1,030 research outputs found

    Kajian intervensi menggunakan kaedah pengurusan diet dan aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa yang mengalami sindrom metabolik di Raub, Pahang

    Get PDF
    Peningkatan prevalens obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia semakin membimbangkan dan ini telah mewujudkan fenomena baru yang dipanggil sindrom metabolik. Sindrom metabolik mempunyai kaitan dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes melitus, penyakit jantung dan hiperlipidemia. Objektif kajian intervensi ini dijalankan bagi menilai kesan menggunakan pengurusan diet dan aktiviti fizikal di kalangan dewasa yang mengalami sindrom metabolik selepas dijalankan intervensi selama 6 bulan. Kajian eksperimental kuasi ini dijalankan ke atas 50 orang responden intervensi di Klinik Kesihatan Dong, dan 50 orang responden kawalan di Klinik Kesihatan Tersang. Penilaian status pemakanan yang merangkumi antropometri, biokimia dan penilaian diet serta aktiviti fizikal diukur pada pra dan pasca intervensi. The increasing prevalence of obesity among adults in Malaysia is worrying and this has created a new phenomenon called the metabolic syndrome. Metabolic syndrome is associated with non communicable disease such as diabetes mellitus, heart diseases and hyperlipidemia. The objective of this intervention study is to evaluate the effects of diet management and physical activity on adults with metabolic syndrome after 6 months of intervention. This quasi experimental study was conducted on 50 respondents (intervention) in Klinik Kesihatan Dong and 50 respondents (control) in Klinik Kesihatan Tersang. Assessment of nutritional status which include anthropometry measurements, biochemical and dietary assessment, as well as physical activity were measured during pre and post intervention

    MANIFESTASI ALAM DALAM FALSAFAH, DIAGNOSIS DAN RAWATAN PENYAKIT BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA DAN TRADISIONAL MELAYU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

    Get PDF
    Manusia dan alam merupakan konsep yang penting dalam pandangan semesta masyarakat tradisional.Konsep ini dapat dilihat dalam pandangan semesta dan kosmologi yang membincangkan persoalan mengenai asal usul kewujudan manusia dan alam semesta, elemen-elemen alam serta manifestasinya dalam perubatan tradisional masyarakat. Dalam konteks perubatan tradisional seperti Ayurveda dan perubatan tradisional Melayu, manifestasi alam ini bukan hanya dapat dilihat dalam falsafah perubatan tetapi juga diagnosis serta rawatan yang diberikan terhadap penyakit. Perbincangan kertas kerja ini memfokuskan konsepsi masyarakat terhadap elemen-elemen alam sama ada yang bersifat fizikal ataupun sebaliknya serta manifestasi pemahaman tersebut terhadap falsafah perubatan mereka.Antara konsep yang akan dibincangkan ialah elemen-elemen alam seperti tanah, air, api, udara dan ether atau lebih dikenali sebagai ruang yang bukan hanya penting dalam konteks komposisi alam tetapi juga badan manusia berdasarkan perubatan Ayurveda. Kajian dilakukan melalui tinjauan bahan bacaan dan temubual dengan pengamal perubatan Ayurveda dan tradisional Melayu. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kaedah diagnosis dan rawatan perubatan Ayurveda yang memfokuskan kepada ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal berbanding perubatan tradisional Melayu yang turut memuatkan elemen lain seperti raksi, ramalan, tahun kelahiran dan sebagainya di samping ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal bagi tujuan diagnosis dan rawatan penyakit

    Kajian intervensi menggunakan kaedah pengurusan diet dan aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa yang mengalami sindrom metabolik di Raub, Pahang

    Get PDF
    Peningkatan prevalens obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia semakin membimbangkan dan ini telah mewujudkan fenomena baru yang dipanggil sindrom metabolik. Sindrom metabolik mempunyai kaitan dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes melitus, penyakit jantung dan hiperlipidemia. Objektif kajian intervensi ini dijalankan bagi menilai kesan menggunakan pengurusan diet dan aktiviti fizikal di kalangan dewasa yang mengalami sindrom metabolik selepas dijalankan intervensi selama 6 bulan. Kajian eksperimental kuasi ini dijalankan ke atas 50 orang responden intervensi di Klinik Kesihatan Dong, dan 50 orang responden kawalan di Klinik Kesihatan Tersang. Penilaian status pemakanan yang merangkumi antropometri, biokimia dan penilaian diet serta aktiviti fizikal diukur pada pra dan pasca intervensi. The increasing prevalence of obesity among adults in Malaysia is worrying and this has created a new phenomenon called the metabolic syndrome. Metabolic syndrome is associated with non communicable disease such as diabetes mellitus, heart diseases and hyperlipidemia. The objective of this intervention study is to evaluate the effects of diet management and physical activity on adults with metabolic syndrome after 6 months of intervention. This quasi experimental study was conducted on 50 respondents (intervention) in Klinik Kesihatan Dong and 50 respondents (control) in Klinik Kesihatan Tersang. Assessment of nutritional status which include anthropometry measurements, biochemical and dietary assessment, as well as physical activity were measured during pre and post intervention

