10 research outputs found

    Pola pendedahan internet dan impaknya terhadap kefahaman Islam di kalangan ahli akademik di UKM dan USIM

    Get PDF
    Kemudahan internet telah memberi kemudahan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dapat mempelajari, memahami dan mengenali Islam dengan mudah menerusi laman sesawang, blog, newsgroup, laman sosial dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kebanjiran maklumat Islam yang disediakan melalui internet boleh memberikan kesan yang signifikan terhadap golongan yang terdedah dengan maklumat khususnya ahli akademik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola pendedahan internet di kalangan ahli akademik dan impaknya dalam memahami aspek akidah, syariah dan akhlak. Seramai 206 ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi responden. Kajian telah mendapati, pola pendedahan internet di kalangan responden adalah tinggi berdasarkan faktor demografi ahli akademik dan penggunaan internet. Dalam konteks memahami Islam, internet telah memberikan kesan yang sederhana terhadap aspek akidah, syariah dan akhlak. Internet juga telah mendatangkan kesan yang signifikan terhadap penghayatan akhlak dan sikap dalam kehidupan beragama di kalangan responden. Dalam masa yang sama, kajian ini juga mendapati kebanjiran maklumat Islam atau fatwa online di internet telah memberi kesan tertentu terhadap institusi agama yang berautoriti seperti JAKIM, jabatan agama negeri (JAIN) dan lain-lain. Ini menunjukkan internet merupakan medium yang penting bagi masyarakat muslim hari ini dalam konteks mendapatkan ilmu dan memahami tentang Islam. Namun ianya harus digunakan secara bijak kerana terdapat aspek-aspek yang boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan beragama masyarakat Islam

    Hubungan insentif keimanan dan amalan pengajaran: kajian terhadap guru tahfiz swasta di negeri Perak

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menyingkap insentif keimanan dan hubungannya dengan amalan pengajaran guru di maahad-maahad tahfiz al-Quran swasta Negeri Perak. Kajian telah melibatkan (33) orang guru sebagai sampel secara rawak mudah di Maahad-maahad Tahfiz terpilih. Bagi mencapai objektif kajian satu set soal selidik yang mengandungi (15) item bagi mengukur insentif keimanan yang telah diberikan kepada para guru dan (10) item digunakan sebagai instrumen untuk mengukur amalan pengajaran. Dapatan dari soal selidik dianalisis secara deskriptif menunjukkan secara keseluruhan tahap insentif keimanan yang telah diberikan oleh pengurus atau pentadbir maahad berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min (4.60) manakala tahap amalan pengajaran guru adalah sederhana dengan nilai min (3.44). Dapatan kajian turut menunjukkan hubungan yang signifikan antara insentif keimanan yang diberikan oleh pengurus maahad dan amalan pengajaran guru. Implikasi kajian merumuskan amalan pengajaran guru perlu dipertingkatkan terutama kepada aspek pemahaman ayat-ayat al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz

    Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur

    Get PDF
    Komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal atau tidak formal. Pengajian takmir masjid merupakan salah satu bentuk pengajian tidak formal yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Komunikasi dalam pengajaran ini lebih ditentukan mengikut mesej agar diterima oleh khalayak sasaran untuk membantu kefahaman dan penghayatan hidup beragama yang lebih berkualiti. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian deskriptif. Dengan menggunakan metod analisis kandungan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentukbentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat bentuk komunikasi pengajaran yang digunakan dalam kalangan pengajar-pengajar takmir di Malaysia iaitu berbentuk komunikasi syarahan, motivasi, tunjuk cara dan berbantukan teks. Dapatan ini menunjukkan bentuk komunikasi yang digunakan memberikan kesan terhadap penerimaan pengajaran takmir di institusi masjid

    Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-Muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah / Abd Hadi Borham

