8 research outputs found

    Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi

    Get PDF
    Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. Kajian ini yang pertama bertujuan untuk mengenalpasti jenis emosi dan kedua pengurusan emosi remaja mengikut gender dikalangan remaja yang mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian gender dan emosi ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual mendalam untuk melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan pengurusan emosi dengan melihat faktor budaya. Emosi yang dirasai remaja dilihat dari sudut emosi positif dan negatif. Seramai sepuluh orang pelajar menjadi informan dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati remaja perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki lebih terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Selain itu, emosi sedih dan malu lebih tertumpu kepada remaja perempuan berbanding lelaki. Secara amnya, informan dalam kajian ini menguruskan emosi dengan mendapatkan bantuan dari ibu, rakan-rakan dan kaunselor

    Golongan mudamat rempit: suatu ekspresi sub budaya

    Get PDF
    The research discusses the activities and sub-culture of a Mat Rempit group (outlaw bikers) in Kuala Lumpur. The research problem focuses on the sub-cultural activities and social expressions of specific norms and values of the group not only through motorcycle racing but also through other related activities such as their involvement in music, motorcycle thefts and drugs. Forty-five youths in Kuala Lumpur aged between 17 and 26 were selected using the purposive sampling method, and 7 of them were chosen for in-depth interviews which were conducted from Januari until November 2007. The research aims to describe the Mat Rempit group activities and examine the specific elements existing within their sub-culture and the various social expressions of Mat Rempit group who were involved in using the social and physical spaces as well as the available opportunities to carry out their specific activities and sub-culture. The research shows that amidst the various social transformations that are taking place within the society today, the Mat Rempit sub-culture is a form of social reaction and collective solution of the youths to the conventional norms and values which are perceived to limit their social activities. Mat Rempit activities and sub-culture are indirectly the group’s expression of life experiences and, more often than not, their leisure activities are seen by the public as socially problemati

    Self-integrity and family support as assets for resilient urban at-risk youth

    Get PDF
    While most of the Malaysian youth literature view young people as problematic and chaotic, this research aims to highlight that at-risk young Malaysians also possessed developmental assets which could contribute to their resilience level. This research explores at-risk youth resilience and predicts which protective factor is the most utilized. To be specific, at-risk young people who lived at the outskirt of metropolitan Kuala Lumpur were targeted. Survey designed method on 744 young people of Pantai Dalam, Kuala Lumpur who lived in low cost government flats. Integrity and family support predict levels of resilience. The results show that under disadvantaged environment, family support could sustain young people's resiliency in facing difficulties of life. This research argues that internal asset and family institution contributes to at-risk young people's internal defense system. This research recommends that future research should study the quality of family support and reveal the quality facets of resilience

    Pola dan faktor yang mempengaruhi peminuman minuman keras remaja Dusun Malaysia (The pattern and factors of alcohol consumption among the Malaysian Dusun youths

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan isu berkaitan pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja. Kajian menumpukan kepada jenis, pola minum dan faktor-faktor remaja minum minuman keras berdasarkan pengalaman dan persepsi remaja. Kajian dijalankan di sekitar daerah Ranau dengan menjadikan Kampung Noopung dan Kampung Lansat sebagai kawasan tumpuan kajian. Jenis data yang dikumpul ialah data kuantitatif dan kualitatif. Lima puluh remaja Dusun yang mempunyai pengalaman secara langsung mengambil minuman keras dipilih sebagai responden survei menggunakan kaedah snowball. Empat orang informan utama pula terdiri daripada golongan remaja dan dewasa yang banyak mengetahui tentang pengambilan minuman keras dalam masyarakat. Data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temubual mendalam. Hasil kajian mendapati remaja mula minum minuman keras serendah umur bawah 15 tahun. Mereka lebih banyak minum minuman keras tradisional, namun sudah cenderung minum bir yang dikategorikan sebagai minuman keras kosmopolitan. Remaja mudah memperolehi minuman keras di rumah pengusaha, kedai runcit dan restoran. Mereka sering minum di waktu perayaan, di hujung minggu dan bersama rakan sebaya. Umumnya pengambilan minuman keras di kalangan remaja dipengaruhi oleh faktor sikap dan persekitaran sosial. Sikap meliputi sikap ritual, convivial dan utilitarian. Faktor sekitaran sosial pula adalah incitement, availability dan example. Faktor incitement meliputi kebenaran minum tidak kira usia sewaktu pesta dan ritual budaya, dorongan rakan sebaya, daya beli remaja, identiti kelelakian. Faktor availability pula meliputi keadaan mudah mendapat minuman keras di pesta, kedai runcit, di rumah-rumah pengusaha dan restoran. Faktor example pula meliputi contoh yang mudah diikuti daripada amalan rakan sebaya, ahli masyarakat dan iklan

    Golongan muda mat rempit: suatu ekspresi sub budaya

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkan oleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti dan ekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktiviti yang berkaitan dengannya seperti berhibur melalui muzik, mencuri motosikal dan mengambil dadah. Pengkaji telah memilih 45 orang responden menggunakan kaedah pesampelan bertujuan dalam satu kerja lapangan yang dijalankan dari Januari hingga November 2007. Responden yang dipilih adalah Mat Rempit di Kuala Lumpur berusia antara 17 hingga 26 tahun. Seramai 7 orang responden telah ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti Mat Rempit dan mengenal pasti elemen-elemen khusus dalam sub-budaya yang diamalkan oleh mereka. Kajian turut melihat ekspresi sosial golongan Mat Rempit melalui aktiviti serta sub-budaya mereka yang melibatkan penggunaan ruang fizikal dan sosial serta peluang untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan sub-budaya mereka. Kajian mendapati sub-budaya yang terhasil merupakan suatu reaksi dan penyelesaian berbentuk kolektif golongan Mat Rempit terhadap budaya masyarakat konvensional yang dipersepsikan membatas kehendak dan keinginan orang muda seperti terpancar melalui pelbagai aktiviti dan sub-budaya khusus mereka, dan pada masa sama cenderung mempermasalahkan penggunaan masa lapang mereka

    Emosi dan punca anak wanita Hiv/Aids berada di rumah perlindungan.

