Pengaruh budaya dalam drama Bisikan Malaya

Abstract

Dasarnya, kebudayaan merupakan cara hidup sesuatu komuniti manusia. Dalam tradisi penulisan drama, terdapat banyak unsur budaya Melayu yang diterapkan ke dalamnya. Namun, budaya Melayu yang wujud dalam karya tersebut, telah menerima banyak pengaruh dari luar hasil proses difusi dan akulturasi. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk meneliti pengaruh budaya yang wujud dalam drama Melayu seterusnya meneliti cerminan masyarakat yang yang terhasil daripada pengaruh budaya menggunakan penerapan teori Sosiologi dalam menganalisis drama yang dimuatkan di dalam antologi drama Bisikan Malaya, iaitu drama Selendang Umi, Muzikal Tenggang dan Kilung Musung

    Similar works