3 research outputs found

    Hubungan antara Bidang Tugas dan Hubungan Sosial dengan Penjenamaan Semula Pengurusan Tingkatan Enam

    Get PDF
    Penjenamaan semula tingkatan enam merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasa pendidikan tingkatan enam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dan hubungan sosial antara guru-guru dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam di Bahagian Sandakan, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru tingkatan enam dipilih daripada populasi seramai 169 orang guru tingkatan enam daripada 12 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam di Bahagian Sandakan. Sekolah tersebut terletak di daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid. Sampel dipilih dengan menggunakan prosedur pensampelan rawak mudah. Sementara itu, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji. Didapati ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi sederhana, positif dan signifikan iaitu r=.492 dan p=.000 antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam. Manakala ujian Korelasi Pearson antara hubungan sosial antara guru di sekolah dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam menunjukkan korelasi sangat lemah, negatif dan tidak signifikan iaitu r=-.060 dan p=.517. Hal ini menunjukkan guru tingkatan enam di Bahagian Sandakan dapat melaksanakan perubahan bidang tugas harian guru tingkatan enam. Selain itu, mereka berusaha memelihara hubungan baik dengan pentadbir sekolah aliran perdana dan rakan-rakan guru aliran perdana di sekolah. Hal ini, dapat merealisasikan kejayaan transformasi tingkatan enam melalui penjenamaan semula tingkatan enam

    Perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan demografi terpilih

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek demografi terpilih di daerah Sandakan, Sabah. Aspek demografi yang dikaji adalah jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kelulusan akademik tertinggi. Manakala dimensi profesionalisme guru yang dikaji adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme. Jumlah responden yang digunakan adalah seramai 102 orang guru dari tujuh buah sekolah menengah yang mempunyai pendidikan tingkatan enam di daerah Sandakan. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan demografi responden manakala bahagian B mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar profesionalisme guru tingkatan enam. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis yang digunakan melibatkan ujian-t dan ANOVA sehala bagi mendapatkan perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan faktor demografi terpilih. Ujian-t digunakan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru berdasarkan aspek jantina guru dan tempoh perkhidmatan. Manakala ANOVA sehala digunakan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek umur dan kelulusan akademik tertinggi. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek jantina (p=.154), umur (p=.887), tempoh perkhidmatan (p=.385) dan kelulusan akademik tertinggi (p=.230) di daerah Sandakan. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru tingkatan enam di daerah Sandakan tanpa mengira aspek demografi yang dikaji, telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi untuk merealisasikan kejayaan penjenamaan semula tingkatan enam. Seterusnya, penyelidik mencadangkan kajian ini diperluas ke daerah-daerah lain di negeri Sabah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar bagi mewakili populasi guru tingkatan enam di negeri Sabah
    corecore