    PENGURUSAN HUMORAL DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN ETIOLOGI SAKIT DEMAM DALAM SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DI KELANTAN, MALAYSIA

    Get PDF
    Sistem perubatan tradisional Melayu merupakan sistem perubatan masyarakat Melayu yang bersifat holistik. Dalam sistem perubatan ini hubungan antara pesakit, perawat dan unsur-unsur alam semulajadi amat dipentingkan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sistem perubatan tradisional Melayu dipengaruhi oleh empat elemen utama iaitu api, tanah, angin dan air. Unsur ini dikenali sebagai humoral yang turut dipercayai oleh kebanyakan sistem perubatan tradisional lain di dunia. Terdapat dua penyebab keuzuran atau sakit dalam masyarakat Melayu iaitu faktor fizikal atau fisiologi manusia seperti keadaan persekitaran dan kedua faktor supernatural seperti gangguan makhluk halus. Kertaskerja ini akan mengulas lebih lanjut faktor alam semulajadi yang terkandung dalam sistem humoral tersebut serta kaitannya dengan etiologi sakit demam dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga kini dengan menggunakan kaedah kajian yang bersifat kualitatif dan interpretasi budaya. Selain itu teknik-teknik penyembuhan penyakit, falsafah perubatan serta peranan golongan perawat Melayu tradisional juga turut disentuh berdasarkan kajian etnografi yang dijalankan oleh penyelidik di beberapa buah daerah di negeri Kelantan

    KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU

    Get PDF
    Pandangan semesta yang berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. . Pandangan atau persepsi tersebut turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.Kajian terhadap kaedah dan teknik perubatan Melayu menunjukkan penekanan kepada keseimbangan antara elemen sejuk dan panas serta keharmonian dengan alam, manusia and Tuhan melalui gabungan sumber alam seperti akar kayu, flora dan fauna yang disesuaikan dengan keadaan fizikal manusia serta disusuli doa, ayat-ayat al-Quran mahupun zikir. Ciri-ciri perubatan yang melibatkan gabungan antara sains dan agama ini memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menggabungkan elemen-elemen alam dan kepercayaan bagi tujuan penyembuhan dan pencegahan penyakit. Perubatan Melayu tradisional yang memperlihatkan kekuatan intelektual masyarakat ini memberikan sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan mampu meletakkan perubatan Melayu sebaris dengan sistem perubatan lain yang kini telah diiktiraf sebagai perubatan berbentuk holistik. Justeru, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengkaji aspek-aspek lain berkaitan perubatan Melayu agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan ilmiah dan sumber yang mampu dihargai oleh generasi akan datang

    Electronic government procurement adoption behavior amongst Malaysian SMEs

    Get PDF
    The aim of this study is to investigate the relationship between a model of electronic procurement (e-procurement) adoption behavior and the level of Government e-procurement adoption amongst Small Medium Enterprise (SME) in Malaysia. Data was collected through questionnaires that were distributed to SME selected randomly in all SME in Malaysia.The data were analyzed using factor analysis, reliability analysis, independent-sample t-test, descriptive statistics, Pearson Correlation and multiple regressions. Regression results reveals that ‘power’, ‘trust’ and ‘value’ have a positive relationship with the level of e-procurement adoption amongst SME in Malaysia.All dimensions, namely; the power of supplier, power of procurement, trust on supplier, trust on information technology, value of implementation system efficiency and value of cost efficiency were also correlated with the level of e-procurement adoption amongst SME. Past studies on e-procurement are beset by problems of buyer-seller relationship perspective.In addition, these studies are skewed towards Government-SME relationship perspective which the Government possesses more power than SME and provide a better incentive to educate and influence SME to adopt e-procurement.In investigation the relationship between a model of e-procurement adoption behavior and the level of Government e-procurement adoption amongst SME in Malaysia, this study also tries to provides recommendation to Malaysian government for improving the level of e-procurement adoption amongst SME

    Menilai kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan menggunakan instrumen FM-SERVQUAL

