55 research outputs found

    Hubungan Kaum dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Pantai Barat Sabah

    Get PDF
    Matlamat penubuhan Rukun tetangga pada awalnya adalah untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin tetapi sedikit demi sedikit sehingga kini telah melalui perubahan kepada pelaksanaan atau penganjuran pelbagai program yang lebih bersifat menuntut kerjasama dan interaksi dalam kalangan penduduk. Kewujudan rukun tetangga ini memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan hubungan yang baik antara penduduk pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan petempatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 357 orang responden untuk menjelaskan bagaimana hubungan masyarakat pelbagai etnik dan agama di kawasan rukun tetangga yang terlibat. Hasil kajian mendapati, hubungan kaum dan agama di kawasan rukun tetangga di Pantai Barat Sabah adalah baik dan rukun tetangga telah menyebabkan interaksi masyarakat pelbagai etnik dan agama semakin baik

    Open Migration Policy and Security

    Get PDF
    The advent of post-colonial era shows Asia-Pacific regions such as Malaysia, China, Korea, Australia, New Zealand, and Japan have restricted migration policy. Despite the restriction, intellectual debates about the prospect of having open migration grew. The debates generally concentrate on what exactly are the benefits and risks of introducing open migration. This paper seeks to discuss what exactly are the benefits and risk of having open migration policies. To do so, it is argued that explanation on what exactly are the benefits and risk of having open migration policy must be tracked down by analyzing the security, economic and cultural issues in receiving country. Accordingly, based on literature as well as documents review, this paper suggest that open migration policy can be a source of security threats in receiving country which including the way that open migration may bring about uncontrolled population growth. In contrast, open migration policy may bring about economic and cultural enrichment in receiving country. Therefore, given the fact that open migration may bring about risks and benefits to receiving countries, this paper also explores the prospect of migration policy improvement as means of application for not only preventing the country form any risks, but also consolidating the economic and cultural enrichment though migration policy

    Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah

    Get PDF
    Malaysia sebagai sebuah negara merdeka telah melaksanakan prinsip sistem politik demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1955. Pilihan Raya Umum pada tahun 2018 merupakan PRU ke-14 (PRU-14) telah dilaksanakan di Malaysia. Pada PRU tersebut, sebanyak 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN telah dipertandingkan di negeri Sabah. Pilihan raya ini telah mencipta sejarah apabila gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan parti Barisan Nasional yang menjadi pemerintah sejak Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sehubungan itu, selepas PRU-14 arena politik negara telah diwarnai dengan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Sungai Kandis, Balakong dan Semenyih serta pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen seperti di Cameron Highland, Port Dickson dan Sandakan. PRK bagi P186 Sandakan merupakan pilihan raya kecil yang kelapan diadakan sejak PRU- 14. PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen Sandakan iaitu Datuk Wong Tien Fatt akibat serangan jantung. Bagi mengisi kekosongan kerusi P186 Sandakan ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen Sandakan supaya diadakan pada 11 Mei 2019 selepas proses penamaan calon selesai pada 27 April 2019. PRK Sandakan ini melibatkan pertandingan 5 penjuru iaitu diantara calon DAP, PBS dan calon bebas. Artikel ini bertujuan membicangkan pola pengundian dalam PRK Sandakan serta menganalisis senario politik negara pasca PRU-14 berdasarkan pengamatan keatas PRK bagi P186 Sandakan dengan menumpukan kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik. Melalui penjelasan khusus tentang pola pengundian pasca PRU-14 ini maka adalah diharapkan artikel ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihanraya semasa di Malaysia secara umumnya dan di Sabah secara khususnya, agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar

    Menyingkap Polemik Peralihan Kuasa Secara Luar Biasa Mengikut Perspektif Demokrasi Berparlimen

    Get PDF
    Polemik peralihan kuasa merupakan salah satu dinamika dalam perdebatan politik. Ini termasuklah polemik peralihan kuasa luar biasa yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Namun, di Malaysia, hal ini tidak pernah berlaku bila mana demokrasi berperlembagaan yang diamalkan sejak merdeka menjadi teras kepada pemerintahan dan pentadbirannya. Pasca Pilihan raya Umum ke-14 (PRU-14), bagaimanapun, mengubah fakta tersebut apabila isu peralihan kuasa terus mendominasi suasana politik di Malaysia, khususnya peralihan kuasa melibatkan pucuk kepimpinan negara, yakni jawatan Perdana Menteri. Berdasarkan penelitian dokumen sekunder dari pelbagai sumber seperti akhbar dan kenyataan politik di kalangan ahli politik, kertas kerja ini membincangkan tentang sejauh manakah isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri itu dapat dianggap luar biasa dalam sistem demokrasi berparlimen. Artikel ini turut membincangkan tentang penerimaan rakyat Malaysia keseluruhannya idea mengangkat kepimpinan dari tanah Borneo sebagai Perdana Menteri serta kaedah sewajarnya bagi mengatasi kemelut peralihan kuasa. Diharap agar dapatan artikel ini menyumbang kepada pelestarian keharmonian berpolitik di negara Malaysi

    The Practice of Usrah in Teaching and Learning: Case Study at the International Islamic University Malaysia

    Get PDF
    The purpose of this study is to analyse Usrah Mahallah in the International Islamic University Malaysia (IIUM), application of usrah therein and its contributions in improving teaching and learning approaches. As the focus of this study is much qualitative, a case study was conducted and so become the only method that can realise the purpose of this study. Findings shown that Usrah Mahallah is widely accepted by IIUM resident students participated in usrah. Small ratio of usrah leader to usrah participants, contemporary and friendly approaches applied by usrah leaders, organisation of attractive Usrah activities at both residential college and IIUM levels and flexibility and conduciveness of usrah settings established and maintained jointly by Usrah leaders and participants are among key factors that contributed to such acceptance. Those findings lead to the fact that Usrah Mahallah is not only a progressive product of Islamisation in IIUM and a tool to develop students’ social, spiritual and intellectual values and skills, but also an effective approach to teaching and learning, especially in Islamic education

