29 research outputs found

    Kata dan frasa nama

    Get PDF
    Penelitian dan pemerian tentang bentuk dasar kata nama dan frasa nama yang terdapat dalam bahasa Minangkabau di Mukim Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor. Penelitian meliputi kata nama, kata ganti nama dan faras nama

    Status Penggunaan Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia

    Get PDF
    Kajian ini memerikan status penggunaan bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos; status bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, dan juga pemupukan dan pemasyarakatan bahasa Melayu di pulau tersebut; dan sama ada berlaku anjakan paradigma daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan responds daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil penelitian jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dibawa ke Pulau Kokos oleh orang Melayu yang berasal dari tempat-tempat seperti Banjarmasin, Pontianak, Jawa, Makassar, dan Sumatera; dan bahasa ini telah digunakan dengan meluas sejak tahun 1826 sehingga kini. Leluhur orang Melayu Kokos telah dibawa ke Pulau Kokos oleh dua orang Inggeris, iaitu Alexander Hare dan John Clunies-Ross. Orang-orang Melayu tersebut telah membawa budaya, cara hidup, termasuklah bahasa dan agama Islam bersama-sama mereka. Bahasa yang dituturkan di Pulau ini menyamai bahasa Indonesia dialek Jakarta. Orang Melayu Kokos hidup di bawah kekuasaan John Clunies-Ross selama ratusan tahun, dan oleh sebab itu banyak pengaruh leksikal bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka sehari-hari, di samping pengaruh bahasa Portugis dan Belanda. Bahasa Melayu berkembang luas melalui sistem panggilan yang unik dalam keluarga Melayu Kokos dan juga komuniti di Pulau itu. Sehingga kini, mereka mampu mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah pentadbiran dan pengurusan pulau, pendidikan, kegiatan sosiekonomi dan senibudaya. Kajian ini juga memperlihatkan anjakan paradigma daripada bahasa Melayu Kokos kepada bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda. Dalam usaha melestarikan status quo bahasa Melayu, generasi warga emas berusaha bersungguh-sungguh menggalakkan generasi muda menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di rumah malah dalam komuniti Melayu di Pulau Kokos

    Cendekiawan Bahasa Melayu dalam tradisi kesarjanaan barat

    Get PDF
    Apakah istimewanya buku ini sehinggakan anda tidak harus ketinggalan membacanya? Sejarah merakamkan bahawa pada suatu ketika dahulu Kepulauan Melayu merupakan satu kawasan yang luas, yang amat diminati oleh orang Barat. Apakah faktor-faktor yang menggamit mereka datang ke Alam Melayu? Buku ini menggarap tajuk-tajuk tentang sejarah kedatangan sarjana Barat ke Alam Melayu yang didorong oleh pelbagai faktor. Faktor kesarjanaan merupakan faktor penting yang natijahnya berupaya menghasilkan karya-karya penting tentang bahasa dan bangsa Melayu di Alam Melayu. Kelainan buku ini terletak pada kandungannya yang banyak mengemukakan maklumat diri, pendidikan, kajian dan sumbangan para cendekiawan Barat tentang bahasa Melayu. Buku ini juga menyingkap sumbangan penting 40 orang cendekiawan Barat yang mengkaji bahasa-bahasa Austronesia, memaparkan peranan mereka dalam tradisi kajian dan penyusunan perkamusan Melayu dan pengajian Melayu yang berteraskan tradisi kesarjanaan dan persuratan. Penghasilan karya-karya mereka dalam bidang bahasa Melayu khususnya di samping sejarah dan sastera Melayu telah menghidupkan dan mengagungkan bahasa dan bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. Buku ini ada manfaatnya bukan sahaja kepada para pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi sebagai bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara formal, bahkan dapat dimanfaatkan oleh peminat bahasa umumnya, di samping menambah khazanah kepustakaan Melayu

    Makna tersurat dan tersirat dalam iklan di radio berdasarkan Teori Imej

    Get PDF
    Pengiklanan dalam kehidupan hari ini bukanlah suatu perkara yang asing, khususnya dalam bidang perniagaan. Dalam mengiklankan sesuatu barangan kepada khalayak sebagai sasaran, media massa berperanan penting dalam menyebarkan maklumat terbaharu atau mempromosikan sesuatu barangan di pasaran. Radio juga tidak ketinggalan menjadi salah satu media massa yang penting kepada pendengar. Kebanyakan iklan menggunakan makna tersirat dan tersurat dalam menarik perhatian para pendengar untuk membeli produk mereka. Walau bagaimanapun, maksud yang cuba disampaikan dalam iklan kadangkala kurang difahami oleh para pendengar. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharap dapat menjadi panduan dan memberikan pengetahuan serta pemahaman kepada para pendengar terutama berkaitan maksud yang cuba disampaikan dalam iklan tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis makna tersirat dan tersurat dalam iklan yang disiarkan di stesen-stesen radio dengan menggunakan Teori Imej yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman audio bagi iklan-iklan yang dipilih, dirakam dan ditranskripsikan ke dalam bentuk data untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan semantik dalam bidang pengiklanan amat penting agar makna yang hendak disampaikan tepat dan sampai kepada pengguna. Walaupun matlamat akhir pengiklanan adalah untuk melariskan jualan yang merupakan faktor luar linguistik, tetapi hubungannya dengan bahasa adalah amat berkait rapat

