30 research outputs found

    Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Perempuan Jurusan STEM

    Get PDF
    Efikasi kendiri dan motivasi berperanan penting dalam menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kepada tahap efikasi kendiri dan tahap motivasi pelajar perempuan jurusan STEM berdasarkan kepada pencapaian akademik yang diperolehi daripada semester lepas. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sejumlah 306 pelajar perempuan daripada jurusan STEM menjawab soal selidik dengan menggunakan kaedah google form. Hasil kajian di analisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil dapatan menunjukkan korelasi positif (r = 0.614) antara efikasi kendiri dan motivasi pelajar. Ini menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri yang tinggi juga dipengaruhi oleh tahap motivasi pelajar yang tinggi. Namun demikian, hubungan yang diperolehi antara antara efikasi kendiri dan CGPA pelajar adalah (r = 0.103), manakala bagi motivasi dan CGPA pelajar adalah (r = 0.042). Kesimpulannya, terdapat hubungan sangat lemah di antara efikasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar. Ini kerana hasil dapatan menujukkan bahawa tahap efikasi kendiri dan tahap motivasi pelajar turut mempengaruhi pencapaian akademik pelajar perempuan jurusan STEM walaupun hubungan yang diperolehi adalah hubungan sangat lemah

    Daya Tahan, Strategi Daya Tindak Serta Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap daya tahan guru, strategi daya tindak, tahap kesejahteraan psikologi dan melihat hubungan antara tahap daya tahan dan strategi daya tindak terhadap tahap kesejahteraan psikologi guru-guru di Kuala Pilah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Pilah. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan seramai 258 orang guru telah terlibat sebagai sampel kajian. Instrumen kajian mengadaptasi soal selidik daripada The Resilience Scale, Brief COPE dan Fluorishing Scale (FS). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala secara inferensi menggunakan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru di Kuala Pilah mempunyai tahap daya tahan yang tinggi (M=5.68, SP=0.626), lebih cenderung menggunakan strategi daya tindak berfokuskan masalah apabila berhadapan dengan sumber stres (M=2.99, SP=0.353), dan mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi (M=6.13, SP=0.574) . Selain itu, dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara tahap daya tahan dengan tahap kesejahteraan psikologi guru-guru (r=0.640, p<0.01) dan strategi daya tindak guru (r=0.254, p<0.01). Pihak KPM dapat memanfaatkan dapatan ini untuk menyediakan latihan-latihan mapan yang mendedahkan guru-guru mengenai kesedaran terhadap kesejahteraan psikologi dan kepentingan pemilihan strategi daya tindak yang betul apabila berhadapan dengan sumber stres

    Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dalam meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru: perspektif guru siswazah

    Get PDF
    Pembudayaan penyelidikan di sekolah serta pembangunan kompetensi guru sebagai penyelidik mula mendapat perhatian di peringkat global. Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dilihat berpotensi dalam membangunkan kemahiran saintifik yang berupaya membantu para guru memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan PdP di sekolah. Namun, kajian yang meneroka kesan pengalaman mempelajari dan menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan kendiri dan amalan profesionalisme guru dalam konteks Malaysia masih terhad. Oleh itu kajian kualitatif berbentuk penerokaan ini bertujuan meneroka persepsi guru yang mengikuti program pengajian sarjana pendidikan, khususnya pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperolehi ke atas kompetensi kendiri dan amalan professional. Sejumlah 21 peserta kajian yang terdiri daripada guru yang telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana pendidikan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah temubual separa berstruktur secara atas talian melalui aplikasi zoom. Data telah dianalisis secara tematik. Hasil kajian membuktikan pendidikan sarjana memberikan kesan ke atas pembangunan kompetensi kendiri guru dari aspek pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan, pengetahuan dalam bidang, kematangan berfikir, serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri. Manakala kesan ke atas amalan profesionalisme guru boleh dilihat dari aspek pembudayaan penyelidikan, kemahiran refleksi dan amalan pembelajaran berterusan. Justeru, tren amalan pembelajaran berterusan yang positif dalam kalangan guru perlu digalakan kerana ia membantu secara tidak langsung dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Berdasarkan impak ini dicadangkan universiti sentiasa mengemaskini kandungan program yang ditawarkan agar selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan sekolah

