106 research outputs found

    Tahap penerimaan dan keberkesanan kursus tasawwur islam dalam kalangan mahasiswa asasi di Universiti Malaysia Sabah

    Get PDF
    Penawaran pengajian peringkat asasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah sama seperti yang ditawarkan di universiti tempatan lain iaitu kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam menempuh peringkat asasi di Universiti Malaysia Sabah, para pelajar yang beragama Islam perlu mengikuti subjek Tasawwur Islam sebagai salah satu mata pelajaran wajib. Subjek Tasawwur Islam ini merupakan satu kelangsungan penerapan ilmu keagamaan kepada mahasiswa Muslim bagi memberikan tambah nilai dalam kehidupan mereka. Persoalan yang timbul di sini adalah adakah kursus Tasawwur Islam ini memberi impak yang memberangsangkan terhadap kehidupan pelajar? Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap penerimaan dan keberkesanan kursus Tasawwur Islam dalam kalangan mahasiswa asasi di UMS. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif iaitu berdasarkan soal selidik yang diedarkan menerusi Google Form. Terdapat seramai 50 responden dalam kalangan pelajar-pelajar asasi di UMS yang telah meluangkan masa untuk turut serta memberikan pandangan dan persepsi mereka terhadap tahap penerimaan dan keberkesanan kursus Tasawwur Islam di peringkat asasi. Hasil penawaran kursus Tasawwur Islam di peringkat asasi menunjukkan 84% dari pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar khususnya dalam selok belok agama Islam, 60% pelajar dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian dan 42% pelajar dapat mengubah diri mereka menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Secara keseluruhannya, penawaran kursus Tasawwur Islam di peringkat asasi ini sangat memberikan impak positif terhadap kehidupan mahasiswa bagi menempuh hari-hari yang mendatang

    Sumbangan tun sakaran dandai di dalam perkembangan dakwah islam di Semporna, Sabah

    Get PDF
    Pendakwahan Islam di daerah Semporna, Sabah pada era sebelum merdeka tidak begitu baik meskipun semangat keislaman itu telah berada dalam masyarakat. Adat istiadat bersifat animisme yang masih diamalkan sejak dahulu telah sebati dalam budaya kehidupan mereka. Tun Sakaran Dandai, adalah tokoh politik berpengaruh di daerah Semporna telah berjaya mengetegahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat di sana. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan dan peranan beliau dalam perkembangan dakwah Islam di daerah Semporna melalui beberapa medium iaitu Pertubuhan Islam Seluruh Sabah USIA dan Yayasan Sabdi (Sakaran bin Dandai). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual bersama penduduk setempat dan mereka yang rapat dengan beliau serta pengumpulan data dari buku-buku, jurnal dan laporan yang berkaitan. Hasil dapatan mendapati penglibatan Tun Sakaran Dandai dalam karier politik merupakan pengaruh terbesar dalam penyebaran dakwah Islamiah di daerah Semporna, Sabah. Kewibawaan beliau sebagai seorang ahli politik yang menerapkan konsep dakwah dalam diri dan alam karier politiknya terutama di negeri Sabah terbukti dengan pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2017. Justeru, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin politik yang berjaya menyampaikan risalah dakwah dengan baik dan perlu dicontohi dan diteladani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang ada pada masa kini

    Penyalahgunaan dadah jenis syabu dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan, Sabah: Faktor dan langkah mengatasinya

    Get PDF
    Isu penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan yang sangat ketara ini telah membimbangkan banyak pihak sehingga ia telah meliputi kehidupan seharian masyarakan Islam. Penggunaan Syabu dalam masyarakat Islam di Sandakan, Sabah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu (Methamphetamine) secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam tempatan menerusi faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang dalam penggunaan Syabu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah ini didorong besar oleh faktor sosiodemografi seseorang, faktor ekonomi dan kekurangan penekanan terhadap didikan agama Islam. Faktor sosial juga memainkan peranan di mana faktor rakan sebaya mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka yang terlibat. Kesan daripada penyalahgunaan dadah ini menyebabkan peningkatan kadar jenayah, menjejaskan kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Bagi mengatasi penyalahgunaan Syabu ini semakin berleluasa, terdapat tujuh langkah yang diketengahkan oleh pengkaji sebagai usaha membendung penularan virus ini dalam landskap kehidupan masyarakat Islam di Sandakan khususnya, dan keluarga Malaysia amnya

    The relevance of implementing comprehensive security concept (COMSEC) towards the endemic era of covid-19

