Qalb, Shadr dan Fuad: Satu Korelasi Mengikut I’jaz Bayani dan Tafsir al-Quran [Qalb, Shadr and Fuad: A Correlation According to I'jaz Bayani and Tafsir al-Quran]
Setiap ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran memberikan makna dan tujuan yang tersendiri. Allah SWT menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya manusia (menggunakan akal untuk) memahaminya (QS 12:2). Oleh itu kajian ini akan menunjukkan penggunaan tiga lafaz yang terpilih untuk perbezaannya iaitu lafaz "qalb", "shadr", dan "fuad" yang terdapat dalam al-Quran. Penggunaan tiga lafaz memberikan makna yang hampir kerana merujuk kepada aspek hati, emosi dan kehidupan batiniah manusia. Makna seakan sama akan tetapi wujud perbezaan diantaranya. Dalam kajian ini penulis akan memberikan definisi dan penjelasan terperinci tentang setiap konsep serta membuat perbandingan untuk memahami perbezaannya menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan sorotan literasi bersumberkan Google Scholar dan Attanzil dengan carian subjek "qalb", "shadr", dan "fuad". Kajian ini juga merujuk kepada tafsir Ibn Katsir untuk mengetahui secara terperinci akan huraian-huraian setiap tiga lafaz tersebut. Kajian ini penting untuk dijalankan supaya setiap orang dapat melihat dengan jelas penggunaan lafaz-lafaz itu sesuai mengikut kehendak makna ayat.
Every verse revealed by Allah SWT in the Qur'an has its own meaning and purpose. Allah SWT revealed the Qur'an in Arabic so that people (use reason to) understand it (QS 12:2). Therefore, this study will show the use of three pronunciations selected for their differences, which are the pronunciations "qalb", "shadr", and "fuad" found in the Qur'an. The use of three pronunciations gives a close meaning because it refers to aspects of the heart, emotions and inner life of humans. The meaning seems to be the same but there are differences between them. In this study, the author will provide a detailed definition and explanation of each concept as well as make a comparison to understand the difference according to the perspective of the Quran. This study uses bibliographic methods and literature highlights sourced from Google Scholar and Attanzil with subject searches of "qalb", "shadr", and "fuad". This study also refers to the interpretation of Ibn Katsir to know in detail the descriptions of each of the three words. This study is important to carry out so that everyone can clearly see the use of the words according to the meaning of the verse