15 research outputs found
Severe endogenous endophthalmitis with panophthalmitis-lessons to learn
Endogenous endophthalmitis is a devastating intraocular infection. Finding the primary infection and directed treatment is life-saving. We describe a 47-year-old man, with uncontrolled diabetes mellitus, who presented with two weeks history of progressive reduced vision and redness of the left eye (LE). He was generally unwell since a month, previously. Examination showed relative afferent pupillary defect (RAPD) in the affected eye and visual acuity was hand movement. There was moderate anterior chamber and vitreous reaction. Fundus examination showed a huge dome-shaped choroidal mass covering the entire macula. Diagnosis of severe endogenous endophthalmitis was made, with isolation of Enterobacter sp. from his blood culture. Meanwhile, he also had elevated inflammatory markers with presence of leucocytosis, neutrophilia and elevated erythrocyte sedimentation rate (ESR) as well as C-reactive protein (CRP). Vitreous tap and aqueous tap had no growth, He improved with combination of intravitreal and systemic antibiotic, as shown by the resolved fever and reduced inflammatory markers but progressive inflammation occluded the fundus details and the LE vision eventually became no projection of light despite treatment. Subsequently, he developed rubeotic glaucoma and was treated conservatively because the LE was painless with poor vision. The repeated blood culture and urine was normal. In conclusion, endogenous endophthalmitis with eventual panophthalmitis is difficult to treat and has very poor visual prognosis. Our case highlights the challenges faced in the management of vision-threatening endophthalmitis and panophthalmitis in this patient
Penggunaan Bahasa Arab lisan dan hubungannya dengan strategi pengurusan sumber
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek
elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan mengkaji (1)
tahap penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar UiTM, (2) hubungan
korelasi antara penggunaan bahasa Arab lisan dengan strategi pengurusan sumber yang
terdiri daripada empat subkomponen iaitu strategi pengurusan masa dan pembelajaran,
strategi pengurusan usaha, strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi mencari
bantuan, dan (3) perbezaan penggunaan strategi pengurusan sumber dalam kalangan
pelajar yang mempunyai tahap penggunaan bahasa yang berbeza. Kajian ini berbentuk
kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan satu instrumen soal
selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) dan temu bual pelajar. Data
kuantitatif melibatkan seramai 455 orang sampel yang dipilih berdasarkan teknik
persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa (1) tahap penggunaan bahasa Arab lisan dalam kalangan pelajar adalah
sederhana, malah penggunaan bahasa di luar kelas adalah lebih sederhana berbanding di
dalam kelas, (2) terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara tahap penggunaan
bahasa Arab lisan dengan penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi
pengurusan masa dan pembelajaran, serta (3) terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar yang berbeza
tahap penggunaan bahasa Arab lisan. Kajian ini mencadangkan agar tahap pengunaan
strategi belajar bersama-sama rakan serta strategi pengurusan masa dan pembelajaran
dapat dipertingkatkan supaya tahap penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar juga
meningkat. Antara lainnya, ia dapat dilakukan melalui aktiviti berkumpulan secara
kolaboratif dan juga penggunaan pembantu pembelajaran dalam kalangan pelaja
Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (Uitm) (The Use Of Peer Learning Strategy Among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi Mara (Uitm))
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu
subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk
melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam
konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara
kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri
(self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for
Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat
dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified
random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar.
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini
pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan
bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap
kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar
untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini
mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sendiri
Descemet membrane detachment post- phacoemulsification
We report the case series of phacoemulsification-related Descemet membrane
detachment (DMD) encountered at a tertiary hospital in Kuala Lumpur. Case 1
was an iatrogenic DMD which was detected intraoperatively and managed early with good outcome. Case 2 and case 3 described unusual presentation of
DMD which was initially undiagnosed. This report highlights the use of anterior
segment optical coherence tomography (ASOCT) in detecting and confirming the
correct diagnosis for DMD. With the aid of an experienced corneal specialist, the
higher threshold for suspicious occurrence of DMD was confirmed using ASOCT.
Treatment was tailored accordingly, with successful clearance of corneal oedema
and visual recovery. This case series highlighted the importance of proper operative
documentation and high threshold for suspicion for DMD in focal corneal oedema
following an otherwise uneventful cataract surgery. It is concluded that ASOCT is
an excellent tool to confirm diagnosis of DMD and success of treatment
Masquerade syndrome: an ocular involvement of lung cancer.