    Get PDF
    Anak kepada wanita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka.Wanita HIV selalunya terpaksa menghantar anak ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak berupaya untuk menjaga anak sendiri. Rumah perlindungan difikirkan sebagai tempat yang paling sesuai apabila tidak ada ahli keluarga yang ingin menjaga anak mereka terutama yang HIV. Artikel ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenalpasti alasan kanak-kanak HIV/AIDS berada di rumah perlindungan. Kedua, menyelami perasaan mereka setelah berada di rumah perlindungan. Perbincangan ini diasaskan kepada data yang didapati daripada temu bual mendalam dengan 12 orang kanak-kanak HIV/AIDS yang ditempatkan di dua rumah perlindungan di Kuala Lumpur, iaitu PERNIM (tujuh orang) dan Rumah Solehah (lima orang), yang dilakukan dalam tahun 2009 hingga 2010. Terdapat empat penyebab yang menyebabkan responden ditempatkan di PERNIM dan Rumah Solehah, iaitu (a) dihantar oleh ahli keluarga, (b) ditinggalkan di hospital oleh keluarga, (c) dibuang di tempat awam dan (d) ditemui oleh pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat terbiar di jalanan. Tanpa keluarga di sisi, kanak-kanak ini merasa sedih, ragu-ragu, takut,bimbang dan marah. Mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga sendiri seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, mereka merasa gembira, bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menjaga, merawat, mendidik, memberi makan dan memberi perlindungan kepada mereka. Di rumah perlindungan mereka dapat merasa kehidupan berkeluarga dan disayangi walaupun bukan daripada darah daging sendir

    Pemahaman komuniti Penan tentang makna keperkasaan dalam Program Penempatan Semula (PPS) di Daerah Belaga, Sarawak (Penan community’s understanding of the meaning of empowerment in the Resettlement Program (PPS) of Belaga District, Sarawak)

    Get PDF
    Keperluan komuniti tempatan seringkali diabaikan di peringkat dasar makro dan adalah amat penting untuk melibatkan pandangan dunia mereka dalam program pembangunan komuniti secara holistik dan bersepadu. Pandangan dunia komuniti lokalmenyediakan maklumat yang mencukupi tentang keperluan dan aspirasi komuniti ini dalam program pembangunan. Hal ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasaran pembangunan dan kumpulan pelaksana pembangunan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti Penan tentang makna pemerkasaan dalam program penempatan semula, Belaga, Sarawak. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologi dan strategi penyelidikan abduktif. Paradigma ini menumpukan pada pengalaman kehidupan komuniti Penan yang dibentuk oleh nilai mereka sendiri dan pengalaman hidup seharian. Data dikumpulkan melalui temu bual mendalam yang dijalankan dengan 50 orang peserta program penempatan semula di kawasan Sungai Asap dan Sungai Koyan, Belaga. Pemahaman mereka tentang makna pemerkasaan telah dianalisa daripada tema-tema yang terbit daripada pengetahuan, pengalaman, dunia harian, tafsiran, tindakan dan reaksi dari pandangan dunia mereka. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman komuniti Penan tentang makna pemerkasaan merujuk pada pemerkasaan dalaman dan luaran. Dengan erti kata lain ia merangkumi proses di mana seseorang individu atau sebuah kumpulan boleh menggunakan kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk memajukan dalaman dan luaran diri dan komuniti mereka sendiri. Aspek pemerkasaan adalah penunjuk utama yang perlu ditangani oleh pembuat dasar apabila merangka pelan baru yang komprehsif untuk menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti luar bandar. Kajian akan datang harus mengutarakan impak pengetahuan tempatan, keperluan khusus tempatan dan pandangan dunia lokal dalam memastikan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan

    Prevalence of Vancomycin-Resistant Enterococcus (VRE) in Poultry in Malaysia: The First Meta-Analysis and Systematic Review

    No full text
    Databases such as PubMed, Scopus and Google Scholar were searched. Data extraction and assessment of study protocol was done by two independent reviewers and the results were reviewed by a third. OpenMeta analyst and comprehensive meta-analysis (CMA) were used for the meta-analysis. The random effect model was used, publication bias and between-study heterogeneity was assessed. Seventeen studies were added to the final meta-analysis. Studies were sampled from 2000–2018 and of the 8684 isolates tested, 2824 were VRE. The pooled prevalence of VRE among poultry in Malaysia was estimated at 24.0% (95% CI; 16.7–33.1%; I2 = 98.14%; p < 0.001). Between-study variability was high (t2 = 0.788; heterogeneity I2 = 98.14% with heterogeneity chi-square (Q) = 858.379, degrees of freedom (df) = 16, and p < 0.001). The funnel plot showed bias which was confirmed by Egger’s test and estimates from the leave-one-out forest plot did not affect the pooled prevalence. Pooled prevalence of VRE in chickens and ducks were 29.2% (CI = 18.8–42.5%) and 11.2%, CI = 9.0–14.0%) respectively. Enterococcus faecalis was reported most with more studies being reported in Peninsular Malaysia Central region and used antibiotic disc diffusion as detection method. Increased surveillance of VRE in poultry in Malaysia is required
    corecore