71 research outputs found
Etos bangsa sebagai wadah pembinaan negara bangsa: Diskusi pelatih Program Latihan Khidmat Negara
Berdasarkan kepada banci penduduk mengikut kumpulan umur pada tahun 2010, kumpulan remaja yang berumur di antara 15 hingga 24 tahun merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Mereka adalah teras pembangunan negara dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Oleh itu, tumpuan, pengembangan dan pembangunan kumpulan ini adalah amat penting bagi menjamin kesinambungan kelestarian negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran domestik mahupun global.Malah, kumpulan remaja Malaysia kini banyak terdedah kepada pelbagai ancaman gejala sosial dan aktiviti yang tidak bermoral.Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu mekanisme untuk menangani permasalahan remaja, memantapkan jati diri mereka dan seterusnya mengikat kesetiaan remaja kepada negara.Kumpulan remaja yang menjalani latihan PLKN seharusnya mampu mendepani apa jua cabaran mendatang dengan minda yang lebih terbuka, sikap yang profesional dan tindakan yang rasional.Sejauhmanakah PLKN mampu mendidik dan membina jati diri golongan remaja menjadi tanda-tanya pelbagai pihak.Oleh itu, bagi mandapatkan kepastian kepada persoalan tersebut, satu kajian telah dilaksanakan ke atas pelatih PLKN.Satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian dalam menilai dan mengukur keberkesanan PLKN adalah dari segi 'etos bangs'. Sejuahmanakah etos bangsa telah dipupuk dan terbina dalam diri remaja yang telah menjalani PLKN menjadi fokus artikel ini.Ini kerana etos bangsa dilihat sebagai satu wadah utama dalam merealisasikan pembinaan sebuah negara-bangsa pada suatu masa nanti. Dalam pada itu, etos bangsa juga dilihat sebagai kunci kepada penzahiran gagasan 'Satu Malaysia' yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Etnisiti di tempat kerja: menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian
Hubungan etnik di Malaysia adalah dinamik sifatnya. Semenjak mencapai kemerdekaan 58 tahun dahulu, hubungan etnik secara umumnya adalah baik. Namun begitu, ada juga berlaku beberapa ketegangan sosial di antara etnik yang berakhir dengan konflik. Ketegangan dan konflik ini lebih diperhatikan berlaku di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar dan di kawasan golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan kawasan bandar dalam kalangan orang berada. Justeru itu, mengukur persepsi hubungan etnik adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan negara ini. Hakikatnya hubungan etnik terserlah di kawasan kediaman, dalam ruang awam, media dan juga tempat kerja. Melalui hubungan bersemuka terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya. Kekerapan pergaulan akhirnya membina satu kesepaduan dalam masyarakat sebagai satu unit sosial. Dari itu pengurusan kepelbagaian budaya, mengiktiraf dan menghormati kehadiran pelbagai kumpulan dalam organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan norma sosial antara mereka serta menggalakkan dan membenarkan sumbangan berterusan setiap anggota secara inklusif merupakan acuan penting dalam membina hubungan etnik yang baik. Dalam organisasi, pengurusan kepelbagaian muncul apabila berlakunya suatu proses berterusan dengan pelbagai bakat dan keupayaan yang wujud dalam masyarakat yang pelb
agai itu diiktiraf dan dibawa masuk menjadi budaya organisasi. Proses ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat, inklusif, 'selamat untuk perbedaan', meraikan kepelbagaian, dan memaksimumkan sepenuhnya potensi semua orang dalam konteks budaya yang memastikan semua orang mendapat faedah
Dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik di Malaysia: teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik
Makalah ini membincangkan tentang dinamika integrasi politik
melalui kerjasama politik yang menjadi teras kepada tapak integrasi
dalam kalangan masyarakat multi-etnik di Malaysia. Umumnya
integrasi politik adalah suatu proses kerjasama politik di dalam
dan antara etnik yang menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam
masyarakat yang berbilang etnik, agama, budaya, fahaman politik
dan ideologi. Melalui pendekatan tersebut, jurang perbezaan
yang wujud dalam kepelbagaian masyarakat bukan sahaja dapat
dikurangkan malah menjadi suatu titik tolak kepada hubungan
rentas etnik yang lebih luas menerusi pelbagai dimensi. Senario
politik Malaysia sejak di ambang kemerdekaan sehingga kini
masih mengekalkan pendekatan integrasi politik dalam meraikan
kepelbagaian, menerima dan mengiktiraf perbezaan yang wujud
dalam masyarakat. Lahirnya integrasi politik melalui Perikatan,
Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif,
Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, Muafakat Nasional dan terkini
Perikatan Nasional adalah sebagai manifestasi berteraskan kepada
pendekatan kerjasama politik. Dinamika integrasi politik menjadi
teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik Malaysia yang
dapat mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat.