We report a case of a 37-year-old smoker who presented with painless and sudden onset of loss of upper field vision of the right eye, associated with one month history of dry cough which was unresponsive to antibiotic and subsequent anti- tuberculosis therapy. Visual acuity at presentation was counting finger. There was bullous retinal detachment on examination. Radiological imaging revealed multiple lung opacities, involving the brain and the right orbit. Bronchoscopy and biopsy confirmed the diagnosis of adenocarcinoma of the lung. This case illustrates masquerade syndrome of which a lung carcinoma harbours behind a seemingly innocent retinal detachment. It also highlights the importance of entertaining lung carcinoma as a differential diagnosis in suspected tuberculosis among heavy smokers
CASE REPORT Masquerade Syndrome: An Ocular Involvement of Lung Cancer
ABSTRAK ABSTRACT We report a case of a 37-year-old smoker who presented with painless and sudden onset of loss of upper field vision of the right eye, associated with one month history of dry cough which was unresponsive to antibiotic and subsequent antituberculosis therapy. Visual acuity at presentation was counting finger. There was bullous retinal detachment on examination. Radiological imaging revealed multiple lung opacities, involving the brain and the right orbit. Bronchoscopy and biopsy confirmed the diagnosis of adenocarcinoma of the lung. This case illustrates masquerade syndrome of which a lung carcinoma harbours behind a seemingly innocent retinal detachment. It also highlights the importance of entertaining lung carcinoma as a differential diagnosis in suspected tuberculosis among heavy smokers
Flourescein Angiogram and Funduscopic Features of Radiation Induced Retinopathy: A Descriptive Value of Retinopathy Severity in Patients with Nasopharyngeal Carcinoma
Retinopati akibat dari radiasi (RR) ialah komplikasi yang sering berlaku kepada pesakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaitan RR dengan dos radiasi yang diterima oleh pesakit NPC melalui pemeriksaan mata dan fundus fluorescein angiogram (FFA). Suatu kajian rentas lintang telah dilakukan melibatkan pesakit NPC yang telah menerima rawatan radiasi di Klinik Onkologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). Sebanyak 82 mata dari 42 pesakit telah diperiksa dan prevalence RR didapati sebanyak 35.4%. Keterukan RR berkait rapat dengan dos radiasi kepada retina (Nilai Spearman correlation = 0.48, p<0.001). Antara ciri- ciri RR yang dilihat melalui pemeriksaan FFA ialah salur darah telangiectatic (26.2%) dan capillary non-perfusion (14.3%). Retinal neovascularization dilihat berlaku kepada 10.7% dari mata yang diperiksa. Keterukan penglihatan didapati berkait rapat dengan keterukan RR dengan 26% daripada mata tersebut mempunyai penglihatan 6/18 atau lebih teruk. Lebih dari satu pertiga pesakit mendapat RR, dengan maculopathy radiasi sebagai penyebab yang paling kerap dilihat sebagai penyebab kehilangan penglihatan yang signifikan. FFA ialah alat yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda awal RR dan maculpathy
Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga
Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan satu instrumen soal selidik yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Bagi data kuantitatif, seramai 297 orang sampel dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 21 siri temu bual bersama pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, aktiviti dan amalan pembelajaran yang boleh menggalakkan autonomi pelajar dapat digunakan secara intensif bagi membina tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar
Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab.
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 yang melibatkan seramai 445 orang sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO7 yang melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap komponen ini pula menunjukkan bahawa jangkaan untuk berjaya dalam kursus di UiTM berada pada tahap yang tinggi manakala jangkaan untuk menguasai kemahiran lisan bahasa Arab secara umum berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan agar konsep
jangkaan terhadap keupayaan kendiri perlu diterapkan dalam kalangan pelajar bersesuaian dengan pencapaian mereka yang berbeza. Begitu juga, bahan pembelajaran
Penggunaan bahan pembelajaran dalam kursus Bahasa Arab
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk
menilai kadar kekerapan penggunaan bahan pembelajaran bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan di UiTM. Ia berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dengan
menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas. Bagi data kuantitatif, teknik pensampelan rawak berstrata digunakan, melibatkan seramai 455 orang pelajar dan 48 orang pensyarah. Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 13 siri temu bual pelajar dan lapan temu bual pensyarah. Pemerhatian di dalam kelas pula membabitkan 12 siri pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya penggunaan buku teks sahaja berada pada kadar kekerapan yang tinggi, manakala bahanbahan
yang lain berada pada kadar kekerapan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kandungan buku teks semata-mata. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam penggunaan bahan
pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti penggunaan bahan yang bersifat autentik melalui medium komputer dan Internet. Penggunaan buku teks pula adalah sebagai panduan semata-mata dan bukanlah matlamat akhir pembelajaran. Bahan pembelajaran juga perlu menyokong minat, keperluan dan motivasi pelajar. Mereka juga
perlu mempunyai autonomi dalam memilih bahan yang mereka perlukan dan minati