    Analisis kata kerja dan frasa kerja bahasa Melayu Kokos di Pulau Home, Australia

    Get PDF
    Makalah ini memerikan bentuk dasar kata kerja dan frasa kerja dalam bahasa Melayu yang digunakan orang Melayu Pulau Kokos, terutamanya di Pulau Home, yang terletak di Lautan Hindi, di luar Dunia Melayu. Kajian ini berasaskan kerangka yang diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (2008). Kajian ini berfokus pada penggunaan kata kerja, dan frasa kerja dalam komunikasi sehari-hari dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di pulau tersebut. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan data kajian, kata dan frasa kerja yang terdapat dalam struktur ayat bahasa Melayu Kokos ialah kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk, termasuklah kata kerja unggulan, kata kerja terbitan, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja bantu. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kokos menggunakan kata kerja sebagai satu sistem nahu yang dapat dibahagikan kepada subsistem tertentu yang penting dalam hubungannya dengan konteks dan makna

    Hassan Ahmad: wira bahasa yang berwibawa

    Get PDF
    Tidak dapat dinafikan Hassan Ahmad adalah nasionalis Bahasa Melayu. Meskipun begitu, hasil kerja beliau tidak semata-mata bertujuan menegakkan nasionalisme Melayu sahaja. Penelitian hemat terhadap kerja beliau memperlihatkan beliau menggunakan pendekatan nasionalis untuk merungkai persoalan sosiologi Bahasa Melayu. Pendekatan ini digunakan beliau dalam konteks nasionalisme Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu Berjaya merealisasikan rangsangan politik untuk tujuan perpaduan dan integrase, selain membangkitkan keyakinan rakyat tentang kemampuan Bahasa Melayu untuk memajukan Negara

    Jalinan hubungan alam Melayu-Republik rakyat China melalui pengajian Melayu: Menjejaki dokumentasi di abad ke-7 hingga kini.

    Get PDF
    Jalinan hubungan diplomatik antara Alam Melayu dan Republik Rakyat China mempunyai sejarah yang panjang.Hal ini terbukti melalui catatan sejarah khususnya bahan dokumen sejarah tentang pengajian Melayu yang dirakamkan oleh para pedagang Cina dan para sarjana Barat dan Timur sejak abad ke-7 hingga kini. Kertas ini memerikan kewujudan hubungan tersebut dengan berdasarkan data-data dan sumber maklumat yang diperoleh melalui kaedah kajian kepustakaan. Sejumlah 371 entri telah dikumpul dan disenaraikan untuk dijadikan panduan dalam usaha menghasilkan satu kajian yang terperinci dalam bidang ini

    Bahasa Melayu di Pulau Kokos: suatu tinjauan sosiolinguistik

    Get PDF
    Kajian ini memerikan fenomena sosiolinguistik bahasa Melayu di Pulau Kokos, khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih. Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini

    Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga

    Get PDF
    Dalam budaya konteks tinggi, penjagaan ‘air muka’ sangat penting kerana berkait rapat dengan maruah dan harga diri yang menjadi asas kepada berlakunya konflik. Konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi individu. Dalam institusi kekeluargaan, konflik tidak dapat dielakkan namun boleh ditangani dengan menggunakan gaya pengurusan konflik yang sesuai. Gaya pengurusan konflik bergantung pada persepsi seseorang itu terhadap konflik yang wujud dengan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, positif atau peluang untuk menjadi lebih kreatif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan serta merumuskan gaya pengurusan konflik yang dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga. Data diambil daripada sembilan peristiwa dalam novel, SAGA karya Abdul Talib Mohd. Hassan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan Teori Pengurusan Air Muka Ting-Toomey dengan menumpukan kepada gaya pengurusan konflik. Terdapat lima gaya pengurusan konflik, iaitu mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan integrasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konflik berlaku disebabkan perasaan aib dan malu yang menjejaskan ‘air muka’ individu dan keluarga. Setiap gaya pengurusan konflik yang dipilih akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif terhadap hubungan kekeluargaan. Kajian juga mendapati, personaliti individu mempengaruhi gaya pengurusan konflik dan memberi kesan terhadap keharmonian keluarga

    Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

    Get PDF
    Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan dan dicadangkan oleh pelbagai pihak. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar. Dari sudut sejarah Nusantara, bahasa Melayu juga dikenali sebagai lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara dalam komunikasi, pertuturan sehari-hari, persuratan dan dalam aktiviti perdagangan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu dapat diterima menjadi bahasa rasmi ASEAN?.Apakah kriteria penting dan faktor yang mewajarkan hal itu. Semua permasalahan tersebut akan diteliti dalam kajian ini. Dua objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor bahawa bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN, dan keduanya, meneliti usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, dalam bentuk buku, kertas kerja, makalah dan siaran akhbar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan bangsa ASEAN bahawa bahasa Melayu bukan sahaja penting dari segi sejarah, tetapi juga kepraktisannya hingga kini. Oleh sebab itu wajarlah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN
    corecore