77 research outputs found

    Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih Dalam Industri Latihan Vokasional Terpilih Di Malaysia

    Get PDF
    Pelaburan terhadap latihan kemahiran terns meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai. Walau bagaimana pun, kajian tempatan hanya menfokuskan keberkesanan program latihan sahaja. Penelitian tempatan terhadap perbandingan keberkesanan program di antara institusi latihan kemahiran awam juga masih terhad. Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan keberkesanan program latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusi latihan kemahiran awam di Malaysia. Dua buah institusi latihan kemahiran awam dipilih untuk kajian ini. Tinjau selidik susulan berurutan dan temubual mendalam digunakan untuk mencapai objektif utama kajian ini. Seramai 180 pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) dipilih sebagai responden mengikut kadar dan distratakan mengikut lokasi setiap institusi latihan. Sebagai tambahan, 10 majikan di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dipilih untuk menjelaskan ketrampilan pelatih di tempat kerja. Dua peringkat pengutipan data dilakukan. Di peringkat pertama, 98 peratus responden memberikan maklumbalas soal selidik yang diedarkan pada akhir program latihan (akhir Mei dan awal Jun 2002). Di peringkat kedua pula, 89 peratus responden memberikan maklumbalas menerusi telefon dan soal selidik secara pos selepas setahun pelatih tamat latihan (akhir Jun 2003). Temubual mendalam terhadap majikan juga dijalankan di peringkat ini. Ujian t dan khi kuasa dua (2) digunakan untuk membandingkan kualiti perkhidmatan latihan, kebolehpasaran dan pendapatan serta kos latihan antara lepasan ILP dan IKM. Regresi logistik multinomial digunakan untuk mengenalpasti penentu empat bentuk kebolehpasaran pelatih (menganggur, melanjutkan pelajaran, bekerja bukan bidang dan bekerja mengikut bidang kemahiran) yang meliputi faktor berkaitan pelatih, faktor institusi latihan, hasil pembelajaran dan faktor pasaran buruh. Kajian ini mendapati dengan kos purata latihan yang sama, IKM menawarkan kualiti perkhidmatan latihan dan pembelajaran di tempat kerja yang lebih baik. Kajian ini juga mendapati pelatih IKM lebih menguasai kemahiran bolehkerja berbanding pelatih ILP. Namun demikian, kesemua pelatih masih rendah dalam menguasai kemahiran berkomunikasi dan komputer. Sedangkan kemahiran inilah yang turut ditekankan oleh majikan. Bukti empirikal menunjukkan pelatih lepasan IKM memiliki kelebihan berbanding di pasaran buruh. Mereka lebih mudah melanjutkan pelajaran, lebih cepat memperolehi pekerjaan mengikut bidang kemahiran serta gaji semasa yang lebih tinggi. Penemuan ini, memberikan justifikasi agar ILP menyesuaikan program latihannya supaya tidak terlalu menumpukan kemahiran pekerjaan spesifik tetapi menyepadukan kepelbagaian kemahiran yang sangat dituntut oleh pasaran. Pelatih yang berjaya di pasaran buruh menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran bolehkerja, serta berada atau sudi berhijrah ke bandar dan wilayah yang mengalami pertumbuhan pesat. Selari dengan penemuan ini, langkah menyebarkan pertumbuhan ekonomi ke kawasan kurang maju, meningkatkan kemahiran teknikal dan kemahiran bolehkerja boleh membantu meningkatkan lagi keberkesanan program latihan kemahiran

    Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat

    Get PDF
    Di samping menambah keindahan persekitaran, dengan reka bentuk berkonsep dan ciri tertentu landskap sekolah seharusnya boleh berfungsi membantu proses pembelajaran dan pendidikan. Ciri-ciri landskap sekolah di Malaysia masa kini masih belum menggambarkan prinsip asas falsafah pendidikan negara. Artikel ini bertujuan untuk mengklasifikasi cirri dan mengenal pasti konsep landskap sekolah di Lembah Klang-Langat. Bagi tujuan itu kajian ini menggunakan data primer yang dikutip melalui cerapan di lapangan menggunakan kaedah senarai semak terhadap 104 buah sekolah di Lembah Klang-Langat yang dipilih secara rawak berstrata; dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai agensi berkaitan. Hasil kajian menunjukkan 44.6% landskap sekolah di wilayah ini cenderung berkonsepkan landskap buatan, khususnya sekolah di bandar. Konsep landskap lain yang popular termasuklah English dan Nusantara. Dari segi tipologi 89.4% merupakan landskap tradisional. Rata-rata landskap sekolah dihiasi dengan komponen kejur seperti tangga taman, pasu bunga, papan tanda, perabut taman, mural dan gazebo. Pokok peneduh, renek, penutup bumi, rumput, pokok buah-buahan dan herba merupakan komponen lembut yang popular. Kolam ikan dan pancuran pula adalah komponen buatan yang sering ditemui. Elemen fasiliti yang popular pula termasuklah pondok pengawal, tong sampah, laluan pejalan kaki, petak letak kereta dan but telefon. Komponen fauna yang popular pula meliputi burung dan rama-rama. Sedangkan komponen flora yang utama meliputi bunga kertas bagi spesies pokok renek, pandan wangi bagi spesies herba dan rumput kerbau bagi spesies penutup bumi. Penilaian dari segi estetika menunjukkan majoriti landskap sekolah yang dicerap hanya pada tahap sederhana menarik sahaja. Keseluruhan hasil kajian ini cenderung untuk menunjukkan bahawa landskap sekolah di Lembah Klang-Langat belum dimajukan sehingga dapat berfungsi menyokong proses pembelajaran