    Get PDF
    The discussion in this paper refers to Comprehensive Security (COMSEC) as a continuous effort that is balanced, integrated at every level of government administration and societal structure and across all fields. In order to maintain the Federation of Malaysia’s sovereignty, peace and prosperity, it is necessary to protect the country from all internal and external dangers. This paper discusses COMSEC and its relationship to the sovereignty and security of our nation, Malaysia. The discussion’s focus has shifted when a number of issues were brought up, including the problem of cross-border crime and the current digital threat, where it is important to comprehend COMSEC in order to deal with the Covid-19 outbreak and build public awareness and resilience in order to ensure national security and sustainable development, which is the key to sustainable development. The primary objective of this discussion is to identify the issues that play a significant role in the government’s attempts to implement COMSEC, as well as the challenges faced by the government in addressing the contested issues. The qualitative approach used in this writing uses secondary sources such published study findings, academic writing, online news sources, and public forums. The issue of cross-border crime, such as smuggling, human trafficking, and the invasion of illegal Immigrants (PATI) continues to plague the majority of developing nations, including Malaysia. The problem of digital threats also sparked alarm among the public and the government, since it is one of the issues the government faces in ensuring the security and sovereignty of the nation. In the meantime, there are doctrines regarding the implementation of COMSEC that are still applicable in the current day, but they should be modified to reflect the changing patterns of the times. According to the findings of the study, the government also had a crucial role in preventing the growth of the Covid-19 outbreak in Malaysia. However, other parties also play a crucial role in breaking the chain of the Covid-19 epidemic. Especially in this epidemic period, all parties must work together to realise the government’s goals so that the safety of the people and the nation can be ensured through the application of the COMSEC concept

    The visibility of the enforcement agency integrity commission (EAIC) in strengthening the public sector’s culture

    Get PDF
    As a Federal Statutory Body established by an Act of Parliament and gazetted on 3 September 2009 under Section 3 of the Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 [Act 700], the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) is viewed as having a prominent role in enhancing the culture of integrity. The main purpose of this paper is to discuss the issues of integrity leakage currently facing by the EAIC including (i) Issues Concerning the Cultivation of Bribery Rewards and Corrupt Practices Among Civil Servants, (ii) Issues of Empowering Integrity Education in Sustainable Public Sector Governance, (iii) The Issue of Bureaucracy in Impairing the Efficiency of Human Resources and weakening the Organisational Administrative System, and (iv) The Issue of Exploitation by the Department’s Top Management for Personal Gain, and (v) The Issue of Cartels in Preventing the Loss of National Treasures. This paper applies secondary sources, such as research results published in journals, scholarly writing, online news sources, and public forums, to employ a qualitative methodology. According to the findings of the study found that civil servant’s breach of integrity is a serious concern if corruption and malpractice continue to occur. The study suggests that if the present system in the organisation is plagued by bureaucracy-related issues, it will worsen the situation of integrity in the government, resulting in the paralysis of the country’s governance delivery system. Hence, the crisis of integrity resulting from abuse of power, corruption, and breach of trust which can be interpreted as a frequent betrayal of trust among governments, civil servants, the private sector, and the general public places the nation at risk of having governance systems that are unreliable

    Corruption offences education literacy in preventing the loss of national treasures a review of challenges and concerns

    Get PDF
    This paper’s primary objective is to deconstruct the concerns and challenges that are related with the culture of corruption or viewed as the underlying cause of corruption problems in our country. In light of this circumstance, corruption offences education literacy plays a crucial role in educating the community against corruption. The topics discussed in this article include (i) Integrity, (ii) Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), (iii) Community Role, and (iv) Youth Awareness Efforts. The results of the study present eight (8) mandatory measures to combat corruption, namely 1. Understanding the Characteristics of Corrupt Acts and Gift Giving, 2. Eliminating the Corruption Culture and Abuse of Power as a Standard of Living in the Community, 3. Shaping Public Perception against Corruption in Politics, 4. Educating the Public about the Consequences of Corruption on the National Administrative System, 5. Developing Institutions and Strategies to Combat Corruption, 6. Stressing the Importance of Fighting Corruption Through Experiential Learning, 7. Diverse Methods of Combating Corruption in the Past and Present, and 8. Corruption Law Enforcement and Punishment. The goal of the future study should be to demonstrate that corruption will not be eradicated in the near future whereby education must emphasise learning via the experience of the younger generation in order to instil the nature of integrity, strong spirit, and ethical values, as well as high discipline, so that individuals can build a strong sense of self and fight all sorts of corruption, thus should be prominent in society so as to abolish the culture of corruption in Malaysia