    Get PDF
    Isu kecekapan sistem penyampaian perkliidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadi perhatian utama kerajaan. Ia meliputi Pengurusan Fasiliti ke atas modal insan, premis, tekiiologi dan proses kerja di PBT. Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan semakin mencabar selari dengan perubahan persekitaran yang begitu pantas. Ini menimbulkan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perkliidmatan lebih berkualiti. Kualiti Perkliidmatan adalah suatu konsep yang abstrak dan elusif dengan cirinya 'tidak ketara,' heterogeneous dan 'tidak boleh dipisalikan' antara proses dan output. Ciri-ciri ini menjadikan Kualiti Perkliidmatan sukar diukur dan sukar dinilai. Beberapa model dikenal pasti telah dibangunkan bagi menilai Kualiti Perkliidmatan. Bagaimanapun model-model berkenaan hanya berasaskan prestasi perkliidmatan semasa dan tidak mengambilkira ekspektasi pelanggan yang merupakan kriteria penting dalam penilaian Kualiti Perkliidmatan. Dengan demikian penyelidikan ini berusaha meneliti perkara ini dengan membangunkan instrumen yang dinamakan FM-SERVQUAL. Instrumen ini dibangunkan dalam kerangka Pengurusan Fasiliti Bersepadu. Ia berasaskan persepsi dan ekspektasi pelanggan iaitu SQ = P|E, di mana; SQ adalah Kualiti Perkliidmatan; P adalah Persepsi dan E adalah Ekspektasi. Instrumen ini berupaya mengenal pasti simptom ketidakpuasan pelanggan dalam sistem penyampaian perkliidmatan PBT. Sehubungan itu Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dipilih sebagai kajian kes. Ia melibatkan dua fasa kutipan data primer. Fasa pertama dilaksana berasaskan pendekatan kualitatif menerusi temu bual separa berstruktur ke atas penyedia perkliidmatan iaitu 20 orang pegawai kanan MBJB. Hasil kajian menunjukkan wujudnya keperluan untuk mengukur tahap Kualiti Perkliidmatan sistem penyampaian di PBT. Berikutnya, dalam Fasa kedua. pengukuran ke atas Kualiti Perkliidmatan dilaksana berasaskan pendekatan kuantitatif. Ia melibatkan dua tahap kutipan data primer ke atas penyedia perkliidmatan. Hasil analisis mendapati lima (5) elemen dalam komponen pengurusan teknologi dan ICT dan enam (6) elemen dalam komponen pengurusan premis berada di bawah tahap Perkliidmatan Berkualiti. Lain�lain elemen perkliidmatan mencapai tahap kualiti minimum. Instrumen FM�SERVQUAL yang dibina secara empirikal berupaya menilai Kualiti Perkliidmatan dalam persekitaran PBT yang begitu kompleks. Ia juga berfungsi sebagai alat penting dalam perancangan polisi organisasi pada masa hadapan

    Optical Properties and Kinetic Behaviour of Some Chemical and Biological Species Using Surface Plasmon Resonance Optical Sensor

    Get PDF
    Surface plasmon resonance (SPR) spectroscopy is a surface-sensitive technique that has been used to characterize the thickness and index of refraction of dielectric medium at noble metal interface. Nowadays surface plasmon resonance technique has emerged as a powerful technique for a variety of chemical and biological sensor applications. In this study, gold and silver with purity of 99.99% were used to fabricate thin metal films. The thin film was deposited onto a glass cover slip and attached onto the surface of a 60° prism using index matching oil. Liquid samples, such as chlorine, saccharide, swimming pool water, pesticide, virus and DNA were studied using Kretschmann Surface Plasmon Resonance technique. All the measurements were carried out at room temperature. The experiment was carried out by measuring the intensity of the optical reflectivity as a function of incident angle. It found that the shift of resonance angle (.dB) increased linearly with the sample concentration. The detection limit of the sensor was estimated better than 0.01 pM for the sample of DNA (Olig02-Bio). Larger sensor sensitivity of 9.42°/(mol/L) is obtained for the sucrose sample. The kinetic behaviour of the system was also examined to monitor the selfassembling p rocess on the metal surface in real time. The shift in resonance angle increased greatly with time during the increment of the molecules deposited on the gold surface. In contrast it was found decrease with time during self-assembling process. This work also studied the molecule-dielectric interaction for a thin Fatty Hydroxamic Acid (FHA) film (extract from crude palm oil), which the FHA layer was coated using spin coating on the top of metal film. When the medium outside the surface of Au film was changed from air to FHA layer, the resonance angle shifted to the higher value. The shift of resonance angle increased linearly with the increasing concentration FHA layer. When the metal ion was attached to the FHA film, the resonance angle was changed to the maximum value. The experimental results reveal that the technique that based on surface plasmon resonance phenomenon can be used to determine the optical properties and the kinetic behaviour. It also suitable to study the molecule-dielectric interaction for the polymer film. This technique can become an effective chemical optical sensor. Saccharide, pesticide and chlorine concentration in water can be detected using this sensor. Furthermore it also can be used to detect DNA and viruses solution