    IMAGE OF TECHNICAL EDUCATION AND VOCATIONAL TRAINING FROM THE PERSPECTIVE OF PARENTS AND TEACHERS

    Get PDF
    The main purpose of this study is to understand the perception of the image and pride of working in the technical and vocational fields from the perspective of parents and teachers in secondary schools. This study was conducted in two zones, namely North (Kedah) and central zone (Selangor). Two schools were chosen from each zone, one from the city (Kajang) and the other one from rural (Dengkil), which are sufficient to obtain the views of parents and teachers. Purposive sampling was selected for the focus group discussions in schools with the participation of PTA members, i.e., parents, teachers, career counselors teachers. The results showed that there were two main themes, namely, positive and negative image of technical education and vocational training among parents and teachers. However, the negative image remained resilient among parents and teachers, especially in deciding on career paths in technical and vocational fields. The researcher also identified several new issues, for example, wastage of manpower in the country, among them due to the weak prerequisite set in selecting students in technical and vocational education system; Students who do not meet the Malay Language (Bahasa Melayu) prerequisite are unable to continue studying skills at higher certificate level. Students of Islamic studies and Arabic Language, students with academic excellence and girls who are interested in technical education and vocational training should be considered as a highly skilled workforce in the future. Some implications of this study were presented as suggestion in formulating policies to improve the image of technical education and vocational training

    Perception of school students, teachers and parents towards the importance of landscape.

    Get PDF
    There are differing perceptions towards landscape among school students, teachers and parents. Their perceptions are influenced by the types of landscapes, functions of the landscapes and schools’ achievements among others

    Peranan persekitaran kerja terhadap pembentukan tingkahlaku kerja inovatif: kajian perusahaan kecil dan sederhana di tiga buah bandar terpilih di Malaysia.

    Get PDF
    Pekerja merupakan modal manusia yang sangat penting bagi sesebuah organisasi. Hal demikian kerana golongan ini merupakan sumber utama yang akan memberikan idea, inspirasi, tenaga fizikal dan lain-lain dalam merealisasikan segala apa yang dirancangkan oleh organisasi berkenaan

    Program latihan kemahiran: Perbandingan kos, kebolehpasaran dan pendapatan pelatih

    Get PDF
    Over the last several decades, public investment in vocational training has increased substantially is strengthening implementation of a knowledge based economy, industrialisation, technology advancement and productivity. The government and international agencies proposed that the public vocational training institutions should be reviewed regularly to enhance the effectiveness of vocational traning programmes. Therefore, the main purpose of this study was to compare the costs and effectiveness of the public vocational training institutions in Malaysia. This paper examines the costs and effectiveness of vocational training progmmes organised by ILPs and IKMs. Longitudinal follow-up survey and in-depth interviews were used to achieve the central objective of this study. Respondents were selected using the proportion sampling technique and stratified according to the location of each type of institutions. The results indicated that graduates from IKMs had higher employment rates, job relevancy and current salary than graduates of ILPs

    Persepsi perkhidmatan pengembangan dan amalan pertanian baik pekebun kecil sawit persendirian

    Get PDF
    Perkhidmatan pengembangan merupakan salah satu khidmat yang disediakan dalam sektor pertanian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pengembangan kepada pekebun kecil sawit persendirian di bawah Unit Pengembangan dan Latihan. Kumpulan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) yang terletak di bawah unit ini bertanggungjawab memberikan khidmat pendidikan pengembangan seperti ceramah teknikal, tunjuk kaedah, nasihat dan bimbingan di tapak melalui pegawai TUNAS yang dilantik. Mereka bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti menyampaikan maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat. Kualiti perkhidmatan pegawai TUNAS memberi impak kepada amalan pertanian baik pekebun kecil sawit. Walau bagaimanapun, pekebun kecil sawit persendirian masih menghadapi pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk maju sekiranya tiada sokongan dan bantuan. Juga faktor kesedaran yang terhad terhadap teknologi baru dan amalan pertanian baik menyukarkan pekebun kecil untuk memenuhi keperluan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menilai persepsi perkhidmatan pengembangan pegawai TUNAS dan amalan pertanian baik pekebun kecil yang berada di Saratok, Sarawak. Seramai 173 orang pekebun kecil menilai pegawai TUNAS yang memberi perkhidmatan pengembangan kepada mereka menerusi borang soal selidik. Kajian mendapati majoriti pekebun kecil memberikan nilai tinggi kepada pegawai TUNAS dalam komponen komunikasi, sikap dan keperibadian, dan kepimpinan. Selain itu, pekebun kecil memberikan nilai sederhana kepada pegawai TUNAS bagi komponen pengetahuan dan tunjuk cara teknik pertanian. Manakala impak kepada amalan pertanian baik pula, didapati pekebun kecil yang mengikut pematuhan adalah amalan pembajaan sawit dan amalan penuaian sawit. Manakala amalan sistem perparitan, rekod dan integrasi serta amalan bebas penyakit dan parasit masih berada pada tahap sederhana selepas menerima pemindahan teknologi. Oleh itu, unit pengembangan MPOB perlu memperbanyakkan latihan dan kursus kepada pegawai TUNAS sejajar dengan keperluan pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti sawit