    Final year allied health profession, midwifery and nursing students’ attitudes towards interprofessional education

    Get PDF
    Evaluation of pre-qualifying interprofessional education (IPE) programmes is important in exploring its effectiveness. The University of the West of England Interprofessional Questionnaire (UWE IPQ) has been rigorously validated, yet few studies using this tool have been published. We aimed to explore the attitudes of final year allied health profession (AHP), midwifery and nursing students towards IPE in this study. Differences between students’ attitudes towards IPE according to gender, undergraduate programmes, academic background and experience were also explored. A total of 103 participants, AHP (n = 10), midwifery (n = 19) and nursing (n = 74) students took part in the study. This study design used a cross-sectional questionnaire survey, and was conducted within the Faculty of Health Sciences, University of Southampton. The validated UWE IPQ was administered to a volunteer sample of final year AHP, nursing and midwifery students in June 2010. Findings revealed that majority of the students rated their communication and teamwork skills (76.7%), interprofessional learning (74.8%) and interprofessional relationships (92.2%) positively, but they held negative attitudes towards interprofessional interactions (69.9%). Significant differences were found between participants’ attitudes towards interprofessional learning in relation to undergraduate programmes (p = 0.01) and prior working experience in health and social care (p = 0.03). IPE has shaped the students’ views regarding their collaborative learning and teamwork. Therefore, introducing IPE initiative from the beginning of the pre-qualifying stage at universities would motivate them to become interprofessional collaborative-ready professionals

    Institusi pendidikan tinggi Islam swasta (IPTIS) dan peranannya dalam penyediaan tenaga kerja bersepadu : suatu kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

    Get PDF
    Institusi Pendidikan Tinggi Islam Swasta (IPTIS) membawa dimensi baru dalam perkembangan pendidikan tinggi negara. Perkembangan IPTIS adalah sejajar dengan saranan kerajaan menjadikan Malaysia pusat perkembangan pendidikan tinggi di rantau Asia. Perkembangan IPTIS dapat dikaitkan dengan beberapa isu, antaranya kesedaran ke atas keperluan sebuah institusi pendidikan yang meletakkan asas Islam dalam pembangu_nan sumber manusia. Keprihatinan berhubung masalah keciciran dan pengangguran di kalangan pelajar aliran agama. Keperluan dalam melahirkan golongan teknokrat dah profesionalisme Islam yang seimbang, serta mengubah paradigma masyarakat berhubung soal kecekapan institusi pendidikan Islam dan graduan yang dihasilkan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk menterjemaahkan potensi IPTIS dalam merealisasikan konsep pendidikan bersepadu yang menekankan kepada penguasaan ilmu Islam dan profesional dan keberkesanannya dalam memenuhi keperluan guna tenaga. Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan ke atas lima buah IPTIS di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Selangor. Sumber primer bagi kajian ini diperolehi daripada pihak pentadbiran dan pengurusan institusi, pelajar tahun akhir dan bekas pelajar. Private Islamic Higher Education (IPTIS) bring new dimension to the development of national higher education. The development of the IPTIS is in line with the government's effort to visualize Malaysia as center for higher education development in the Asian region. The development of IPTIS can be associated with a few issues including awareness of the needs of an education institute, which emphasize Islam in human resources development and awareness in relation to drop outs among students in religious stream. The need to produce equal Islamic technocrats and professionals, including changing the societies paradigm in relation to the efficiency of Islamic educational Institutions and the graduate produce. The objective of this study is, to translate the potentials of IPTIS in realizing to the concepts of integrated education, which emphasize in the acquisition of Islamic and professional knowledge, and the effectiveness in fulfilling the need of national manpower. This descriptive study was conducted among five IPTIS in Federal Territory, Kuala Lumpur and the state of Selangor. The primary sources for this study is collected from the institute's administration and management personnel, final year and ex-students

    Intervensi Mindfulness dalam Meningkatkan Perhatian Selektif Murid di Sekolah Rendah

