32 research outputs found

    Pembangunan Komuniti Melalui Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (Csr): Kajian Pengalaman Peserta Projek Perladangan Cili Kontrak Di Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan

    Get PDF
    Corporate Social Responsibility (CSR) initiative has been provided as a source for the corporation to contribute together in community development. In this regard, the purpose of this research is to study and identify the experience of the community involved as participants in a CSR initiative project and to analyze how the CSR initiative project undertaken has helped the development of the community. A total of 45 participants of a CSR initiative chilli contract farming project undertaken at Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan has been selected through the theoretical purposive sampling method as respondents for the research. This interpretive research analyses personal experience narratives of the CSR initiative project’s participants obtained through the method of face-to-face interviews. A total of 110 basic themes (TA) has been identified as a the result of thematic analysis which depicting 22 main themes (MT) of the farmers experience as the community involved in the CSR contract farming project. Based on the said main themes, eight categories of community development process and outcome components have been identified comprising 1) human capital, 2) social capital, 3) support by development agency 4) capacity building, 5) support by corporation, 6) social well-being, 7) economic well-being and 8) empowerment building

    Jangkaan impak pembinaan empangan hidroelektrik terhadap komuniti Orang Asli

    Get PDF
    Electricity demand in Malaysia continues to increase due to population growth, expansion of industrial and commercial development. The existing electricity supply cannot fulfill future demands. Therefore, an alternate power supply should be identified. Beside coal, gas and nuclear power, hydroelectric is another ideal means to fulfill the country’s electricity demand effectively because it is renewable, cheap and environment-friendly. Tekai river in Jerantut, Pahang, is an appropriate area for the construction of a hydroelectric dam. Briefing and dialogue series between energy’s company and the indigenous community of (Orang Asli) at Tekai river, and a field trip to Lake Kenyir Hydroelectric Dam have been held. This study aims to explore the Orang Asli community expectation with regard to the potential impacts of hydroelectric dam construction on their livelihood. This research is based on community livelihood model that examines the interconnection of the Orang Asli community with the surrounding natural environment. A qualitative approach is used by performing in-depth interviews with 20 informants. The data analysis is based on a verbatim transcription of the interviews and performed in accordance with emerging themes. Results indicate the community realized that the natural forests and river used for food sources and income have been exploited. They believe this dam will not entirely benefited them in the future; instead, it will be an inconvenience because they cannot arbitrarily enter the dam area. In addition, they cannot adapt for survival due to the lack of forest areas that provide resources. Hence, a few suggestions to improve Orang Asli livelihood by improving education, attitude, minds and skills, strengthening economic empowerment, upgrade infrastructure and basic facilities and implementing youth capacity building programs

    Sumbangan tanggungjawab sosial korporat terhadap amalan pelaburan : kajian kes Program Seminar 360 Hari 1 Malaysia

    Get PDF
    Amalan menabung adalah penting bagi membantu perkembangan ekonomi masyarakat juga dapat meningkatkan kadar tabungan negara. Kesedaran berkaitan kepentingan pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia telah wujud tetapi tahapnya masih rendah. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) dapat membantu menangani isu ini. Program Seminar 360 Hari 1 Malaysia anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur dipilih bagi mencapai tujuan ini. Elemen-elemen tahap pengetahuan, kesedaran, kefahaman, ketersampaian maklumat dan sikap berkaitan pelaburan yang seterusnya mempengaruhi keputusan pelaburan peserta program akan dikaji. Seramai 75 orang peserta yang menyertai program ini telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelaburan adalah tinggi, diikuti tahap kefahaman pelaburan, tahap pengetahuan pelaburan dan tahap ketersampaian maklumat berkaitan pelaburan. Namun sikap terhadap pelaburan bagi peserta masih berada pada tahap sederhana. Hasil analisa kajian mendapati Program Seminar 360 hari berpotensi membantu peserta membuat keputusan dalam pelaburan. Program CSR yang menekankan kepada pendidikan dan pelaburan ini cenderung untuk menarik minat pengguna melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan serta menjadi pemangkin untuk merealisasikan potensi peningkatan pelaburan di Malaysia

    Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh

    Get PDF
    Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat

    Kesediaan graduan memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya

    Get PDF
    Bidang Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang dapat membantu mengurangkan pengangguran negara serta memberi alternatif kepada peluang pekerjaan. Namun begitu, kajian mendapati bidang ini masih kurang dipilih oleh para graduan sebagai pilihan kerjaya. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauhmanakah graduan bersedia untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian. Kajian telah dijalankan kepada 400 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soalselidik telah diedarkan bagi menilai tahap kesediaan graduan melalui kesediaan mereka untuk 1) melakukan apa sahaja untuk menjadi usahawan, 2) bercita-cita untuk menceburi dunia keusahawanan 3) mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan 4) mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan 5) menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan 6) berusaha untuk memulakan perniagaan. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan graduan untuk memilih keusahawanan sebagai bidang kerjaya melalui enam indikator ini menunjukkan skor purata min yang tinggi (min purata 3.47). Namun begitu penelitian terhadap skor bagi indikator kesediaan graduan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan kesediaan untuk memulakan perniagaan menunjukkan tahap skor min yang sederhana. Kajian ini memberi indikasi bahawa walaupun para graduan secara relatif bersedia untuk melakukan apa saja usaha untuk menjadi usahawan, memandang serius cita-cita menjadi usahawan, bersemangat tinggi untuk menceburkan diri dalam dunia usahawan dan bersedia untuk mencari peluang dan sokongan untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan, namun untuk benar-benar melaksanakan perniagaan dan menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan masih berada pada tahap kesediaan yang sederhana. Sehubungan itu, usaha bagi membantu para graduan untuk menyasarkan keusahawanan sebagai pekerjaan dan seterusnya bersedia menjalankan perniagaan perlu diberikan perhatian dalam program keusahawanan graduan

    Faktor-faktor penentu kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam berkahwin di Malaysia

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada pekerja berkahwin dalam sektor awam, iaitu fokus kepada pekerja yang mempunyai suami atau isteri yang juga bekerja (keluarga dwi-pendapatan). Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden terlibat dalam kajian ini. Analisis regresi pelbagai digunakan bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan responden. Hasil kajian menunjukkan umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah, bilangan produk kewangan, sumbangan pendapatan dalam keluarga, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan

    Gaya hidup belia bandar : berjimat, bergaya atau kelangsungan hidup

    Get PDF
    Aktiviti berbelanja di bandar menjadi semakin mencabar kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pilihan gaya hidup mengikut kemampuan dan kehendak setiap individu. Keadaan ini seterusnya membuatkan belia di bandar perlu memilih sama ada hendak menjalani gaya hidup berjimat, bergaya atau sekadar kelangsungan hidup. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti gaya hidup belia bandar. Selain itu, kajian juga menganalisis perbandingan gaya hidup belia bandar dengan beberapa demografi terpilih. Gaya hidup dalam kajian ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu berjimat, bergaya dan kelangsungan hidup. Pendekatan kuantitatif diaplikasikan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian adalah golongan belia yang menetap di bandar Kajang yang berumur 18 hingga 40 tahun. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengutipan data. Kajian berjaya mendapatkan seramai 131 belia sebagai responden. Analisis data secara deskriptif digunakan bagi menjelaskan keseluruhan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa belia bandar lebih mementingkan gaya hidup berjimat dan kelangsungan hidup berbanding gaya hidup bergaya yang mengikut trend semasa. Hal ini menunjukkan belia bandar mempunyai kesedaran dalam menguruskan kewangan mengikut tahap pendapatan dan kemampuan mereka. Hasil kajian turut mendapati terdapat perbezaan gaya hidup belia bandar berbanding gender, umur, status perkahwinan dan tahap pendapatan. Implikasi kajian menyarankan agar belia bandar mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup berjimat demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam tempoh jangka masa panjang