    Get PDF
    Mohd Fadli Yusof is an independent dāʻī from the state of Perak Darul Ridzuan. He has been involved the da’wah work to the non-Muslim community in the rural area of Pensiangan, Sabah since 2011. In two years, he was succeeded converting 269 of non- Muslims from various backgrounds such as farmer, hunter, priest, pastor, students etc. Therefore, the aims of this study is to identify the da’wah approach, factors attracting or influencing the da’wah approach and the problems of the da’wah approach of Mohd Fadli Yusof in the Islamization of the non-Muslim community in the rural areas of Pensiangan, Sabah. The research methodology was used the qualitative through by library and field study methods. In the field, data was obtained with participation observation method and interviewing selected informants (purposive sampling) in Kampung Padang, mukim of Sepulut, Pensiangan, Sabah. The results showed that three da’wah approaches of Mohd Fadli Yusof in the Islamization of the non-Muslim community in the rural areas of Pensiangan are al-ḥikmah, mawʻiẓah al-ḥasanah and mujādalah approaches. The al-ḥikmah approach was carried out by giving da’wah work to the non-Muslims without force, good relationships with non-Muslim, understand the psychology of non-Muslim, visit and give gifts to non-Muslims repeatedly, as well as inviting them for feasts (makan kenduri). Meanwhile, the mawʻizah al-hasanah approach was done by giving da’wah work through oral teaching and showing examples or models of Islamic way of life. While, the almujādalah approach was made through dialogues with non-Muslims during visits. Also the findings showed eight attraction factors on the Mohd Fadli Yusof da’wah approaches toward non-muslim community in the rural of Pensiangan. These factors are qudwah attraction, quwwah attraction, variant attraction, repeated attraction, concern attraction, targhīb and tarhīb attraction, similarity attraction in samawi religion and connecting attraction. This study found the Mohd Fadli Yusof approaches was succeeded converting the non-Muslims belief to ʻaqidah Islam and also developing the good example for social and economy life in the rural of Pensiangan. However, the findings also showed several problems regarding the da’wah approach of Mohd Fadli Yusof in the rural areas of Pensiangan. These problem are Mohd Fadli Yusof health problem, bad examples from previous dāʻī, obstacle from the Christian missionaries in Sabah etc

    Metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman Sabah

    Get PDF
    Suku kaum Murut merupakan salah satu etnik pribumi yang kedua terbesar dan tertua di negeri Sabah.Masyarakat Murut masih kurang beragama Islam berbanding Kristian khususnya di pedalaman Sabah. Dalam konteks ini, Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas telah mendekati masyarakat non-muslim khususnya daripada suku kaum Murut di pedalaman Pensiangan Sabah sejak tahun 2011. Beliau telah berjaya mengislamkan seramai 269 non-muslim di pedalaman Sabah,yang terdiri daripada suku kaum Murut. Bagi melihat perkara tersebut, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman khususnya di Pensiangan. Reka bentuk kajian yang digunakan secara kualitatif dengan kaedah pemerhatian ikut serta dan temu bual berdasarkan persampelan bertujuan. Pemilihan responden juga melibatkan pelbagai pihak bagi mengukuhkkan kesahan data. Hasil kajian menunjukkan metod dakwah Mohd Fadli Yusof yang dikenal pasti ialahmemahami psikologi mad’u,menarik psikologi madʻū dengan kelainan dan kesamaan, membina hubungan sosial yang baik dengan golongan madʻū, menggunakan komunikasi berhemah dan menarik psikologi mad’u dengan masjid.Dakwah beliau telah diterima baik oleh golongan madʻū dalam suku kaum Murut yang beragama Kristian dan pagan. Dapatan ini juga menunjukkan pengislaman tersebut telah meningkatkan jumlah penganut Islam dalam kalangan suku kaum Murut di Sabah

    Nilai-nilai murni dalam kepimpinan pengajaran guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Mualim

    Get PDF
    Islam adalah agama yang berteraskan kepada ilmu pengetahuan dan nilai murni seperti yang diwahyukan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendidikan dalam Islam adalah untuk membentuk insan yang seimbang di antara ilmu dan nilai (adab). Kertas ini bertujuan membincangkan senario kepimpinan pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) berasaskan nilai-nilai murni Islam di sekolah menengah di Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat, satu kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah Daerah Mualim Perak. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada murid di sekolah-sekolah tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 172 orang murid yang telah memberi maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan. Seterusnya data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.00. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kepimpinan pengajaran islamik GPI berada pada tahap yang tinggi, begitu juga pencapaian murid dalam mata pelajaran pendidikan Islam turut berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu dapatan menunjukkan kepimpinan pengajaran islamik guru pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan sebanyak (53%) dengan penguasaan mata pelajaran pendidikan Islam. Implikasi kajian merumuskan amalan kepimpinan pengajaran berteraskan nilai-nilai murni Islam oleh GPI merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan penguasaan mata pelajaran pendidikan Islam murid