Masyarakat yang dibezakan dengan latar belakang etnik, keturunan,
agama dan budaya mampu menjalani kehidupan dengan aman dan
sejahtera selagi mana kestabilan politik negara dapat dipertahankan
Persepsi belia terhadap etos bangsa: kajian di Lembah Kelang
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi belia terhadap etos bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah Kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi belia terhadap etos bangsa. Hasil kajian menunjukkan persepsi belia terhadap etos bangsa adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan belia terhadap etos bangsa iaitu daripada segi nilai, semangat, kepercayaan dan identiti adalah tinggi
Asean-latin America bilateral relations: symbiosis or antagonist?
In the context of Southeast Asia, Singapore (since 1970s) was the earliest country that established a serious bilateral relation with Latin American region, particularly with the countries known as Latin America-Bloc 6 States. Ever since, a bilateral relation between the two regions has become increasingly strong as Chile and Peru accelerate free trade talks with several Southeast Asian countries such as Vietnam, Singapore, Thailand and Malaysia. Thus, based on the latest bilateral development between the two regions, it is a very significant to study a comprehensive roadmap of bilateral relations between the region in the context of the present international political developments, either globally or regionally. This article will sketch the nature and form of the bilateral relations between the region (read Southeast Asia and Latin America, in particular to examine whether the positives bilateral relationship that has taken place between the region for the past two decades is a symbiosis or antagonistic in nature
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): wadah baru sosialisasi politik
Makalah ini membincangkan tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai agen baru sosialisasi politik. Pelaksanaan PLKN yang berteraskan kepada konsep khidmat negara mempunyai matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional, membentuk perwatakan positif, menyemarak semangat kesukarelawanan dan melahirkan generasi yang aktif serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan tersebut, pendekatan multidimensi telah diaplikasi menerusi empat modul utama merangkumi modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti di samping beberapa sub-modul latihan. PLKN telah dirangka khusus sebagai suatu program yang komprehensif dalam membina jati diri golongan belia di negara ini dengan tumpuan utama diberikan kepada kumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar umur 17 tahun dan ke atas. Berdasarkan kepada pendekatan yang telah dilaksanakan menerusi PLKN, satu kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan program. Kajian ini menggunakan kerangka sosialisasi politik. Hasil kajian mendapati PLKN adalah suatu wadah baru sebagai agen sosialisasi politik yang efektif dalam memberikan pendedahan dan mendidik generasi muda di Malaysia. Pendekatan ini mungkin baru dalam konteks Malaysia tetapi telah lama digunakan di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain yang telah menjadikan programprogram belia sebagai pelengkap kepada agen-agen sosialisasi politik tradisi. Oleh itu, dalam memastikan pelaksanaan PLKN terus mencapai matlamatnya dan menjadi agen sosialisasi politik yang efektif, PLKN perlu sentiasa dikemas kini dan disesuaikan dengan transformasi sosial yang berlaku dalam masyarakat
Kecenderungan pengundi baharu dalam pilihan raya umum ke-15
Makalah ini membincangkan tentang kecenderungan pengundi baharu yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi baharu yang pertama kali mengundi adalah sekitar 6.2 juta orang di mana seramai 1.3 juta pengundi berusia di antara 18 hingga 20 tahun. Oleh kerana mereka adalah kumpulan pertama kali mengundi, maka kecenderungan sokongan politik mereka tidak jelas. Banyak pihak tertanya-tanya ke mana hala tuju sokongan politik mereka khususnya dalam persaingan banyak penjuru yang melibatkan kerjasama politik besar seperti Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gerakan Tanah Air. