43 research outputs found

    Mengatasi kelemahan profesionalisme dalam kerja melalui penghayatan karekter hamba-hamba ar-Rahman

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan konsep profesionalisme dari aspek kerja dan hubungannya kepada karekter-karekter satu kumpulan manusia yang terpilih yang disebut sebagai hamba-hamba Ar-Rahman seperti yang termaktub dalam al-Quran ayat 63-77 surah al-Furqan (surah ke-25). Tujuannya untuk memberikan penyelesaian alternatif kepada isu yang belum diselesaikan mengenai profesional di tempat kerja atau profesionalisme dari aspek kerja

    Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi

    Get PDF
    Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke- 19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an. Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘ilmi. Kepelbagaian definisi ini memberi implikasi positif dan negatif terhadap penerimaan dan pemahaman maksudnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis istilah yang diguna pakai dalam tafsir ‘ilmi dan menilai semula definisi tafsir ‘ilmi yang dikemukakan oleh para sarjana. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis dokumen terhadap kamus, kitab ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir wa Ittijahatuhu, ensiklopedia dan karya sarjana tertentu yang membincangkan istilahnya dari aspek bahasa dan istilah. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan definisi tafsir ‘ilmi ialah tafsir yang menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur’an tertentu berpandukan penemuan sains moden yang sahih dan tetap berteraskan konsep sains tauhidik. Ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsir bukan sahaja merangkumi ayat kawniyyat, malah termasuk juga ayat yang berkaitan pensyariatan hukum dan kesihatan. Selain itu, kajian mencadangkan terjemahan istilah tafsir ‘ilmi yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu ialah tafsir sains tauhidik. Pemahaman terhadap istilah tafsir ‘ilmi amat penting bagi memastikan tafsiran yang dilakukan tepat dan tidak bertentangan dengan makna sebenar yang dikehendaki oleh ayat serta fungsi al-Qur’an sebagai kitab hidayah terus terpelihara.

    Aplikasi kaedah pentafsiran ayat Mutashabihat dalam tafsir Melayu

    Get PDF
    Para ulama tafsir terdahulu telah banyak mentafsirkan ayat Mutashabihat. Beberapa kaedah pentafsiran telah digunakan dalam mentafsirkan ayat Mutashabihat mengikut pelbagai mazhab iaitu mazhab ulama golongan Ahli Sunnah, Mushabbihah, Mujassimah, Muktazilah dan Rawafid. Perbahasan ayat Mutashabihat juga banyak dibahaskan dalam tafsir-tafsir Melayu. Oleh itu, kajian ini mempunyai signifikasi yang tinggi untuk mengenal pasti kaedah pentafsiran ulama tafsir yang terdahulu mempengaruhi pentafsiran di dalam kitab tafsir Melayu pada masa kini sekaligus mengetengahkan kitab-kitab tafsir Melayu pada masa kini yang dihasilkan oleh pengarang Melayu. Kaedah analisis kandungan terhadap beberapa kitab tafsir Melayu telah digunakan bagi mendapatkan data dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian membuktikan bahawa aplikasi tafsir ayat Mutashabihat dalam kitab tafsir Melayu adalah bertepatan dengan kaedah yang digunakan di dalam tafsir-tafsir muktabar seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, dan lain-lain lagi. Implikasinya dapat memudahkan dan membantu masyarakat Melayu memahami tafsiran ayat Mutashabihat