    The Influence of al-Sahihayn on Popular Hadith Literatures: The Case of Khazinah al-AsrarJalilah al-Adhkar

    No full text
    The compilations of authentic hadith by alBukhari (d. 870) and Muslim (d. 875) known collectively as al-Sahihayn serve for the Sunnis as the second highest source of religion after the Quran. The stringent methods in hadith selection and appraisal in these books have contributed to their credibility and reliability as a primary religious source, and many succeeding works attempted to emulate them, though with varying results. Some popular hadith literatures have also utilized al-Sahihayn as their main source of hadith quotation to enhance their status of acceptance, notwithstanding some compromises and modifications. This is particularly the case with a 19th century hadith compilation known as Khazinah al-Asrar Jalilah al-Adhkar by Muhammad Haqqi al-Nazilli (d. 1884). Thus, this paper aims to delve into this topic in further details. It attempts to analyze the role and influence of al-Sahihayn on Khazinah alAsrar, the extent of compliance of its author with the former, and the overall implication of its extensive methodology on succeeding hadith works, particularly in Southeast Asia

    Penerimaan pengajian takmir di institusi masjid sebagai pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi pengukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat Muslim

    Get PDF
    Pengajian takmir di masjid merupakan salah satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 1985. Ia telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pengukuhan kefahamaan Islam dalam masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan responden terhadap bahan dan metod pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Sebanyak 30 buah masjid di negeri Selangor sampel telah dipilih dengan menggunkan kaedah persampelan rawak kluster. Seramai 400 responden telah dipilih di tiga zon daerah masjid kariah negeri Selangor. Data kajian telah dikumpul menggunakan menggunakan soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan nilai kekerapan, peratus, purata min dan analisis varian sehala (ANOVA). Hasil kajian mendapati penerimaan responden terhadap mawduk dalam pembelajaran akidah dengan nilai purata min di tahap tinggi (min = 3.90), penerimaan mawduk dalam pembelajaran ibadah dengan purata min di tahap tinggi (min = 4.03), penerimaan mawduk dalam pembelajaran akhlak dengan purata min di tahap tinggi (min = 3.98), penerimaan mawduk dalam pembelajaran hadith dan tafsir dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69), dan penerimaan mawduk dalam pembelajaran sirah dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69). Dapatan kajian turut mendapati penerimaan responden terhadap metod pengajaran pengajar dengan nilai purata min di tahap sederhana (min = 3.58). Terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan responden mengikuti pengajian takmir masjid dengan bahan yang disediakan (P = 0.007, P<0.05) dan metod pengajaran yang disampaikan (P = 0.035, P<0.05). Implikasi kajian menunjukkan pengajian takmir masjid telah diterima dengan baik dalam masyarakat Islam kerana memberikan nilai penting kepada pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi mengukuhkan kehidupan beragama. Justeru pengajian takmir masjid yang dijalankan harus menyusun secara sistematik terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan kurikulum, bahan pengajaran kepada peserta dan latihan pengajar agar ia memberikan kesan yang positif kepada masyarakat Islam

    Global variation in postoperative mortality and complications after cancer surgery: a multicentre, prospective cohort study in 82 countries