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mengupas kecenderungan pengundi baharu semasa tempoh masa berkempen PRU15 yang lalu melalui survei yang dilaksanakan secara atas talian. Survei tersebut dilaksanakan secara terbuka dengan sasaran kepada mereka yang layak untuk mengundi dan seramai 1438 orang responden telah memberi maklum balas. Hasil kajian menunjukkan 91 peratus daripada jumlah keseluruhan responden akan keluar mengundi dan mereka cenderung untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti dan bebas rasuah, tidak mungkir janji serta berpendidikan tinggi. Sebahagian besar kumpulan responden juga cenderung untuk menyokong aliran politik yang bersifat nasional. Dari itu, pengundi baharu yang pertama kali mengundi dilihat sudah mempunyai tingkat intensiti literasi politik yang baik. Mereka menjadi penentu perubahan arus sokongan politik yang tidak terkait dengan eleman politik naungan sepertimana generasi dahulu. Mereka juga boleh manjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat umumnya dan kepimpinan negara khususnya
Population-centric counterinsurgency: the conduit for ending Boko Haram insurgency in Nigerias North
This concept paper analyzed the existing counterinsurgency approaches of Nigeria government in combating an Islamist insurgent Boko Haram in Nigeria. Boko Haram violent armed uprising for the Islamization of Nigeria state in 2009 have cooled bloodily murdered thousands of people and displaced millions of others from their settlements. This has resulted in serious humanitarian situations. To combat the insurgency Nigeria government in collaboration and support of foreign government have adopted numerous counterinsurgency measures. However, despite the consistent counterinsurgency measures, prevailing evidence suggests that the insurgency is far away from being defeated. In contrast, the group sustained its violence attacks unabatedly. Therefore, this paper explored that the sustenance of Boko Haram insurgency in spite of the successive counterinsurgency measures eventuated from the adoption of enemy-centric approach in the combating activities. The paper revealed the repressive military action coupled with draconian laws and policies by the state created public dissension toward the counterinsurgency campaign, therefore, undermine the successes of the campaign. In conclusion, the paper recommends that to effectively tackle the Boko Haram insurgency, Nigeria government need to deviate from the enemy-centric approach and to the population-centric paradigm that should focus on addressing the socioeconomic factors fuelling the insurgent recruitment and support
Mengurus dan memahami hubungan etnik di universiti awam Malaysia
Masyarakat Malaysia bersifat multietnik yang dicirikan dengan pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tradisi. Kepelbagaian yang wujud di negara ini seandainya tidak diuruskan dengan baik, mudah untuk cetuskan ketegangan dan konflik sosial yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Dari itu, kefahaman yang mendalam amat diperlukan dalam memahami hubungan etnik yang wujud di negara ini. Kegagalan memahami aras penganalisaan konsep etnisiti akan menyebabkan setiap masalah hidup dietnikkan dan setiap masalah etnik gagal dipisahkan dari punca sebab sebenarnya, yang mungkin terletak bukan di dimensi etnisiti, tetapi di dimensi perbedaan sosial yang lain. Tujuan artikel ini adalah untuk mengupas konsep hubungan etnik dan menganalisa tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa universiti awam di negara ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa telah wujud kesedaran etnik dan tahap keetnikan didapati terbina di kalangan mahasiswa yang dikaji, tetapi mereka didapati pro-stabiliti, menolak eksrimisme dan kegagasan dan pro-kemajuan. Batas etnik mereka didapati nipis. Toleransi etnik juga positif kerana mereka sudah boleh memperakui, menghormati, menerima, berkongsi sama dan berbangga dengan perbezaan etnik ini. Oleh itu kajian ini mendapati banyak persamaan yang telah dikongsi sama oleh rakyat Malaysia umumnya dan perbezaan tidak memisahkan rakyat kerana perbezaan bahasa, budaya, agama dan tradisi itu sudah diperakui, diterima dan dihormati bersama. Adalah penting bagi seluruh rakyat memahami perbezaan dan perkongsian aspek-aspek keetnikan yang wujud dalam masyarakat di negara ini
- …