    Content Analysis of Bahasa Melayu Skills in the Malaysian Preschool Curriculum

    Get PDF
    This study aimed to explore contents of Bahasa Melayu skills in the Malaysian preschool curriculum in Speaking and Listening Skill, Reading Skill and Writing Skill. Information obtained through the content analysis method. The National Preschool Curriculum 2001 and the National Preschool Standard Curriculum (Curriculumand Assessment Standard Document (KSPK DSKP 2017 Revision)) for Bahasa Melayu were used to identify the contents of the Bahasa Melayu skills in the preschool curriculum. The results showed that both documents fulfilled the needs of preschool education curriculum, which aimed for students to master language skills effectively. This paper also proposes teachers to prepare effective and fun instructional lessons for their students, which increases teacher’s creativity in designing teaching aids and varying their learning strategies according to the suitability of the students based on the latest KSPK 2017 Revision

    The stages of national education system operation: Issues, rationale, and challenges for the Ministry of Education Malaysia (MOE) in facing post pandemic norms of covid-19

    Get PDF
    In the context of this paper, the discussion on the operation of the national education system to be implemented in stages is highlighted through the issues, rationale and challenges of Malaysia facing the post-pandemic norms of Covid-19. The objective of this writing is to debate the relationship between the Covid-19 pandemic and the efforts of the education sector in transforming Teaching and Learning sessions. Secondary data analysis methods utilise the acquisition of journals, reports, books, interviews, online news and current printed materials. The findings include (i) New Norms of Education, (ii) Mandatory Student Ownership of e-Learning Devices and Gadgets, (iii) Educator Mastery of Online Learning Delivery Methods, (iv) Accessibility of Digitisation of Education Along with the Demands of Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) in Society 5.0, (v) Examination Rescheduling Issues and Fee Payment Rate Reduction, and (vi) Career Prospects of Post-Covid Graduates. The goal of this research looks into (i) the direct impact of school closures created huge learning gaps on children in the country, as well as (ii) rehabilitating the higher education system following the Covid-19 pandemic, enhancing digitalisation of education, empowering up-to-date teacher training, and providing better educational facilities in line with the Covid-19 post-pandemic future education concept

    Keindahan ungkapan doa: Impaknya dalam metode dakwah bil Mauizah

    Get PDF
    Doa merupakan senjata bagi orang-orang Islam. Lantaran itu, ia boleh menjadi wasilah berdakwah secara berhikmah. Selain doa yang dimakbulkan sebagai senjata dakwah, dari segi lain lafaz doa tersebut boleh juga menjadi material dakwah, iaitu melalui ungkapan doa tersebut boleh menjadi material metode dakwah bil mauizah (kata-kata nasihat). Mengkaji bentuk-bentuk kesusasteraan doa dan hubungannya dengan dakwah bil mauizah. Metodologi kajian ialah kajian kualitatif tinjauan perpustakaan sepenuhnya. Wujud dalam al-Quran dan as-Sunah keindahan bahasa doa yang tinggi unsur balaghah, dan pengurusan metode dakwah bil Mauizah. Oleh itu. teliti dalam memetik manamana doa-doa muktabar, dan mengarang doa-doa tertentu yang indah bahasanya dilihat memberikan impak positif dalam dakwah bil Mauizah terhadap diri sendiri dan kepada golongan sasaran dakwah. Sewajarnyalah dalam kehidupan seharian Muslim, doa perlu diuruskan dengan baik, iaitu pertama; jelas maksudnya, ikhlas dari hati, menjaga adab-adab, menggunakan bahasa rintihan dan harapan. Kedua; menyelitkan unsur puitis, iaitu jika berkemampuan menyusun doa secara puitis dan penuh keindahan berbahasa yang menyentuh kalbu maka ia adalah kelebihan seseorang itu kerana mampu melakukan proses bersama dalam doa tersebut iaitu dakwah bil mauizah. Selain itu, doa bil mauizah tersebut juga boleh dijadikan material yang membantu proses tafakur, motivasi, psikoterapi dan kaunseling. Kajian ini berkepentingan menilai semula bentuk bahasa doa yang sesuai yang diamalkan dalam kehidupan seharian dan yang diungkapkan oleh pendakwah dalam berdakwah, berikutan wujud dalam pemahaman masyarakat doa hanyalah sekadar doa dan tidak menimbangkan keperluannya disusun dalam konteks kekuatan bahasa serta implikasinya dalam dakwah bil mauizah

    Faktor Penghalang Poligami: Kajian Kes Ke Atas Guru-Guru Lelaki di Daerah Kinabatangan, Sabah

    Get PDF
    Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat
    • …
    corecore