research

Flourescein Angiogram and Funduscopic Features of Radiation Induced Retinopathy: A Descriptive Value of Retinopathy Severity in Patients with Nasopharyngeal Carcinoma

Abstract

Retinopati akibat dari radiasi (RR) ialah komplikasi yang sering berlaku kepada pesakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaitan RR dengan dos radiasi yang diterima oleh pesakit NPC melalui pemeriksaan mata dan fundus fluorescein angiogram (FFA). Suatu kajian rentas lintang telah dilakukan melibatkan pesakit NPC yang telah menerima rawatan radiasi di Klinik Onkologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). Sebanyak 82 mata dari 42 pesakit telah diperiksa dan prevalence RR didapati sebanyak 35.4%. Keterukan RR berkait rapat dengan dos radiasi kepada retina (Nilai Spearman correlation = 0.48, p<0.001). Antara ciri- ciri RR yang dilihat melalui pemeriksaan FFA ialah salur darah telangiectatic (26.2%) dan capillary non-perfusion (14.3%). Retinal neovascularization dilihat berlaku kepada 10.7% dari mata yang diperiksa. Keterukan penglihatan didapati berkait rapat dengan keterukan RR dengan 26% daripada mata tersebut mempunyai penglihatan 6/18 atau lebih teruk. Lebih dari satu pertiga pesakit mendapat RR, dengan maculopathy radiasi sebagai penyebab yang paling kerap dilihat sebagai penyebab kehilangan penglihatan yang signifikan. FFA ialah alat yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda awal RR dan maculpathy

    Similar works