    Land tenure security for low-income residents’ urban livelihoods : A human development approach review of temporary occupation license

    Get PDF
    Existing studies on the human development approach discuss how eliminating capability deprivation and enlarging people’s choice led to improvement on their overall wellbeing. However, land tenure security, the precondition to safeguard secure livelihood for poor and low-income urban residents is rarely discussed. This study examines the potential of the human development approach to the land tenure security debate by using a desk review of literature on both concepts. It employs the usage of a land policy instrument, known as the Temporary Occupation License (TOL), which aims to provide urban low-income residents with tenure security despite their lack of formal ownership over the land. In this context, land tenure security is understood from the subjective perspective, rather than from its traditional economic objectives. Findings show that the pursuit of human development through TOL results in an enhanced security of tenure amongst urban low-income residents in two forms. Firstly, protecting them against the threat of eviction through the principle of equity in which TOL provides opportunity for nonlandowners with legal access to state land for housing. Secondly, allowing households to gain the benefits of labour and capital invested in the land. For instance, the principle of efficiency embedded within TOL allows households to utilise land according to their priorities and needs; empowerment allows them to make decisions pertaining to housing and tenure upgrading, whereas sustainability allows citizens and authority to achieve developmental results that benefit both parties. The study concludes that the pursuit of the human development approach in land management, through administrative decisions and conducted in a participatory manner, can indeed enhance land tenure security for urban low-income residents

    Intention to drink alcohol among rural natives of Sarawak: an application of the theory of planned behavior

    Get PDF
    The use of alcoholic beverages is increasing worldwide, and it is the reason for the increase in mortality as well as health consequences. The rare explorations on alcohol consumption (AC) among Sarawak Natives indicated that risky drinking among the target ethnicities is higher compared to that of other ethnic groups. This study aims to identify the predictors of alcohol consumption (AC) among Sarawak Natives. The theory of planned behavior (TPB) was applied in this study to predict the intention to drink among the rural adult community in Malaysia. A crosssectional study was conducted among rural natives of Sarawak. The sample of this study consists of 293 rural adult communities who completed an adapted and reliable survey questionnaire assessing the constructs of TPB. Study factors such as attitudes (ATT), subjective norms (SNs), and perceived behavioral control (PBC) were proximal in predicting the intention to drink alcohol. Using the path analysis, the strongest proximal predictor of intention was ATT. The results of this study revealed that study factors namely ATT, SNs, and PBC have a direct and significant effect on the intention to drink among Malaysian rural adults. Therefore, policymakers have to launch an awareness campaign to increase the knowledge about the risk of drinking alcoholic beverages and enlighten people about the danger and health problems they might face if they continue to drink alcohol

    Pemakaian Lesen Pendudukan Sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah : satu keperluan terhadap pendekatan pembangunan manusia

    Get PDF
    Perumahan yang selamat merupakan salah satu komponen penting kepada jaminan penghidupan. Namun bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar, ia menjadi satu cabaran kerana kekangan yang dihadapi dari segi akses bagi mendapatkan tanah yang selamat, sesuai serta mampu milik. Artikel ini membincangkan isu keselamatan pegangan tanah dalam kalangan isi rumah yang tidak memiliki hak pemunyaan ke atas tanah. Ia dianalisis dengan menggunakan instrumen pegangan tanah yang dikenali sebagai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang mengandungi prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dari institusiinstitusi pembangunan dunia dan kajian lepas. Hasil kajian mendapati, penerapan prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu memperuntukkan keselamatan pegangan tanah kepada isi rumah melalui dua cara. Pertama, membekalkan jaminan perlindungan kepada isi rumah dari tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga menerusi pemakaian prinsip ekuiti yang memberi peluang kepada isi rumah mendapatkan akses kepada tanah milik kerajaan secara sah. Kedua, membekalkan keyakinan kepada isi rumah untuk menggunakan tanah secara aman dan mengaut faedah daripada pelaburan yang dilakukan ke atas tanah tersebut. Di sini, prinsip kecekapan memberi peluang isi rumah menggunakan tanah berdasarkan keupayaan sumber manusia dan kewangan yang dimiliki, pemerkasaan membolehkan isi rumah membuat keputusan berhubung isu perumahan dan penaiktarafan pegangan manakala kemampanan pula membolehkan rakyat dan pihak berkuasa mencapai objektif pembangunan yang memberi faedah kepada semua. Kajian ini menyimpulkan bahawa penerapan prinsip-prinsip Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu membekalkan keselamatan pegangan tanah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar
    corecore