4 research outputs found

    Kesan perkongsian maklumat kesihatan dan kadar pencarian maklumat kesihatan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan ibu bapa

    Get PDF
    Perkembangan pelbagai jenis laman sesawang di Internet yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan, memudahkan maklumat untuk dicari, difahami dan dihasilkan semula oleh berjuta pengguna Internet di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pencarian maklumat di Internet di Malaysia adalah lebih menjurus kepada hiburan, politik dan juga sukan tetapi tidak terfokus kepada maklumat kesihatan. Perlindungan kesihatan seperti pencegahan penyakit berjangkit, dadah, pemakanan dan sebagainya adalah masih di tahap yang membimbangkan. Oleh itu, tahap perlindungan penyakit dapat ditingkatkan dengan adanya perkongsian maklumat kesihatan dalam keluarga. Malah, perkongsian maklumat kesihatan yang dijalankan dengan efektif akan mengubah tingkahlaku kesihatan mereka. Dengan menggunakan Teori Model Pencarian Maklumat melalui Perantara Komputer dan Teori Model Perubahan Tingkahlaku Transteoretikal, kajian ini melihat perhubungan antara amalan pencarian maklumat kesihatan di Internet dan perkongsian maklumat tersebut dalam kalangan ibu bapa di Malaysia dengan perubahan tingkahlaku kesihatan. Sebanyak 400 orang responden yang tinggal berhampiran akses kesihatan dan Internet terlibat dengan kajian ini. Hasil kajian mendapati, faktor maklumat menyumbangkan 2.2% varians terhadap pencarian maklumat kesihatan bagi sejumlah 400 orang responden kajian ini. Ini bermakna faktor maklumat merupakan peramal utama yang menyebabkan ibu bapa mencari maklumat kesihatan melalui Internet. Selain itu, pembolehubah kovariat iaitu perkongsian maklumat kesihatan memberi kesan yang signifikan terhadap perkaitan antara pola pencarian maklumat kesihatan dengan tiga aspek perubahan tingkahlaku kesihatan, iaitu amalan gaya hidup, amalan pemakanan dan amalan pencegahan dan perlindungan kesihatan. Oleh itu, pencarian maklumat kesihatan akan lebih berkesan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan dengan adanya perkongsian maklumat kesihatan dalam kalangan ibu bapa

    Pengaruh Pemahaman Tabayyun Terhadap Tindakan Penerimaan Maklumat Melalui Media Sosial dalam kalangan Pelajar

    No full text
    Perkembangan teknologi komunikasi membantu manusia berhubung antara satu sama lain dan berkongsi pelbagai maklumat melalui media sosial menjadikannya medium yang sangat penting dalam penyaluran dan penyebaran maklumat. Walau bagaimanapun, sekiranya penyebaran maklumat tidak dikawal dengan baik, maka ia akan membawa kepada kesan yang tidak baik. Islam telah menetapkan supaya umatnya menyelidiki ataupun bertabayyun terlebih dahulu dalam menerima apa-apa jua berita dan maklumat daripada orang ramai. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kefahaman pengguna media sosial mengenai konsep tabayyun dan apakah tindakan mereka dalam menerima maklumat yang kurang jelas. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengaruh pemahaman tabayyun terhadap tindakan penerimaan maklumat kurang jelas melalui media sosial. Kajian ini melibatkan 190 orang pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik secara atas talian. Hasil kajian mendapati pelajar memahami konsep tabayyun dan secara tidak langsung mempengaruhi tindakan mereka dalam penerimaan maklumat. Pelajar akan menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diterima sebelum berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain

    Factors influencing tabayyun in political information among Gen Z: a preliminary study

    No full text
    In Malaysia, internet usage increase every year and is largely dominated by Gen Z. The youth group has easy access to the internet and they use new media most often. New media is also more independent, offering more extensive and open discussion when compared to traditional media. However, if the dissemination of information is not well controlled, then it will lead to negative conduct. In Islam, those who receive any news or information should analyze and verify the accuracy of the information first which is tabayyun. Therefore, this preliminary study was carried out to analyses the factors that influence Generation Z in Malaysia ages from 12 to 30 to practice tabayyun when they receive political information and news through social media. This study involved 190 students from Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) using a quantitative method by distributing questionnaires online. Factor analysis has been conducted for independent variables and produced four constructs namely responsibility, authority, self-awareness, and understanding. Then, correlation and multiple regression analyses were conducted to examine the relationship between Tabayyun practice and various potential predictors (independent variables). It was found that these variables statistically significantly predicted Tabayyun practice, F (4,185) = 98.324, p < 0.005, R2 = 0.68. All four variables added statistically significantly to the prediction, p < 0.05. This finding shows that the responsibility, authority, self-awareness, and understanding factors are the main predictor that causes Generation Z to practice Tabayyun when they receive political information through social media. It is recommended that future studies can be conducted to identify other demographic factors that might influence Tabayyun practice

    Kempen Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Rintis Berkenaan Impak Penggunaan Papan Tanda Sebagai Medium Komunikasi

    No full text
    Penggunaan papan tanda sebagai medium penyampaian maklumat sudah tidak asing lagi di negara ini. Kempen-kempen kesihatan di negara ini turut tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai salah satu agen penyebarluasan informasi kepada masyarakat. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menilai impak penggunaan papan tanda sebagai medium promosi Kempen Penyalahgunaan Dadah. Reka bentuk kajian keratan rentas kuantitatif digunakan bagi kajian ini. Sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 29 tahun telah direkrut sebagai sampel kajian dari kawasan negeri Pulau Pinang. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa penggunaan papan tanda sebagai medium promosi bahaya penyalahgunaan dadah mempunyai keberkesanan kepada golongan belia. Penambahbaikan dari segi kreativiti persembahan kandungan dalam papan tanda boleh terus dijalankan bagi meningkatkan impak medium ini kepada masyarakat
    corecore