12 research outputs found
Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu
Cerita rakyat merupakan salah satu khazanah sastera Melayu yang cukup tenar hidup dalam masyarakat Melayu tradisional dan ia disampaikan secara lisan. Oleh itu, cerita rakyat sarat dengan perutusan nilai. Ini diterjemahkan menjadi nasihat yakni pengajaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu, khususnya kepada masyarakat Melayu. Nilai murni seperti baik hati kepada masyarakat Melayu sangat penting dijadikan sebagai satu medium perantaraan untuk mendidik moral masyarakat Melayu. Sesungguhnya setiap cerita-cerita rakyat yang didengari atau dibaca oleh masyarakat Melayu itu berupaya meresapkan idea dalam pemikirannya dan akan kekal menjadi ingatan sampai bila-bila. Jika baik olahan nilai murni dalam setiap cerita-cerita rakyat tersebut ia mampu membentuk nilai moral yang tinggi kepada masyarakat Melayu. Kajian yang dijalankan ini tertumpu untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni baik hati dalam cerita rakyat Melayu. Teori Pengkaedahan Melayu digunakan untuk diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian mendapati cerita rakyat Melayu mempunyai hampir sepenuhnya nilai baik hati yang mempunyai fungsi penting dalam kalangan masyarakat Melayu
Unsur amanat dan impak lirik Dikir Barat Halim Yazid
Dikir Barat merupakan salah satu khazanah budaya yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan yang menjadi kebanggaan rakyat negeri tersebut. Kini, seni budaya Dikir Barat telah berkembang bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain padat dengan elemen kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu Pantai Timur, kesenian ini juga mengandungi pelbagai amanat dan nasihat yang berkesan kepada khalayak. Menerusi keadah kualitatif dengan cara pendokumentasian lirik, Dikir Barat Halim Yazid yang dipilih akan dijadikan sandaran untuk mengenal pasti dan menganalisis amanat serta impak yang terkandung dalam lirik tersebut. Aplikasi prinsip Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan pada tahun 2005 merupakan teras utama dalam memastikan hubungkait antara analisis kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa setiap bait lirik Dikir Barat Halim Yazid kaya dengan amanat yang mampu memberikan impak berguna bagi membentuk tingkah laku dan moral yang positif dalam kalangan masyarakat. Lirik yang didendangkan boleh membentuk tingkah laku dan moral postif dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Kelantan malah, masyarakat di seluruh negara
Unsur-Unsur Sejarah Dalam Cerita Rakyat Melayu di Malaysia (Historical Elements in Malay Folklores in Malaysia)
Cerita rakyat Melayu merupakan bukti keunggulan masyarakat Melayu dalam menghasilkan karya yang kreatif dan berguna. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan cerita rakyat hanyalah dongeng semata-mata dan tidak memberi sebarang nilai positif. Walhal, sekiranya cerita rakyat dikaji secara mendalam sememangnya mengandungi nilai dan unsur sejarah yang boleh dijadikan teladan. Cerita rakyat Melayu diselitkan dengan unsur sejarah yang mengandungimesej positif dan mampu mendorong pembentukan jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur sejarah yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu dalam konteks pembentukan jati diri kanak-kanak. Rentetan itu,kajian ini melakukan penelitian terhadap aspek unsur sejarah dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan yang berpotensi untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak. Selanjutnya, deduktif kajian ini ialah salah satu prinsip Takmilah iaitu prinsip hubungan khalayak dengan karya untuk menghuraikan analisis dengan lebih jelas. Selain itu, metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan lapangan yang dilakukan di daerah Tumpat, Kelantan digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat. Akhir sekali, kajian ini mendapati unsur sejarah yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu di Bachok terbukti dapat dijadikan sebagai medium untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak
Akal Budi Dalam Cerita Rakyat Interprestasi Sosiobudaya Kanak-Kanak Dan Remaja (Intellectual Values in the Sociocultural Interpretation of Folklore for Children and Teenagers)
Cerita rakyat merupakan satu identiti kepada masyarakat Melayu kerana keluhuran hati yang terkandung didalamnya. Cerita rakyat diolah oleh penglipur lara agar bersesuaian dengan keadaan kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu sekaligus dijadikan sebaga i pedoman kepada generasi muda seperti kanak kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, cerita rakyat mulai dipinggirkan kerana arus kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganali sis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu terhadap kanak kanak dan remaja. Kajian ini membataskan tiga cerita rakyat yang bertajuk Amukan Lembaga Hitam, Misteri Penunggu Panau dan Haji Mahmud Tokoh Agama. Ketiga tiga cerita rakyat ini diperoleh di Tanah Merah, Kelantan. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif, iaitu berpaksikan kaedah kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Teori pengkaedahan Melayu melalui pendekatan kemasyarakatan digunakan sebagai deduktif kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati akal budi dijadikan sebagai medium pengajaran yang sekaligus mendedahkan interprestasi sosiobudaya masyarakat Melayu melalui cerita rakyat yang disampaikan
