursus bahasa Arab dalam kalangan pelajar dan (3) perbezaan tahap penggunaan bahasa Arab lisan antara pelajar yang mempunyai tahap nilai kursus yang berbeza. Kajian yang berbentuk campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan instrumen soal selidik strategi pembelajaran kendiri (self-regulated learning strategies). Ia melibatkan seramai 444 orang sampel yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Ia juga menggunakan temu bual pelajar seramai 13 orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa (1) pelajar menggunakan bahasa Arab lisan dalam persekitaran mereka secara sederhana, malah penggunaan di luar kelas adalah lebih sederhana berbanding penggunaan di dalam kelas, (2) terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara penggunaan bahasa Arab lisan dengan nilai kursus dan (3) terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar yang mempunyai tahap nilai kursus yang berbeza. Kajian ini mencadangkan agar tahap nilai kursus dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan bahasa Arab lisan
    corecore