    Get PDF
    Murid-murid yang menghadapi masalah menumpukan perhatian akan menjejaskan pencapaian akademik mereka di dalam kelas. Intervensi mindfulness berupaya sebagai penyelesaian yang alternatif untuk meningkatkan kemahiran perhatian mereka terutamanya perhatian selektif mereka. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan intervensi mindfulness dalam kalangan murid sekolah rendah dalam meningkatkan kemahiran selektif murid dengan reka bentuk kajian eksperimental. Kajian ini melibatkan 22 orang murid tahun 6 di sekolah rendah dengan membahagikan mereka kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perhatian selektif responden sebelum dan selepas intervensi diukur dengan menggunakan perisian komputer iaitu ujian Stroop dan ujian pencarian visual conjunction (CVS). Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi untuk melihat keberkesanan intervensi mindfulness terhadap perhatian selektif. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kedua-dua instrumen perhatian pada kumpulan rawatan pada masa tindak balas iaitu (F=17.631, p<.05) pada ujian Stroop dan (F=4.98,p<.05)pada ujian CVS. Dapatan kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru-guru atau ibu bapa untuk membantu murid-murid sekolah rendah yang bermasalah pembelajaran yang berpunca daripada kekurangan perhatian selektif

    Personaliti Grit dan Kesejahteraan Subjektif Pelajar Universiti

    Get PDF
    Sikap tabah, ketekunan serta bersedia berhadapan dengan perubahan di luar jangka adalah nilai penting yang perlu wujud dalam diri seseorang mahasiswa. personaliti grit dan kesejahteraan subjektif mempengaruhi kualiti pembelajaran pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dipilih bagi mengenal pasti tahap personaliti grit dan kesejahteraan subjektif pelajar dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut turut di lihat. Sejumlah 387 orang responden dalam kalangan pelajar UKM dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian Short Grit Scale (Grit-S) dan College Student Subjective Wellbeing Questionnaire yang diadaptasi digunakan bagi tujuan pengumpulan data.. Hasil analisis menunjukkan pelajar mempunyai tahap grit yang sederhana tinggi (s.p. =0.866) dan mempunyai tahap kesejahteraan subjektif yang tinggi (s.p. = 1.064). Manakala, hubungan korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara personaliti grit terhadap kesejahteraan subjektif (r = 0.357, p< 0.01). Model analisis regresi linear menunjukkan grit secara kolektif menyumbang 12.5% terhadap konstruk kesejahteraan subjektif pelajar. Kajian ini memberikan gambaran bahawa tahap kesejahteraan subjektif pelajar akan meningkat sekiranya tahap personaliti grit meningkat. Personaliti grit dan Kesejahteraan subjektif pelajar adalah penting kerana ia memberikan gambaran terhadap kemampuan pelajar menghadapi pembelajaran sepanjang musim pandemik yang sangat mencabar. Selain itu juga, aspek personaliti grit mampu di jadikan sebagai petunjuk kepada kesejahteraan subjektif pelajar. Dapatan ini juga menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan berkenaan topik personaliti grit yang masih kurang dikaji secara menyeluruh

    Penglibatan Ibu bapa dan Efikasi Kendiri Murid Sekolah Menengah dalam Membuat Keputusan Kerjaya

    Get PDF
    Pemilihan kerjaya yang bertepatan dengan bakat, minat, personaliti serta pencapaian akademik adalah aspek penting dalam kehidupan seseorang murid. Dalam hal ini, penglibatan ibu bapa dan efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam membantu murid membuat keputusan kerjaya. Melihat daripada perspektif murid di sekolah menengah swasta, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan ibu bapa dan tahap efikasi kendiri murid dalam membuat keputusan kerjaya. Seterusnya, kajian ini menentukan hubungan antara penglibatan ibu bapa dan efikasi kendiri pelajar ke atas keputusan kerjaya. Reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dan kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 306 murid sekolah menengah swasta tingkatan empat/gred 10 dan tingkatan lima/gred 11. Soal selidik dalam bentuk google form yang ditadbir secara atas talian digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS versi 25.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan nilai min bagi tahap penglibatan ibu bapa mengikut subskala bantuan instrumental dan sokongan emosi adalah tinggi (M=3.712, SP=0.648). Di samping itu, analisis deskriptif terhadap nilai min keseluruhan bagi tahap efikasi kendiri murid dalam membuat keputusan kerjaya juga adalah tinggi (M=3.711, SP=0.514). Dapatan kedua-dua analisis menunjukkan kebanyakan murid sekolah menengah swasta memperoleh skor tahap penglibatan ibu bapa dan efikasi kendiri yang tinggi. Hasil analisis Kolerasi Pearson menggambarkan hubungan yang kuat dan positif (r = 0.682) di antara penglibatan ibu bapa dan efikasi kendiri murid dalam membuat keputusan kerjaya. Secara kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dari segi bantuan instrumental dan sokongan emosi merupakan peramal efikasi kendiri seseorang murid dalam membuat keputusan kerjaya. Implikasi dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada ibu bapa supaya mempunyai pengetahuan yang lebih meluas tentang peluang kerjaya serta haluan kerjaya anak-anak mereka