    Analisis fiqh kesetaraan gender Musdah Mulia

    Get PDF
    Salah satu gerakan yang dilakukan golongan feminis Muslim adalah dekontruksi hukum-hakam fiqh. Musdah sebagai tokoh feminis liberal Indonesia telah mengkritik fiqh klasik kerana dalam pandangan beliau ada ketidakadilan kepada wanita. Beliau juga mendakwa bahawa fiqh klasik hanya sekadar pentafsiran al-Quran dan Sunnah berdasarkan budaya. Oleh itu, ianya sudah tidak relevan lagi dari sisi hukum, begitu juga metodologi. Musdah menawarkan prinsip-prinsip dasar untuk menghadirkan fiqh kesetaraan gender. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip fiqh kesetaraan gender menurut pandangan Musdah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, Musdah menetapkan enam prinsip dasar untuk menghadirkan fiqh kesetaraan. Pertama, prinsip kemaslahatan. Kedua, prinsip keadilan dan kesetaraan. Ketiga, prinsip hak asasi manusia. Keempat, prinsip pluralisme. Kelima, prinsip nasionalisme. Manakala yang keenam, prinsip demokrasi. Melalui prinsip-prinsip ini beliau telah melakukan rombakan hukum-hakam Islam. Implikasi kajian ini telah mendedahkan hakikat prinsip-prinsip fiqh kesetaraan yang ditawarkan Musdah. Umat Islam hendaklah memperdalam kaedah-kaedah usul fiqh yang digunakan ulama’ supaya tidak mudah terpesong dari ajaran Islam sebenar

    Metode pentafsiran gender Musdah Mulia

    Get PDF
    Musdah dikenal sebagai tokoh feminis muslimah Indonesia yang sangat lantang menyuarakan kesetaraan gender. Beliau mendakwa pentafsiran klasik telah menempatkan wanita lebih rendah daripada lelaki kerana dipengaruhi oleh kehidupan sosial yang patriarki, ekonomi dan politik yang berkembang pada ketika itu. Akibatnya, pentafsiran klasik telah dijadikan sebagai rujukan teologi untuk merendahkan kedudukan wanita. Beliau bukan sekadar mengkritik pentafsiran klasik, malah mempertikai metode yang biasa digunakan ulama dalam mentafsirkan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti metode dan pendekatan tafsir gender Musdah. Dalam menjalankan kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa model pentafsiran Musdah adalah bi al-ra’yi (pemikiran), malah boleh dikategorikan dengan tafsir bi al-ra’yi mazmum (pemikiran tercela). Manakala metode yang digunakan adalah mawdūci (tematik), ini dapat dilihat daripada pentafsiran beliau yang berdasarkan tema-tema. Selain itu, Musdah juga menggunakan beberapa pendekatan pentafsiran, iaitu pendekatan analisis gender, tafsir perspektif wanita, kritik sejarah dan bahasa Arab. Implikasi kajian ini adalah mendedahkan metode tafsir gender yang digunakan Musdah. Pentafsiran yang diasaskan kepada pemikiran semata-mata perlu untuk diwaspadai demi memahami Islam yang sebena

    PENGURUSAN STRES MELALUI PENDEKATAN ISTIGHATHAH

    Get PDF
    Nowadays stress is not a foreign thing that happened in the life of a believer or non-believer. Each individual will not be spared from suffering stress, and every individual is different deal with stressful situations because it is closely related to their lifestyle. Many people consider stress they experienced as motivation against him, and some others think stress is a problem that must be bear it. Therefore stress need to be overcome effectively in order not to affect the soul prosperity and harmony life. On the religious perspective stress is a test from Allah to His servants. Therefore, religion plays an important role in resolve the various issues and problems of human life, especially with regard to the problem of stress. This is because religion is closely related to mental and emotional health. Thus there are various approaches to religion can be used to treat stress, which is an approach to faith, worship and morality. As a result of this study is to identify stress management approach that is religious worship Istighathah. The method used in this study is a qualitative research method based on past studies and analysis of primary sources such as books, journals, theses, al-Quran and Hadith used for information analysis. In addition, the study found that the approach can be used to treat stress with Istighathah approach is to perform dhikr, pray, pray, read the Quran and seek forgiveness, it can give peace of mind and reassurance. It is expected that the appropriate approach used by the Muslim community in treating stress

    Hadith dalam Manuskrip Umdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin

    Get PDF
    Manuskrip Umdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin (Kod No. 09/NKI/YPAH/92) adalah sebuah karya agung mufti Kerajaan Aceh Darussalam pada abad ke 17M, iaitu Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Manuskrip ini membicarakan tentang panduan perjalanan rohani seorang salik yang ingin menuju kepada Allah s.w.t dengan bersumberkan nas-nas al-Qur’an dan juga hadith-hadith Nabi s.a.w. Sungguhpun begitu, hadith-hadith yang diungkap tersebut tidak dinyatakan sumber bagi status dan kualitinya. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti hadith-hadith yang di guna oleh Shaykh Abdul Rauf ketika menulis karyanya Umdat al-Muhtajin agar nilai akademik manuskrip ini terserlah di kalangan masyarakat Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode pentakhrijan hadith. Dapatan kajian telah mendapati bahawa kebanyakan hadith yang terdapat di dalam manuskrip ini adalah maqbul dan boleh di gunakan sebagai dalil dan hujah. Sekiranya hadith tersebut adalah daif sekalipun ia tetap dibolehkan untuk beramal dengannya kerana setengah ulama telah membenarkan beramalnya secara bersyarat, dan jika didapati shawahid bagi hadith tersebut, statusnya akan terangkat kepada hasan li ghairih. Sehubungan itu, manuskrip ini adalah amat sesuai untuk tatapan awam dan juga sebagai bahan kajian dan penyelidikan para pengkaji.Manuskrip Umdat al-Muhtajin Ila Suluk Maslak al-Mufridin (Kod No. 09/NKI/YPAH/92) adalah sebuah karya agung mufti Kerajaan Aceh Darussalam pada abad ke 17M, iaitu Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Manuskrip ini membicarakan tentang panduan perjalanan rohani seorang salik yang ingin menuju kepada Allah s.w.t dengan bersumberkan nas-nas al-Qur’an dan juga hadith-hadith Nabi s.a.w. Sungguhpun begitu, hadith-hadith yang diungkap tersebut tidak dinyatakan sumber bagi status dan kualitinya. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti hadith-hadith yang di guna oleh Shaykh Abdul Rauf ketika menulis karyanya 'Umdat al-Muhtajin agar nilai akademik manuskrip ini terserlah di kalangan masyarakat Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode pentakhrijan hadith. Dapatan kajian telah mendapati bahawa kebanyakan hadith yang terdapat di dalam manuskrip ini adalah maqbul dan boleh di gunakan sebagai dalil dan hujah. Sekiranya hadith tersebut adalah da'if sekalipun ia tetap dibolehkan untuk beramal dengannya kerana setengah ulama telah membenarkan beramalnya secara bersyarat, dan jika didapati shawahid bagi hadith tersebut, statusnya akan terangkat kepada hasan li ghairih. Sehubungan itu, manuskrip ini adalah amat sesuai untuk tatapan awam dan juga sebagai bahan kajian dan penyelidikan para pengkaji

    Kaedah tafsiran al-Quran Halo-N di dalam buku al-Fathun Nawa

    Get PDF
    Buku tafsir al-Fathun Nawa adalah sebuah karya yang dikarang oleh Halo-N atau nama sebenar beliau ialah Haji Ahmad Laksamana Bin Haji Omar. Buku al-Fathun Nawa ini merupakan sebuah buku kajian al-Quran yang mengandungi pentafsiran yang mengaitkannya dari sudut konteks ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun, didapati pengarang menggunakan kaedah yang berbeza daripada kaedah ulama-ulama tafsir sebelum ini. Menurut Halo-N, ia adalah suatu kelainan yang ingin dibawa bersesuaian dengan sifat al-Quran sebagai sebagai ibu pencetus ilmu di semua bidang meliputi ilmu duniawi dan ukhrawi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan buku tafsir al-Fathun Nawa dan mengkaji metode pentafsiran yang diaplikasikan dalam perbahasan buku ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis dokumen dan temubual bersama tokoh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir atau penghuraian ayat-ayat al-Quran yang diaplikasikan oleh Halo-N menggunakan kaedah tersendiri dan tidak menepati kaedah tafsir yang diaplikasikan dalam konteks tafsir bi al-ma’thur atau tafsir bi al-ra’yi dan tanpa berpandukan pada mana-mana rujukan jumhur ulama terutama dalam bidang tafsir. Implikasi kajian menunjukkan bahawa buku al-Fathun Nawa ini tidak sesuai dijadikan rujukan bagi masyarakat dalam memahami al-Quran dan seharusnya mencari rujukan yang lebih berautoriti yang telah disepakati kesahihannya bagi mengelakkan salah faham dan penyelewenga