Keberkesanan unsur watak dan perwatakan dalam cerita rakyat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui media animasi
Cerita rakyat merupakan satu cerita yang disampaikan secara lisan oleh masyarakat terdahulu yang dipertuturkan secara mulut ke mulut dan kaya dengan nilai-nilai murni. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang keberkesanan cerita rakyat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui medium animasi. Signifikan kajian ini adalah kerana industri animasi berjaya menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, bidang animasi sebagai satu cabang untuk mendekatkan golongan kanak-kanak dan remaja untuk meminati cerita rakyat. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis keberkesanan media animasi kepada golongan kanak-kanak melalui cerita rakyat. Di samping itu, cerita lisan yang bertajuk Si Luncai dengan Labu-labunya, Sombong Membawa Padah, Ayam Dogol Membuat Jasa, Bersikap Jujur dan Kasih Sayang Keluarga yang terkandung dalam Koleksi 366 Cerita Rakyat di Malaysia, dijadikan sebagai data kajian ini. Seterusnya, metodologi kajian ini merujuk kepada kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini turut menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu menerusi pendekatan gunaan sebagai deduktif kajian. Dapatan hasil kajian ini membuktikan bahawa media animasi merupakan salah satu medium yang berkesan dan sistematik untuk menjadikan cerita lisan dapat dipopularkan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
SENSO COMUM NO FOLCLORE “ASAL USUL NAMA KELANTAN”: APLICAÇÕES DE APRENDIZAGEM BASEADAS EM JOGOS NO ENSINO DA PERSPECTIVA DO ALUNO USANDO KAHOOT
Malay Folklore, traditionally transmitted, has long served as a vessel for imparting advice, teachings, and values that accentuate the identity of the Malay community. However, the tide of modernity has altered the delivery of folklore, transitioning it from oral tradition to various graphic media formats. Hence, this study aimed to explore and analyze commen sense in folklore “Asal Usul Nama Kelantan” as a game based learning applications in teaching of student perspective, utilizing the Kahoot application. Employing qualitative methods such as library research, fieldwork, and questionnaires, the study sought to enrich its findings. Additionally, Cultural Theory, as proposed by Chris Barker (2009), was adopted through an ethnographic approach. The Kahoot application was employed to gauge the understanding of common sense among to students at Universitiy Malaysia Kelantan. The findings revealed that the story of Asal Usul Kelantan significant relevance in reinvigorating its heritage for today’s younger generation.O folclore malaio, tradicionalmente transmitido, há muito serve como meio de transmissão de conselhos, ensinamentos e valores que acentuam a identidade da comunidade malaia. No entanto, a maré da modernidade alterou a transmissão do folclore, fazendo a transição da tradição oral para vários formatos de mídia gráfica. Assim, este estudo teve como objetivo explorar e analisar o senso comum no folclore “Asal Usul Nama Kelantan” como um aplicativo de aprendizagem baseado em jogos no ensino da perspectiva do aluno, utilizando o aplicativo Kahoot. Empregando métodos qualitativos, como pesquisa em bibliotecas, trabalho de campo e questionários, o estudo procurou enriquecer suas descobertas. Adicionalmente, a Teoria Cultural, proposta por Chris Barker (2009), foi adotada através de uma abordagem etnográfica. O aplicativo Kahoot foi empregado para avaliar a compreensão do bom senso entre os alunos da Universidade da Malásia Kelantan. As descobertas revelaram que a história de Asal Usul Kelantan tem uma relevância significativa no revigoramento da sua herança para a geração mais jovem de hoje
Polemik dalam cerita rakyat sebagai medium pendidikan moral kepada kanak-kanak