    PENGARUH AGAMA DAN ADAT DALAM PENERIMAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU TERHADAP PERUBATAN BARAT SEWAKTU ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

    Get PDF
    Adat dan agama merupakan dua komponen penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh adat dan agama dapat dilihat dalam hampir setiap aspek kehidupan bermula daripada sebelum kelahiran hinggalah kepada kematian. Kedatangan British ke Tanah Melayu bukan hanya merubah struktur politik dan pemerintahan Tanah Melayu malah turut memperkenalkan aspek kemodenan dalam bentuk amalan perubatan Barat yang berbeza daripada pemahaman dan pengamalan masyarakat Melayu pada ketika itu. Kajian ini melihat pengaruh adat dan agama dalam dua aspek berbeza iaitu pertamanya dalam membentuk perspektif dan kefahaman Melayu terhadap kesihatan dan penyakit, dan yang keduanya dalam menentukan penerimaan Melayu terhadap pengenalan perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu amnya, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu khasnya. Kajian ini akan menunjukkan bahawa aspek kemodenan yang cuba diperkenalkan oleh British telah menerima respon yang berbeza daripada masyarakat Melayu pada ketika itu. Amalan vaksinasi yang mula diperkenalkan dan kemudiannya diwajibkan oleh British pada ketika itu misalnya mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada masyarakat Melayu. Pengenalan konsep perbidanan moden yang agak berbeza daripada amalan ‘tradisional’ masyarakat Melayu sebaliknya gagal mendapat pengiktirafan yang diharapkan terutamanya disebabkan perbezaan pandangan Melayu terhadap aspek-aspek berkaitan kehamilan, kelahiran dan kesihatan ibu dan anak. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat memenuhi objektif dalam menunjukkan bahawa selain daripada faktor sosioekonomi dan ekonomi politik, adat dan agama masyarakat Melayu turut memainan peranan dalam penerimaan masyarakat Melayu terhadap perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu

    KONSEP KESEIMBANGAN DAN KEHARMONIAN DALAM SISTEM PERUBATAN MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BERDASARKAN KITAB TIBB

    Get PDF
    Manuskrip Melayu menurut takrifan Perpustakaan Negara Malaysia merujuk kepada karya bertulis tangan dalam tulisan jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal abad ke-16 sehingga awal abad ke-20. Bidang penulisan manuskrip mencapai kemuncaknya pada abad ke-17 serentak dengan kegemilangan ilmu Islam yang berpusat di Acheh (Mahayudin, 2000). Manuskrip Melayu yang dikenali sebagai Kitab Tibb mengandungi ilmu berkaitan sains perubatan dan kesihatan masyarakat Melayu yang merakamkan cara-cara mengubati penyakit menggunakan sumber alam semulajadi berupa flora dan fauna serta rempah ratus yang didapati berkesan untuk mengubati penyakit. Menurut Ding (2003), manuskrip Melayu pada kebiasaannya disalin berulang kali hingga memungkinkan terdapat versi yang berbeza bagi sesebuah manuskrip. Sebagai contoh, terdapat 26 versi Tajus Salatin dan 18 versi Sejarah Melayu yang disimpan di pelbagai perpustakaan di seluruh dunia. Hal yang sama dapat dilihat dalam konteks manuskrip perubatan Melayu meskipun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persamaan antara salinan teks yang dikenali dengan kod dan siri yang berbeza bagi setiap negara. Sebagai contoh, Kitab Tib dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia dikenali dengan kod MSS dan diikuti dengan nombor siri seperti 2219, 759, 1292, 1754 dan sebagainya. Kitab Tib di Departmen Pendidikan & Keguruan Jakarta walau bagaimanapun dikenali sebagai M1.832 dan M1.833 (Shaharir 2003) manakala Kitab Tib di Belanda dikategorikan sebagai Cod. Or. 1769, 6558,4818(b), 8216, 8704, 8733, 12168B dan 7230 (Wan Ali, 1985)
    corecore