    Perkembangan ilmu Munasabah dan sumbangannya pada konsep kesatuan tema al-Qur’an

    Get PDF
    Ilmu Munasabah ialah salah satu ilmu penting dalam pentafsiran al-Qur’an. Artikel ini bertujuan menganalisis sejarah perkembangan ilmu Munasabah sejak awal kemunculannya sehingga menjadi satu cabang ilmu yang sistematik dalam pentafsiran al-Qur’an pada waktu ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis kandungan terhadap karya-karya Ulum al-Qur’an, kitab-kitab tafsir yang mengaplikasikan ilmu Munasabah dan kajiankajian semasa para sarjana berkenaan dengan ilmu Munasabah. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati ilmu Munasabah telah mengalami proses perkembangan dan pematangan sehingga mencetuskan ilmu kesatuan tema surah dan kesatuan tema alQur’an itu sendiri. Implikasi kajian menunjukkan pentingnya kefahaman terhadap ilmu Munasabah ini agar para pentafsir al-Quran dapat memberikan kefahaman yang komprehensif kepada satu-satu nas al-Qur’an dan membuktikan bahawa al-Qur’an adalah kalam Allah S.W.T yang sempurna tanpa sedikitpun kecatatan

    Pemikiran Musdah mulia dalam pembaharuan pentafsiran al-Quran

    Get PDF
    Musdah merupakan seorang tokoh feminis muslimah Indonesia yang cukup dikenali dan banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan pemikiran dan pendapat-pendapatnya yang sering bertentangan dengan pendapat majoriti sarjana Islam. Salah satu ideanya adalah pembaharuan pentafsiran atau mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran. Beliau berpandangan telah berlaku bias dalam pentafsiran yang dibuat sarjana klasik, sehingga menyebabkan kedudukan wanita dipandang lebih rendah daripada lelaki. Selain daripada itu beliau juga menyebutkan bahawa sarjana tafsir klasik mentafsirkan al-Quran sesuai dengan budaya yang berkembang ketika itu, iaitu budaya patriarki di mana lelaki lebih dominan daripada perempuan. Sedangkan tujuan utama Islam datang adalah untuk menegakkan keadilan dan membebaskan manusia dari semua bentuk ketidakadilan, termasuk ketidakadilan gender. Musdah menegaskan, jika terdapat pentafsiran al-Quran yang tidak sesuai dengan cita-cita utama Islam tadi maka perlu untuk dikaji semula. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti pemikiran Musdah tentang pembaharuan pentafsiran al-Quran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa Musdah menawarkan, bahkan membuat model pentafsiran baru. Terdapat tiga prinsip asas yang ditawarkan Musdah dalam membuat pembaharuan pentafsiran. Pertama, prinsip maqasid sharicah yang mengandungi nilai-nilai keadialan (al-cadl), kemaslahatan (al-maslahah), kebijaksaan (al-hikmah), kesetaraan (al-musawah), kasih sayang (al-rahmah), pluraslime (al-tacaddudiyah), dan hak asasi manusia (huquq al-insaniyah). Kedua, prinsip relativisme dengan pengertian semua pentafsiran bersifat relatif. Ketiga, menggunakan metode tafsir tematik sesuai dengan pendekatan Binti Syati’. Implikasi kajian ini adalah mendedahkan idea pembaharuan tafsir Musdah yang mana bentuknya sama dengan yang disuarakan tokoh-tokoh feminis lainnya. Umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih rujukan pentafsiran dan mengutamakan pendapat majoriti ulama dalam memahami pentafsiran ayat-ayat al-Quran
    corecore