    No full text
    © 2021 The Author(s). Published by Elsevier Ltd. This is an Open Access article under the CC BY-NC-ND 4.0 licenseBackground: 80% of individuals with cancer will require a surgical procedure, yet little comparative data exist on early outcomes in low-income and middle-income countries (LMICs). We compared postoperative outcomes in breast, colorectal, and gastric cancer surgery in hospitals worldwide, focusing on the effect of disease stage and complications on postoperative mortality. Methods: This was a multicentre, international prospective cohort study of consecutive adult patients undergoing surgery for primary breast, colorectal, or gastric cancer requiring a skin incision done under general or neuraxial anaesthesia. The primary outcome was death or major complication within 30 days of surgery. Multilevel logistic regression determined relationships within three-level nested models of patients within hospitals and countries. Hospital-level infrastructure effects were explored with three-way mediation analyses. This study was registered with ClinicalTrials.gov, NCT03471494. Findings: Between April 1, 2018, and Jan 31, 2019, we enrolled 15 958 patients from 428 hospitals in 82 countries (high income 9106 patients, 31 countries; upper-middle income 2721 patients, 23 countries; or lower-middle income 4131 patients, 28 countries). Patients in LMICs presented with more advanced disease compared with patients in high-income countries. 30-day mortality was higher for gastric cancer in low-income or lower-middle-income countries (adjusted odds ratio 3·72, 95% CI 1·70–8·16) and for colorectal cancer in low-income or lower-middle-income countries (4·59, 2·39–8·80) and upper-middle-income countries (2·06, 1·11–3·83). No difference in 30-day mortality was seen in breast cancer. The proportion of patients who died after a major complication was greatest in low-income or lower-middle-income countries (6·15, 3·26–11·59) and upper-middle-income countries (3·89, 2·08–7·29). Postoperative death after complications was partly explained by patient factors (60%) and partly by hospital or country (40%). The absence of consistently available postoperative care facilities was associated with seven to 10 more deaths per 100 major complications in LMICs. Cancer stage alone explained little of the early variation in mortality or postoperative complications. Interpretation: Higher levels of mortality after cancer surgery in LMICs was not fully explained by later presentation of disease. The capacity to rescue patients from surgical complications is a tangible opportunity for meaningful intervention. Early death after cancer surgery might be reduced by policies focusing on strengthening perioperative care systems to detect and intervene in common complications. Funding: National Institute for Health Research Global Health Research Unit

    Effects of hospital facilities on patient outcomes after cancer surgery: an international, prospective, observational study

    No full text
    © 2022 The Author(s). Published by Elsevier Ltd. This is an Open Access article under the CC BY 4.0 licenseBackground: Early death after cancer surgery is higher in low-income and middle-income countries (LMICs) compared with in high-income countries, yet the impact of facility characteristics on early postoperative outcomes is unknown. The aim of this study was to examine the association between hospital infrastructure, resource availability, and processes on early outcomes after cancer surgery worldwide. Methods: A multimethods analysis was performed as part of the GlobalSurg 3 study—a multicentre, international, prospective cohort study of patients who had surgery for breast, colorectal, or gastric cancer. The primary outcomes were 30-day mortality and 30-day major complication rates. Potentially beneficial hospital facilities were identified by variable selection to select those associated with 30-day mortality. Adjusted outcomes were determined using generalised estimating equations to account for patient characteristics and country-income group, with population stratification by hospital. Findings: Between April 1, 2018, and April 23, 2019, facility-level data were collected for 9685 patients across 238 hospitals in 66 countries (91 hospitals in 20 high-income countries; 57 hospitals in 19 upper-middle-income countries; and 90 hospitals in 27 low-income to lower-middle-income countries). The availability of five hospital facilities was inversely associated with mortality: ultrasound, CT scanner, critical care unit, opioid analgesia, and oncologist. After adjustment for case-mix and country income group, hospitals with three or fewer of these facilities (62 hospitals, 1294 patients) had higher mortality compared with those with four or five (adjusted odds ratio [OR] 3·85 [95% CI 2·58–5·75]; p<0·0001), with excess mortality predominantly explained by a limited capacity to rescue following the development of major complications (63·0% vs 82·7%; OR 0·35 [0·23–0·53]; p<0·0001). Across LMICs, improvements in hospital facilities would prevent one to three deaths for every 100 patients undergoing surgery for cancer. Interpretation: Hospitals with higher levels of infrastructure and resources have better outcomes after cancer surgery, independent of country income. Without urgent strengthening of hospital infrastructure and resources, the reductions in cancer-associated mortality associated with improved access will not be realised. Funding: National Institute for Health and Care Research
    corecore