12 research outputs found

    Perbankan Islam : Bank Islam Malaysia Berhad / Noor Saliza Zainal

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan sistem perbankan Islam serta Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Tujuan penulisan adalah untuk melihat takrif, objektif dan kedudukan perbankan Islam masa kini. Penulisan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti asas penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), prinsip- prinsip Syariah yang diamalkannya, sumber dan kegunaan dana Bank Islam

    Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap kecemerlangan pelajar : kajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani / Noor Saliza Zainal

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan Bahasa Inggeris dalam menentukan kecemerlangan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani. Ini adalah suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Teknik analisis kajian yang dlgunakan adalah teknik deskriptif, korelasi dan analisis regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan Bahasa Inggeris dalam menentukan kecemerlangan pelajar mempunyai koretasi positif dengan faktor minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Sebaliknya, kajian mendapati bahawa faktor kesukaran untuk menguasai Bahasa Inggeris pula berkolerasi secara negatif dengan peranan Bahasa Inggeris dalam menentukan kecemerlangan pelajar. Hasil analisis regresi pula menunjukkan bahawa 40.5% peranan Bahasa Inggeris dalam menentukan kecemerlangan pelajar dipengaruhi oleh faktor minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, kajian ini mendapati hanya 19% sahaja faktor minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh faktor keluarga dan kesukaran menguasai Bahasa Inggeris

    Influence of economic factors on performance of investment and Mudharabah accounts in Maybank, Malaysia

    Get PDF
    This study examines relationship between investment and Mudharabah accounts in Maybank with economic factors. The data used are secondary data from various annual reports of Maybank from 1996 until 2007. The data are analyzed using Correlation and Multiple Regression analysis. The dependent variables studied are total investment and Mudharabh accounts and set of independent variables comprised of gross domestic product (GDP), unemployment rate (UER), income percapita (IPC) and consumer price index (CPI). The main objectives are to identify the relationship between the independent variables and to examine their influence on total deposits of investment and Mudharabah accounts. The results of Correlation showed that there is no relationship between all independent variables. The findings also proved that UER, GDP, IPC and CPI have significant relationships with investment and Mudharabah accounts. Finally, this study confirmed that UER is the most dominant factor that influenced both investment and Mudharabah accounts

    Analisis penggunaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)

    Get PDF
    Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara empirik corak penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar UiTM. Kajian ini turut meneliti sejauh mana kesedaran mereka terhadap penggunaan wang PTPTN berdasarkan kepada program pengajian, Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG), bahagian pengajian kini, kampus cawangan UiTM dan pendapatan bulanan keluarga. Sampel kajian terdiri daripada 341 orang pelajar peringkat Diploma semester dua hingga enam pelbagai fakulti daripada tiga kampus cawangan UiTM meliputi cawangan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian ini adalah merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian rentas. Data dikutip dengan mengedarkan soal selidik setelah memperolehi kebenaran daripada pengurusan universiti. Unit analisis pula terdiri daripada pelajar yang respons kepada penyelidikan. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Kajian ini turut mengkategorikan penggunaan wang PTPTN pelajar kepada dua kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk keperluan akademik wajib, keperluan akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan penggunaan wang PTPTN oleh pelajar yang merancang dan pelajar yang tidak merancang. Seterusnya, hasil analisis varians menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi kedua – dua kategori berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Keputusan ujian Post Hoc pula mendapati program pengajian Diploma Kejuruteraan, UiTM cawangan Pulau Pinang dan pelajar – pelajar bahagian enam mempunyai perbezaan paling ketara dalam perbelanjaan berbanding dengan yang lain. Kajian ini mencadangkan supaya kajian masa hadapan diteruskan dengan meluaskan skop kajian kepada semua bentuk pinjaman dan meliputi pelajar – pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain

    Comparative study on service quality in Bank Islam (BIMB): Sungai Petani, Kedah / Daing Maruak Sadek...[et al.]

    Get PDF
    Describes a study performed in Sungai Petani, Kedah, Malaysia to develop a reliable and valid scale for the measurement of the perceived serv ice quality of bank serv ices. The Bank Islam which located in Sungai Petani , Kedah , Malaysia has been chosen as a sample for the research field study. A sample of retail banking customers in Bank Islam was surveyed through a questionnaire. The proposed scale is called SERVQUAL and comprises 33 items named ' CARTER' with six dimensions (Compliance, Assurance, Reliability, Tangible , Empathy and Responsiveness), which customized for suitability of Bank Islam.The Bank Islam were chosen because the bank was identified to have a different operational principles as compared to other conventional banks in Malaysia. The Bank Is lam is recognized and operated its business according to th e Is lamic principles and mu s t syaria ' compliance and therefore riba is stricthly prohibited. The data gathered, which were derived from customers of Bank Islam through questionnaire and was analyzed by using SPSS to compare the perception of customers in relation to their feeling about the given issues. The results indicated that compliance issues are very important for Bank Islam customers, and the customers seemed more appreciate Bank Islam for its religious provision rather than its service quality offered

    Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa Inggeris? Satu kajian kes di UiTM Zon Utara / Noor Saliza Zainal…[et al.]

    Get PDF
    Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signiflkan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis

    Mentoring approach in learning fundamentals of Islamic banking / Noor Saliza Zainal ...[et al.]

    Get PDF
    This paper reviews the mentoring approach and its application at the learning institutions. Basically, mentoring approach is defined as a teaching method which involves a transfer of wisdom, where the mentor or coach provides advice or direction, probably based on their experience and expertise. Practically, often one selected student in the group is assigned to conduct learning relationship for understanding to other students. Currently, many courses taught at the universities are based on the traditional approach of teaching and learning. But, since there are many topics to be delivered for each course, some students might have problems in understanding each topic in depth. In addition to that, the lecturers also might not have enough time to clarify every topic thoroughly in class. Due to this problem, the group propose a mentoring approach as a supplementary approach of learning at the universities. In this study, we examine the perceptions on mentoring approach in learning of Fundamentals of Islamic Banking (CTU351) amongst the students at Universiti Teknologi MARA Kelantan, Machang campus. The objectives of this study have twofold. First, to determine the difference in mean perception on mentoring approach in learning Fundamentals of Islamic Banking across selected students’ profiles. Secondly is to identify the factors affecting the perception on learning of Fundamentals of Islamic Banking. The results of the study show that many students do not have Mentor during their studies. Next, the study also found that their perceptions on mentoring approach do not significantly differ across gender, accommodation and mentor. Lastly, the results also prove that there is a positive correlation between Classroom with Outside Classroom and Surroundings in determining the learning of Fundamentals of Islamic Bankin

    Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]

    Get PDF
    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenai pasti secara empirik corak perbelanjaan wang PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang PTPTN pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar terhadap penggunaan wang PTPTN

    Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail…[et al.]

    Get PDF
    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti secara empirik corak perbelanjaan vvang PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan vvang PTPTN pelajar kepada dua kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik Wajib, akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian Hasil analisis berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan perbelanjaan vvang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang Hasil analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar terhadap penggunaan wang PTPT

    Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa inggeris? Satu kajian kes di UiTM zon utara (kampus Sungai Petani, kampus Bukit Mertajam dan kampus Arau) / Noor Saliza Zainal, Normala Ismail dan Zulkafli Mohd. Yusof

    Get PDF
    Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian. Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signifikan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis
    corecore