    Hubungan antara Tahap Konsep Kendiri Akademik dan Tahap Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar-Atlet di UKM Bangi

    Get PDF
    Pelajar-atlet yang mempunyai konsep kendiri yang baik dan positif adalah salah satu aset kepada negara bagi membantu melahirkan ramai golongan pelajar yang berkualiti. Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap konsep kendiri akademik dan tahap penghargaan kendiri serta mengkaji perhubungannya antara pelajar-atlet lelaki dan perempuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 146 orang pelajar-atlet di UKM Bangi yang terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Academic Self-Concept dan Rosenberg Self-Esteem Scale yang diedarkan dalam talian untuk mengumpul data. Data kuantitatif kemudiannya dianalisis secara deskriptif, ujian-t satu sampel dan korelasi pearson yang dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap konsep kendiri akademik berada pada tahap yang sederhana dengan min skor 2.96 manakala tahap penghargaan kendiri juga berada pada tahap yang sederhana iaitu min skor 2.89. Seterusnya perbezaan jantina pelajar-atlet perempuan mencatatkan konsep kendiri akademik yang tinggi iaitu min skor 2.97 daripada pelajar-atlet lelaki min skor 2.95 manakala pelajar-atlet lelaki mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi iaitu min skor 2.92 berbanding pelajar-atlet perempuan min skor 2.84. Dapatan ini menjelaskan hubungan konsep kendiri akademik dan penghargaan kendiri adalah signifikan (r=0.728, p < 0.01). Hal ini dapat disimpulkan bahawa konsep kendiri akademik mempengaruhi penghargaan kendiri pelajar-atlet dan membuktikan bahawa pelajar-atlet perempuan tahu mengenai kemampuan mereka dalam bidang akademik manakala pelajar-atlet lelaki mempunyai perasaan yang positif dalam harga kendiri mereka. Implikasi kajian diharapkan dapat memberikan jurulatih, pensyarah, psikologis sukan dan pihak universiti untuk mengambil intervensi dan faktor-faktor yang mempengaruhi potensi pelajar-atlet

    Hubungan antara Tahap Penglibatan Guru Novis di Negeri Melaka dalam Pembelajaran Tidak Formal Melalui Media Sosial dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Emosi

    Get PDF
    Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penglibatan guru novis dalam pembelajaran tidak formal melalui media sosial dengan tahap pengurusan bilik darjah dan tahap pengurusan emosi guru novis. Kajian ini dijalankan di 100 buah sekolah rendah dan sekolah menengah daripada tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Seramai 219 orang guru novis dari 100 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Melaka telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Data kajian dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang ditadbir secara atas talian menggunakan perisian ‘Google Form’. Instrumen soal selidik dalam kajian ini mengandungi empat bahagian yang mana Bahagian A mengandungi maklumat berkaitan demografi, bahagian B berkaitan tahap penglibatan guru novis dalam pembelajaran tidak formal melalui media sosial, bahagian C berkaitan pengurusan bilik darjah dan akhir sekali Bahagian D meliputi soalan-soalan berkaitan pengurusan emosi guru novis berdasarkan Model Kecerdasan Emosi Bar-On. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan guru novis dalam pembelajaran tidak formal melalui media sosial berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan tahap pengurusan bilik darjah dan tahap pengurusan emosi guru novis. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan guru novis dalam pembelajaran tidak formal melalui media sosial dengan tahap pengurusan bilik darjah dan pengurusan emosi guru novis. Selain itu, kajian ini turut membincangkan implikasi pembelajaran tidak formal melalui penggunaan media sosial terhadap tahap profesionalisme guru novis serta langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran tidak formal melalui media sosial dalam kalangan guru novis
    corecore