2 research outputs found

    Qalb, Shadr dan Fuad: Satu Korelasi Mengikut I’jaz Bayani dan Tafsir al-Quran [Qalb, Shadr and Fuad: A Correlation According to I'jaz Bayani and Tafsir al-Quran]

    Get PDF
    Setiap ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran memberikan makna dan tujuan yang tersendiri. Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Oleh itu kajian ini akan menunjukkan penggunaan tiga lafaz yang terpilih untuk perbezaannya iaitu lafaz "qalb", "shadr", dan "fuad" yang terdapat dalam al-Quran. Penggunaan tiga lafaz memberikan makna yang hampir kerana merujuk kepada aspek hati, emosi dan kehidupan batiniah manusia. Makna seakan sama akan tetapi wujud perbezaan diantaranya. Dalam kajian ini penulis akan memberikan definisi dan penjelasan terperinci tentang setiap konsep serta membuat perbandingan untuk memahami perbezaannya menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan sorotan literasi bersumberkan Google Scholar dan Attanzil dengan carian subjek "qalb", "shadr", dan "fuad". Kajian ini juga merujuk kepada tafsir Ibn Katsir untuk mengetahui secara terperinci akan huraian-huraian setiap tiga lafaz tersebut. Kajian ini penting untuk dijalankan supaya setiap orang dapat melihat dengan jelas penggunaan lafaz-lafaz itu sesuai mengikut kehendak makna ayat. Every verse revealed by Allah SWT in the Qur'an has its own meaning and purpose. Allah SWT revealed the Qur'an in Arabic so that people (use reason to) understand it (QS 12:2). Therefore, this study will show the use of three pronunciations selected for their differences, which are the pronunciations "qalb", "shadr", and "fuad" found in the Qur'an. The use of three pronunciations gives a close meaning because it refers to aspects of the heart, emotions and inner life of humans. The meaning seems to be the same but there are differences between them. In this study, the author will provide a detailed definition and explanation of each concept as well as make a comparison to understand the difference according to the perspective of the Quran. This study uses bibliographic methods and literature highlights sourced from Google Scholar and Attanzil with subject searches of "qalb", "shadr", and "fuad". This study also refers to the interpretation of Ibn Katsir to know in detail the descriptions of each of the three words. This study is important to carry out so that everyone can clearly see the use of the words according to the meaning of the verse

    Analisis dan Takhrij Hadis Mengenai Periwayatan Hadis Syiah [Analysis And Takhrij of Hadith Regarding Shiia Hadith History]

    Get PDF
    Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk merujuk kepada sumber dan panduan yang utama iaitu al-Quran dan hadis bagi setiap permasalahan yang semakin banyak menyentuh sensitiviti agama pada hari ini. Peranan hadis sangat penting dalam mentafsirkan keraguan, menjelaskan sesuatu hukum serta mengkhususkan perkara yang umum dalam Al-Quran dari sudut aqidah, ibadat, akhlak dan muamalat (Abullaith, 2011). Namun begitu, dalam suasana perbezaan ideologi, pegangan dan mazhab di kalangan umat Islam, Syiah memiliki jalur dan kefahamannya tersendiri dalam dunia hadis. Kajian ini menggunakan konsep kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan yang bersumberkan buku Kutub As-Sittah dan kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati hadis-hadis yang dikemukakan oleh Syiah adalah maudhu’ dan apa yang membimbangkan adalah usaha mereka yang cuba mencipta hadis menyerupai hadis yang terdapat dalam buku Kutub As-Sittah. Oleh hal demikian, usaha sebegini amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat agar kritikan dan panduan diberi dengan jelas bagi membendung hadis-hadis Syiah dari tersebar dalam masyarakat. Amalan ‘semak sebelum sebar’ juga wajar dijadikan pegangan seharian untuk mengelakkan dari taasub dan mengamalkan perkara yang palsu atau tiada asas dalam agama. An obligation for every Muslim to refer to the main source and guide which is the Quran and the hadith for every problem that is increasingly touching religious sensitivities today. The role of hadith is very important in interpreting doubts, clarifying certain laws and specifying general matters in the Al-Quran from the point of view of belief, worship, morality and muamalat (Abullaith, 2011). Nevertheless, in the atmosphere of differences in ideology, beliefs and sects among Muslims, Shia have their own path and understanding in the world of hadith. This study uses a qualitative concept based on a literature study that is sourced from the Kutub As-Sittah and related studies. The results of the study found that the hadiths presented by the Shia are maudhu' and what is worrying is the efforts of those who try to create hadiths similar to the hadiths found in the book of Kutub As-Sittah. Therefore, this effort is very important to be highlighted to the community so that criticism and guidance are given clearly to stop Shia hadiths from spreading in the community. The practice of 'check before spreading' should also be used as a daily rule to avoid persevering and practicing things that are false or have no basis in religion
    corecore