    Strengthening Rural Economy through Regional Development Planning Approach in Sarawak

    Get PDF
    Rural development often linked with regional development and both are considered as detached entities in regional development efforts whereby they are mutually dependent on their development. Both of these developments are tied together by various types of rural-urban-regional linkages and the understanding of the reciprocal relationship behind these areas and consideration of this relationship in regional development strategies are very effective in the development of both areas. This paper seeks to discuss the rural development strategies in Sarawak through the implementation of regional development planning approaches such as the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). For the purpose of data collection, this paper utilized qualitative research method of secondary data analysis of previous studies which did by government agencies and researchers. Therefore, the content analysis was used to analyze the data. The study found that the regional development policies in Sarawak have changed the rural economy by developing physical, social and economic programs under the corridor economic projects

    Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal

    Get PDF
    Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya. Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi kesan kepada identitinya. Selain daripada itu, faktor kontekstual juga berpotensi mewujudkan pola tertentu dalam pengoperasian konsep koperasi. Makalah ini bertujuan mendeskripsi ciri-ciri identiti koperasi pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan teknik temubual dengan enam buah koperasi di negeri Selangor, Perak dan Johor. Data temubual telah dianalisa dengan kaedah tematik bagi mengenalpasti ciri-ciri identiti koperasi. Penemuan kajian menunjukkan koperasi pekebun kecil kelapa sawit dianggotai oleh pekebun atau peneroka dan generasi kedua dari kalangan mereka. Koperasi mempunyai struktur Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih daripada ahli-ahli koperasi dan memiliki autonomi dalam membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah cenderung ke arah portfolio perniagaan yang “selamat” dan “rendah risiko”. Walau bagaimanapun, koperasi pekebun kecil sawit terlibat menunjukkan pola pengembangan portfolio perniagaan yang tidak lagi tertumpu kepada pelaburan atau aktiviti-aktiviti pasif. Koperasi pekebun kecil kelapa sawit cenderung untuk terlibat dalam aktiviti penjanaan hasil yang lebih berdaya maju. Namun begitu secara keseluruhan, orientasi keusahawanan koperasi menunjukkan trend yang konsisten dengan corak penawaran perkhidmatan yang masih bersifat konservatif dan berhati-hati

    Strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin: kajian perbandingan Malaysia dan Indonesia

    Get PDF
    Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat sekarang. Malahan anak-anak muda yang belum tamat pengajian dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap juga telah memilih untuk mempunyai keluarga sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang senantiasa meningkat hari ini, strategi pengurusan kewangan yang betul adalah satu keperluan terutama sekali bagi pasangan muda. Hal ini kerana strategi pengurusan kewangan yang betul akan membantu mahasiswa berkahwin semasa masih belajar menangani masalah kewangan yang serius. Namun begitu, strategi pengurusan kewangan yang diamalkan oleh mahasiswa berkahwin masih belum diketahui sepenuhnya. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia dan di Universitas Bina Darma (UBDI), Indonesia. Kajian menggunakan dua teknik persampelan, iaitu persampelan bebola salji di UKM dan persampelan bertujuan di UBDI. Seramai 50 orang mahasiswa berkahwin disetiap university dianalisis dalam kajian ini. Instrumen pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, purata dan sisihan piawai digunakan bagi menggambarkan hasil kajian. Pengukuran tahap strategi pengurusan kewangan dinilai berdasarkan skor purata, iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di UKM dan di UBDI berada pada tahap sederhana. Maka kajian ini menyarankan agar pasangan mahasiswa yang berkahwin ketika masih belajar perlu mengamalkan stategi pengurusan kewangan yang betul bagi membantu pengurusan dan mengawal perilaku kewangan mereka
    corecore