    Cabaran dan Makna Tersirat Arahan Perubahan Terma Panggilan Sabah dan Sarawak dari Negeri ke Wilayah

    Get PDF
    Dalam satu Majlis Makan Tengah Hari Bersama Kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak pada 02 April 2021 Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan atau mengarahkan supaya terma panggilan untuk Sarawak dan Sabah yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta. Arahan tersebut telah mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak, khususnya rakyat di Sabah dan Sarawak. Sebahagian daripadanya dilihat teruja dan bersetuju dengan pengumuman tersebut. Tidak kurang juga yang bersikap sinis terhadap arahan perubahan tersebut. Malahan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pengumuman tersebut hanyalah sandiwara politik. Mereka menegaskan bahawa penggunaan istilah wilayah hanya akan menurunkan lagi taraf Sabah dan Sarawak sama seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Justeru, mereka menentang penggunaan terma wilayah kerana mereka beranggapan bahawa ianya tidak wajar kerana Sabah dan Sarawak adalah rakan setara atau equal partners kepada Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura ketika Malaysia ditubuhkan pada 1963. Ini bermakna, terdapat cabaran khusus dalam usaha memastikan aspirasi perubahan terma panggilan yang dimaksudkan serta adanya maksud tersirat daripada arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan cabaran merealisasikan aspirasi tersebut serta makna tersirat di sebalik arahan perubahan nama panggilan Sabah dan Sarawak dari negeri ke wilayah. Diharapkan agar kertas kerja ini dapat menyediakan peluang kepada para pembaca untuk memahami apakah cabaran bagi merealisasikan aspirasi perubahan nama panggilan ini serta maksud tersirat di sebalik arahan tersebut

    Democratization and mature elections a study of youth political participation in voters 18 and automatic voter registration

    Get PDF
    The discussion in this paper pertains to the issue of Voters 18 and Automatic Voter Registration (AVR). The issues refined in this debate include: (1) The efforts of democratization that is mature, fair, and equitable elections to advance social and political development; (2) Studies on the impact of youth political participation in the General Election (GE); (3) Justification of the enforcement & implementation of Vote 18; (4) Improvisation of the work of the election series; and (5) Jurisdiction and responsibility of the Election Commission (EC). This paper uses secondary sources, such as research results published in journals, scholarly writing, online news sources, and public forums, to employ a qualitative methodology. The results of the study indicate that the participation of 18-year-old voters is an important factor in the formation of a government capable of representing the interests of all age groups and the community as a whole. It is hoped that the young generation or youth will now exercise their rights with maturity, discernment, and efficiency. Voting is a personal decision, and there is no incorrect vote, but all young Malaysians should have the right to vote. The future of the nation can be influenced by the rationale behind efforts to involve the youth in political power determination. Thus, the elaboration research of this study should concentrate on the significance of political system, state government, and the federal constitution education for the young generation in order to prepare them to participate in general elections

    Pengetahuan tentang Perlembagaan dan Undang-undang dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    Get PDF
    Perlembagaan adalah satu dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memahami perlembagaan dan undang-undang serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara lebih harmoni dan sejahtera. Masyarakat majmuk seperti di Malaysia seharusnya memahami perlembagaan dan juga lunas undang-undang. Ini akan dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang. Bagi memastikan individu dalam masyarakat berkenaan lebih berdisiplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman perlembagaan dan undang-undang adalah sangat penting. Oleh itu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perlembagaan dan undang-undang seharusnya diajar dan dididik bagi memastikan setiap warganegara mempunyai nilai-nilai yang baik.  Bagi memastikan kepentingan ilmu ini difahami dan dihayati oleh setiap masyarakat, maka kajian ini ingin meninjau dan menganalisis pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap perlembagaan dan undang-undang di Malaysia.  Artikel ini mendapatkan responden dari kalangan pelajar universiti dalam menilai pengetahuan mereka tentang perlembagaan dan undang-undang sebagai skop terhadap kajian serta penulisan kertas kerja ini. Artikel ini juga menganalisis kepentingan perlembagaan dan undang-undang serta merumuskan dapatan kajian berdasarkan kepentingan ilmu tersebut terhadap mahasiswa. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini menyumbang kepada pemantapan keharmonian di negara ini

    Kebangkitan Semula Fahaman Politik Berbilang Kaum Melalui Slogan ‘Sabah for Sabahan’ di Sabah

    Get PDF
    Artikel ini membentangkan perbincangan tentang kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum di Sabah melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’. Adalah didapati bahawa selepas beberapa dekad berhadapan dengan isu perkauman, Sabah semakin memahami hakikat bahawa mempolitikkan perbezaan etnik hanya akan membawa kepada kehancuran. Keadaan ini didapati sebagai kesan kepada penggunaan slogan "Sabah for Sabahan". Oleh itu, slogan tersebut wajar dianggap sebagai salah satu faktor penting dalam proses perkembangan atau juga kebangkitan semula ideologi politik berbilang etnik di Sabah. Dalam erti kata yang lain, artikel ini telah menunjukkan bahawa perubahan ciri politik dalam masyarakat yang dicirikan oleh kepelbagaian boleh dilakukan melalui penciptaan dan penggunaan meluas slogan politik khusus yang sangat signifikan dengan kehendak serta keperluan semasa penduduk dalam sesebuah unit pentadbiran seperti kampung, bandar dan negara
    • …
    corecore