2 research outputs found
Pengaruh budaya dalam drama Bisikan Malaya
Dasarnya, kebudayaan merupakan cara hidup sesuatu komuniti manusia. Dalam tradisi penulisan drama, terdapat banyak unsur budaya Melayu yang diterapkan ke dalamnya. Namun, budaya Melayu yang wujud dalam karya tersebut, telah menerima banyak pengaruh dari luar hasil proses difusi dan akulturasi. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk meneliti pengaruh budaya yang wujud dalam drama Melayu seterusnya meneliti cerminan masyarakat yang yang terhasil daripada pengaruh budaya menggunakan penerapan teori Sosiologi dalam menganalisis drama yang dimuatkan di dalam antologi drama Bisikan Malaya, iaitu drama Selendang Umi, Muzikal Tenggang dan Kilung Musung
Bahasa dan feminisme dalam filem Shuhaimi Baba
Kajian ini adalah tentang aspek kebahasaan dan feminisme dalam filem Melayu bergenre seram,
yang diarahkan oleh salah seorang pengarah wanita prolifik di Malaysia. Pengarahan seorang wanita
mempunyai kemungkinan untuk bernuansakan feminisme dalam persembahannya. Hal tersebut,
dalam konteks kajian ini, akan diteliti daripada aspek pemilihan perkataan dan ayat-ayat yang
membentuk dialog para watak. Bahasa atau dialog dalam filem penting dalam menyampaikan
sesebuah penceritaan yang dibantu oleh aspek-aspek perfileman yang lain, termasuklah
sinematografi, kesan bunyi dan muzik, simbol visual dan serta estetika. Shuhaimi Baba adalah antara
pengarah filem tersohor di Malaysia yang telah mengarah dan menerbitkan filem-filem penting
dalam industri perfileman Malaysia serta telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat
antarabangsa. Beberapa filem beliau telah mengangkat dan meletakkan wanita dan imejnya sebagai
subjek penceritaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek bahasa dalam konteks feminisme
yang digunakan dalam filem Shuhaimi Baba berjudul Pontianak Harum Sundal Malam I (2004).
Bahasa feminisme dalam konteks kajian ini adalah bahasa yang dituturkan oleh watak-watak dalam
filem Shuhaimi Baba yang memperlihatkan tentang kekuasaan wanita. Gambaran tersebut
dipaparkan melalui pertuturan dialog watak dan antara watak-watak yang dicipta serta melalui
visual yang merangkumi segala aspek yang dapat dilihat oleh penonton. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis tekstual dan pendekatan feminisme pascamoden (postmodern feminism). Bahasa
dalam filem ini memaparkan wanita yang mempunyai keperibadian yang kuat, kuasa dan pembuat
keputusan