research

Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi

Abstract

Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. Kajian ini yang pertama bertujuan untuk mengenalpasti jenis emosi dan kedua pengurusan emosi remaja mengikut gender dikalangan remaja yang mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian gender dan emosi ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual mendalam untuk melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan pengurusan emosi dengan melihat faktor budaya. Emosi yang dirasai remaja dilihat dari sudut emosi positif dan negatif. Seramai sepuluh orang pelajar menjadi informan dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati remaja perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki lebih terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Selain itu, emosi sedih dan malu lebih tertumpu kepada remaja perempuan berbanding lelaki. Secara amnya, informan dalam kajian ini menguruskan emosi dengan mendapatkan bantuan dari ibu, rakan-rakan dan kaunselor

    Similar works