research

Etnisiti di tempat kerja: menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian

Abstract

Hubungan etnik di Malaysia adalah dinamik sifatnya. Semenjak mencapai kemerdekaan 58 tahun dahulu, hubungan etnik secara umumnya adalah baik. Namun begitu, ada juga berlaku beberapa ketegangan sosial di antara etnik yang berakhir dengan konflik. Ketegangan dan konflik ini lebih diperhatikan berlaku di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar dan di kawasan golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan kawasan bandar dalam kalangan orang berada. Justeru itu, mengukur persepsi hubungan etnik adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan negara ini. Hakikatnya hubungan etnik terserlah di kawasan kediaman, dalam ruang awam, media dan juga tempat kerja. Melalui hubungan bersemuka terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya. Kekerapan pergaulan akhirnya membina satu kesepaduan dalam masyarakat sebagai satu unit sosial. Dari itu pengurusan kepelbagaian budaya, mengiktiraf dan menghormati kehadiran pelbagai kumpulan dalam organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan norma sosial antara mereka serta menggalakkan dan membenarkan sumbangan berterusan setiap anggota secara inklusif merupakan acuan penting dalam membina hubungan etnik yang baik. Dalam organisasi, pengurusan kepelbagaian muncul apabila berlakunya suatu proses berterusan dengan pelbagai bakat dan keupayaan yang wujud dalam masyarakat yang pelb agai itu diiktiraf dan dibawa masuk menjadi budaya organisasi. Proses ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat, inklusif, 'selamat untuk perbedaan', meraikan kepelbagaian, dan memaksimumkan sepenuhnya potensi semua orang dalam konteks budaya yang memastikan semua orang mendapat faedah

    Similar works