Cerita rakyat ialah cerita yang disebarkan turun temurun secara lisan, juga tidak dimiliki secara mutlak oleh individu kerana cerita rakyat dimiliki secara bersama oleh masyarakat. Unsur polemik dapat dilihat dengan ketara dalam kebanyakan cerita rakyat dan tidak dapat dinafikan bahawa polemik membawa kepada perkara negatif. Namun begitu, setiap polemik yang berlaku boleh diambil sebagai iktibar dan teladan oleh kanak-kanak melalui plot cerita dan membawa kepada pembentukan moral positif melalui mesej positif. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan polemik yang terdapat dalam beberapa cerita rakyat terpilih kepada pembentukan moral kanak-kanak. Batasan kajian merujuk kepada beberapa cerita rakyat yang bertajuk Puteri Sejinjang Dan Puteri Santubong, Menuntut Bela, Kapak Emas, Melanggar Janji, Bawang Merah Bawang Putih dan Pemburu Yang Tidak Tahu Bersyukur menerusi teks 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga mengaplikasikan pendekatan Takmilah melalui prinsip hubungan karya dengan khalayak sebagai deduktif kajian. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Hasil kajian ini dapat membuktikan unsur polemik dalam cerita rakyat sangat membantu pembentukan moral dalam diri kanak-kanak
Nilai-nilai murni dalam seuntai himpunan 366 cerita rakyat Malaysia
Kajian ini menumpukan kepada penelitian aspek nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kajian ini akan memaparkan kembali cerita rakyat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku positif dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan khususnya masyarakat Melayu. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013) dan merumuskan nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013).Seterusnya, pendekatan analisis kandungan kuantitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini,penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap empat konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi konsep menjana minda, rohani, emosi dan jasmani dilaksanakan sebagai asas deduksi dalam pendekatan kajian. Kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terhadap enam belas nilai murni yang menjadi sandaran bagi menonjolkan norma-norma kebudayaan Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa cerita rakyat Melayusememangnyasarat dengan nilai-nilai murni di samping kaya dengan nilai kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi gambaran dan pegangan masyarakat Melayu seterusnya menjadi wadah membentuk normayang baik terhadap khalayaknya
Akal budi dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan : satu penelitian terhadap pengkaedahan alamiah
Akal budi merupakan sesuatu yang terdapat dalam karya sastera seperti cerita rakyat yang bertujuan untuk mengajar disiplin kendiri kepada golongan muda. Akal budi sering kali diterapkan dalam penceritaan cerita rakyat oleh seorang penutur amatur bagi mendidik anak-anak muda akan adat resam, kebudayaan setempat dan undang-undang peradaban masyarakat Melayu. Akan tetapi, pengkajian terhadap cerita rakyat mempunyai kelompongan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hal ini kerana pengkaji terdahulu kurang menekankan aspek akal budi dalam pengkajian mereka. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan. Dengan itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kajian ini juga menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai deduktif kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan yang seharusnya diketengahkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat Melayu
Nilai-nilai murni dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: satu penelitian pengkaedahan Melayu
Naratif lisan adalah urutan kronologi penceritaan yang berasal daripada masyarakat, berkembang dalam sesuatu kelompok komuniti pada masa lampau, menjadi ciri khas oleh setiap bangsa yang memiliki budaya beraneka ragam, mencakupi kekayaan budaya dan sejarah milik bangsa secara bersama. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa masyarakat pendukung masih menganggap naratif lisan sebagai bahan yang tidak berfaedah, penuh dengan kepincangan, rekaan semata- mata dan sekadar memaparkan hiburan kepada pembaca. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Seterusnya, analisis terhadap nilai-nilai murni ini turut diaplikasikan dengan pendekatan moral, dakwah dan kemasyarakatan yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Selain itu, kajian ini membataskan 43 naratif lisan yang diperoleh daripada informan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sebagai data kajian. Selain itu juga, terdapat 22 naratif lisan daripada teks verbatim yang lain turut dianalisis untuk memastikan kajian ini lebih mantap.Tambahan pula, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap beberapa aspek merangkumi Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan dilaksanakan sebagai deduksi dalam pendekatan kajian. Kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terperinci terhadap nilai-nilai murni dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan yang menjadi sandaran bagi menonjolkan norma-norma kebudayaan Melayu. Sebagai kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan memiliki garapan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan sebagai medium pendidikan kepada masyarakat tempatan