6 research outputs found
Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedah
Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya sistem
penyampaian yang digunakan adalah tidak efektif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana sistem penyampaian pendidikan masyarakat Baling dengan lebih mendalam. Objektif kajian ini adalah: (1) Mengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling; (2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program
pendidikan sedia ada; (3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan; (4) Membina model sistem penyampaian program
pendidikan yang lebih berkesan bagi masyarakat Baling
Level of awareness on Malaysia stock market : a case study of University Technology Mara / Muhammad Mahathir Yahaya and Nur Farraheeda Roslan
The concept of the study level of awareness among UiTM students on stock market is based on Attention-Interest-Desire-Action, which are to discover the comprehension and understanding of respondents towards Malaysian stock market. The factor of independent variable (Attention, Interest, Desire and Action) towards level of awareness are been used on this study. The distribution of structured and online questionnaire are been used to collect the infonnation needed from the respondent. Then, the questionnaire were analyzed and interpreted using SPSS software Version 21 which is the latest program. Each of the variable were tested by several analysis such as Pearson Correlation to fmd the relationship between dependent and independent variable. On the other hand, the results indicate the significant of the variable and meet the objective of the research. After the study held, researchers raised several opinions and recommendation ofthe study that awareness on the investment very essential because it can shape our future fmancial
TEACHERS’ WELLBEING DURING THE COVID-19 PANDEMIC: A REVIEW
ABSTRACT The Covid-19 outbreak has added plenty of new pressures for teachers, including difficulties associated with the sudden switch to digital learning. Teachers, as frontline educators, have faced numerous obstacles since the beginning of the Covid-19 epidemic. In recent years, educational environments have placed a greater emphasis on teacher wellbeing. To better understand teacher wellbeing during this crisis and inform strategies that support them, this study examined recent research on teacher wellbeing. Researchers retrieved and analysed studies on teacher wellbeing from Science Direct, Web of Science, and Google Scholar. The findings indicated that teachers experienced a significant level of stress and anxiety. In addition, the study showed the best coping mechanisms for teachers in order to adjust to new circumstances. Finally, recommendations for further research are made, as are the implications. Keywords: wellbeing, pandemic, Covid-19, teache
Faktor tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa universiti
Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan
khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan
remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada golongan remaja
yang mempunyai keinginan yang sama dan tidak terkecuali daripada tingkah laku merokok. Namun, apakah
sebenarnya faktor yang mempengaruhi mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok sedangkan mereka
sering dijadikan model dan idola kepada golongan remaja. Malah mahasiswa juga sering dianggap sebagai aset
dalam tunjang pembangunan negara pada masa hadapan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
meneroka faktor yang mendorong mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok. Kajian yang dijalankan adalah
berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang perokok
tegar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir peringkat ijazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih
sebagai responden menggunakan persampelan snow ball (bola salji). Teknik pengumpulan data yang digunakan
adalah temu bual secara bersemuka menggunakan panduan soalan semi struktur. Data yang diperoleh seterusnya
dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil kajian yang dijalankan mendapati, faktor yang mempengaruhi
responden dalam tingkah laku merokok adalah pengaruh rakan, tekanan, kepuasan peribadi, sifat ingin tahu dan
persepsi peribadi. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membantu pihak universiti merangka
tindakan khusus atau menambah baik intervensi sedia ada bagi memastikan mahasiswa universiti bebas daripada
tingkah laku merokok
Kesejahteraan Penjawat Awam yang Ulang Alik ke Tempat Kerja di Pulau Pinang, Malaysia
Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada kesan serta dimensi kesejahteraan sosial terhadap aktiviti berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Pulau Pinang, Malaysia. Oleh kerana taraf hidup yang lebih tinggi di kawasan bandar dengan adanya kemudahan infrastruktur, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, lebih ramai penjawat awam serta keluarga mereka masih belum bersedia untuk menyesuaikan gaya hidup di kawasan tersebut. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60% penjawat awam tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja mereka di kawasan bandar. Hanya kawasan di luar bandar menawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 (USD65,000), manakala sebilangan besar penjawat awam bekerja di kawasan bandar. Status quo ini secara langsung menjadi salah satu faktor untuk mereka memilih terus tinggal di kawasan luar bandar yang jauh dari tempat mereka bekerja. Ini jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar penjawat awam khususnya di Pulau Pinang tinggal di luar kawasan tempat mereka bekerja. Seramai 180 orang responden daripada kumpulan ini telah terlibat dalam tinjauan ini telah ditemu bual. Analisis kuantitatif telah dibincangkan dengan sewajarnya berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar responden mengalami pelbagai kesulitan semasa berulang-alik setiap hari ke tempat kerja. Perjalanan ulang-alik jarak jauh turut menjejaskan kesejahteraan sosial, tekanan kerja dan kesihatan. Usaha untuk mengurangkan permasalah ini demi kelangsungan kehidupan yang lebih baik dalam kalangan mereka adalah amat penting. Peningkatan usaha boleh dilakukan melalui kerjasama dalam pelbagai program, faedah dan kemudahan seperti perlindungan, jaminan keselamatan, serta bantuan sosial