2 research outputs found

    Kesan penggunaan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran rekabentuk sistem dalam kalangan pelajar program ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan multimedia

    Get PDF
    Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk Sistem bagi pelajar tahun dua semester satu Program Ijazah Saijana Muda Teknologi Maklumat Dan Multimedia. Kajian Kuasi-Eksperimental Bentuk Siri Masa Gangguan Sementara yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pos ke atas sampel seramai 25 orang pelajar bagi kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar bagi kumpulan kawalan melalui kawalan secara memadan. Kumpulan eksperimen telah diajar dengan bantuan peta konsep manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan set soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS 16.0 bagi data deskriptif iaitu frekuensi, skor min dan sisihan piawai serta data inferensi melalui Ujian ANOVA sehala. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pra diantara kedua-dua kumpulan (p>0.05) dengan skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 3.280, manakala terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pos diantara kedua-dua kumpulan (p<0.05) dengan skor min tertinggi kumpulan eksperimen adalah 5.760 berbanding kumpulan kawalan iaitu 4.280. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran Analisis Dan Rekabentuk Sistem. Pelajar juga dapat menerima penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    Sistem pengurusan aktiviti pelajar Kolej Tun Hussein Onn ( SAM’s )

    Get PDF
    Penglibatan pelajar dalam aktiviti di kolej kediaman dapat membantu pertingkatkan kemahiran peribadi. Seharusnya usaha untuk merangsang pelajar melibatkan diri dalam program kolej perlu dipertingkatkan. Salah satu usaha ialah dengan mengiktiraf penglibatan mereka. Kolej Tun Hussein Onn telah berusaha memberi pengiktirafan dalam bentuk transkrip aktiviti. Transkrip ini akan dikeluarkan setiap semester yang memaklumkan penglibatan sebagai jawatankuasa dan peserta. Pelajar sangat menghargai transkrip yang dikeluarkan
    corecore