6 research outputs found

    Pengaruh Tahap Akauntabiliti Guru, Peranan Pentadbir dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 Sekolah Rendah

    Get PDF
    Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Dalam era globalisasi yang mencabar, kebanyakan negara semakin memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana pendidikan telah memainkan peranan yang penting. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara dalam konteks standard pendidikan antarabangsa. Hasil daripada kajian tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan (KPM,2013). Melalui PPPM 2013-2025 salah satu perancangan adalah kemahiran abad ke- 21 dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 sekolah rendah di Negeri Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat serta menganalisis pengaruh yang wujud antara tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru dalam isu ini. Seterusnya kajian ini juga menganalisis efikasi kendiri guru sebagai pengantara dalam hubungan tahap akauntabiliti guru dan peranan pentadbir terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21. Implikasi daripada kajian ini juga diharapkan agar guru dan pihak pentadbir dapat menjalin kerjasama yang erat terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 di sekolah agar mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan

    Pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap aplikasi luasan realiti dalam mata pelajaran sains

    Get PDF
    Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik terhadap penggunaan aplikasi luasan realiti murid tingkatan 4 di Zon Pantai Timur Sabah. Aplikasi luasan realiti adalah pemboleh ubah bersandar manakala pengaruh gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik murid merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Populasi murid tingkatan 4 di Sabah adalah seramai 3731 orang murid. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 100 orang murid yang terdiri daripada sekolah di daerah Zon Pantai Timur Sabah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) 26 untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil dapatan kajian telah mendapati gaya pembelajaran murid mempunyai hubungan yang positif dan mempunyai hubungan korelasi pada tahap sederhana dengan penggunaan aplikasi luasan realiti. Manakala motivasi intrinsik murid juga mempunyai hubungan yang positif dengan aplikasi luasan realiti dan mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat. Keduadua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai pengaruh terhadap aplikasi luasan realiti apabila kedua-dua dapatan menunjukkan hasil kurang daripada 0.0

    Persepsi belia tentang metode dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh pendakwah di Wilayah Persekutuan Labuan

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi belia tentang metode dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh pendakwah di Wilayah Persekutuan Labuan. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti metode dan pendekatan dakwah yang sering digunakan oleh pendakwah , menentukan hubungan antara metode dakwah dan orientasi keagamaan serta mengenal pasti perbezaan metode dakwah dan orientasi keagamaan mengikut jantina dan status perkahwinan. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 268 orang yang berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun dijadikan subjek kajian. Alat kajian yang digunakan merangkumi item-item bagi mengukur metode dan pendekatan dakwah dan Religious Orientation Scale (ROS) bagi mengukur orientasi dan penghayatan mengamalkan agama

    Attachment styles among Malaysian trainee teachers: how it mediates the relationship between self efficacy with professionalism. a study using AMOS (SEM) Model

    Get PDF
    The main purpose of this research was to investigate the influence of attachment style and self-efcacy on professionalism among trainee teachers in teacher training institutes (IPTA and IPG) in Sabah. It will also try to identify the mediation function of the attachment style between the independent with the dependent variables. his quantitative survey research involved 295 students from first year to the final year (161 from IPTA and 134 from IPG) using purposive, cluster and simple random samplings. This research used four types of Attachment Style developed by Bartholomew and Horowitz (1991), and Teachers Efficacy instrument from Conceptual Classroom Management by Friedman & Kass (2002) as the main platform for the research framework. Data was analysed using SPSS Version 21 and AMOS Version 21. Descriptive and inferential statistics were used to interpret and explain the data. The ma/n finding demonstrated significant influence of independence variables which are Preoccupied attachment style and self-efficacy on the dependence variable which is professionalism. The multiple regression analysis showed that efficacy was the major influence on the trainee teachers professionalism (, ß = 0.504, R2= 0.304, p=0.001). Moreover, path analysis of structural equation model (SEM) also showed that the regression model established fit with the data collected. Therefore, proved both two independence variables mentioned above were directly and indirectly correlated with the dependence variable. The Pearson correlation result showed that there was significant positive correlation among the variables involved. The independent samples t-test indicated that there was no significant difference between mean score of the dependent variable in relation of gender. The findings also showed there was no significant difference between mean score of dependent variable in relation of institutes (IPTA & IPG). It is hoped this research will be able to contribute valuable input for the enhancement of the national educational system
    corecore