1,062 research outputs found
Does motivational factor influence organizational commitment and effectiveness? A review of literature
To survive into this Century, Leaders of organizations must offer a greater sense of meaning and purpose for their employees. In today’s highly competitive environment, this paper will help managements to get the best from their employees and will increase more commitment effectiveness and can also reflect their inner values and provide opportunities for development. Empower the employees to bring about a transformational change in their personal and professional lives in the organization. It will enable the Leaders to become Masters of Change and be active role models in organizations. Generally, this would create a competitive advantage for the organization by having a competent workforce and sound workplace. The methodology adopted was the review of literature based on past researches, on the motivational factors, organizational commitment and organizational effectiveness. This study is expected to help organizations and also academics towards having an insight on how to successfully run a business in an organization whether public or private. It’s now known as proven by research that motivated employees are satisfied and will increase their inputs to the highest level, and they will also contribute to the overall success of the organization.Motivation; Organizational commitment; Organizational culture; Organizational effectiveness.
MANIFESTASI ALAM DALAM FALSAFAH, DIAGNOSIS DAN RAWATAN PENYAKIT BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA DAN TRADISIONAL MELAYU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN
Manusia dan alam merupakan konsep yang penting dalam pandangan semesta masyarakat tradisional.Konsep ini dapat dilihat dalam pandangan semesta dan kosmologi yang membincangkan persoalan mengenai asal usul kewujudan manusia dan alam semesta, elemen-elemen alam serta manifestasinya dalam perubatan tradisional masyarakat. Dalam konteks perubatan tradisional seperti Ayurveda dan perubatan tradisional Melayu, manifestasi alam ini bukan hanya dapat dilihat dalam falsafah perubatan tetapi juga diagnosis serta rawatan yang diberikan terhadap penyakit. Perbincangan kertas kerja ini memfokuskan konsepsi masyarakat terhadap elemen-elemen alam sama ada yang bersifat fizikal ataupun sebaliknya serta manifestasi pemahaman tersebut terhadap falsafah perubatan mereka.Antara konsep yang akan dibincangkan ialah elemen-elemen alam seperti tanah, air, api, udara dan ether atau lebih dikenali sebagai ruang yang bukan hanya penting dalam konteks komposisi alam tetapi juga badan manusia berdasarkan perubatan Ayurveda. Kajian dilakukan melalui tinjauan bahan bacaan dan temubual dengan pengamal perubatan Ayurveda dan tradisional Melayu. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kaedah diagnosis dan rawatan perubatan Ayurveda yang memfokuskan kepada ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal berbanding perubatan tradisional Melayu yang turut memuatkan elemen lain seperti raksi, ramalan, tahun kelahiran dan sebagainya di samping ciri-ciri dan tanda-tanda fizikal bagi tujuan diagnosis dan rawatan penyakit
PENGURUSAN HUMORAL DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN ETIOLOGI SAKIT DEMAM DALAM SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DI KELANTAN, MALAYSIA
Sistem perubatan tradisional Melayu merupakan sistem perubatan masyarakat Melayu yang bersifat holistik. Dalam sistem perubatan ini hubungan antara pesakit, perawat dan unsur-unsur alam semulajadi amat dipentingkan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sistem perubatan tradisional Melayu dipengaruhi oleh empat elemen utama iaitu api, tanah, angin dan air. Unsur ini dikenali sebagai humoral yang turut dipercayai oleh kebanyakan sistem perubatan tradisional lain di dunia. Terdapat dua penyebab keuzuran atau sakit dalam masyarakat Melayu iaitu faktor fizikal atau fisiologi manusia seperti keadaan persekitaran dan kedua faktor supernatural seperti gangguan makhluk halus. Kertaskerja ini akan mengulas lebih lanjut faktor alam semulajadi yang terkandung dalam sistem humoral tersebut serta kaitannya dengan etiologi sakit demam dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga kini dengan menggunakan kaedah kajian yang bersifat kualitatif dan interpretasi budaya. Selain itu teknik-teknik penyembuhan penyakit, falsafah perubatan serta peranan golongan perawat Melayu tradisional juga turut disentuh berdasarkan kajian etnografi yang dijalankan oleh penyelidik di beberapa buah daerah di negeri Kelantan
KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU
Pandangan semesta yang berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. . Pandangan atau persepsi tersebut turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu.Kajian terhadap kaedah dan teknik perubatan Melayu menunjukkan penekanan kepada keseimbangan antara elemen sejuk dan panas serta keharmonian dengan alam, manusia and Tuhan melalui gabungan sumber alam seperti akar kayu, flora dan fauna yang disesuaikan dengan keadaan fizikal manusia serta disusuli doa, ayat-ayat al-Quran mahupun zikir. Ciri-ciri perubatan yang melibatkan gabungan antara sains dan agama ini memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menggabungkan elemen-elemen alam dan kepercayaan bagi tujuan penyembuhan dan pencegahan penyakit. Perubatan Melayu tradisional yang memperlihatkan kekuatan intelektual masyarakat ini memberikan sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan mampu meletakkan perubatan Melayu sebaris dengan sistem perubatan lain yang kini telah diiktiraf sebagai perubatan berbentuk holistik. Justeru, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengkaji aspek-aspek lain berkaitan perubatan Melayu agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan ilmiah dan sumber yang mampu dihargai oleh generasi akan datang
Optical Properties and Kinetic Behaviour of Some Chemical and Biological Species Using Surface Plasmon Resonance Optical Sensor
Surface plasmon resonance (SPR) spectroscopy is a surface-sensitive technique that
has been used to characterize the thickness and index of refraction of dielectric
medium at noble metal interface. Nowadays surface plasmon resonance technique has
emerged as a powerful technique for a variety of chemical and biological sensor
applications.
In this study, gold and silver with purity of 99.99% were used to fabricate thin metal
films. The thin film was deposited onto a glass cover slip and attached onto the
surface of a 60° prism using index matching oil. Liquid samples, such as chlorine,
saccharide, swimming pool water, pesticide, virus and DNA were studied using
Kretschmann Surface Plasmon Resonance technique. All the measurements were
carried out at room temperature. The experiment was carried out by measuring the
intensity of the optical reflectivity as a function of incident angle. It found that the shift of resonance angle (.dB) increased linearly with the sample
concentration. The detection limit of the sensor was estimated better than 0.01 pM for
the sample of DNA (Olig02-Bio). Larger sensor sensitivity of 9.42°/(mol/L) is
obtained for the sucrose sample.
The kinetic behaviour of the system was also examined to monitor the selfassembling
p rocess on the metal surface in real time. The shift in resonance angle
increased greatly with time during the increment of the molecules deposited on the
gold surface. In contrast it was found decrease with time during self-assembling
process.
This work also studied the molecule-dielectric interaction for a thin Fatty
Hydroxamic Acid (FHA) film (extract from crude palm oil), which the FHA layer
was coated using spin coating on the top of metal film. When the medium outside the
surface of Au film was changed from air to FHA layer, the resonance angle shifted to
the higher value. The shift of resonance angle increased linearly with the increasing
concentration FHA layer. When the metal ion was attached to the FHA film, the
resonance angle was changed to the maximum value.
The experimental results reveal that the technique that based on surface plasmon
resonance phenomenon can be used to determine the optical properties and the kinetic
behaviour. It also suitable to study the molecule-dielectric interaction for the polymer
film. This technique can become an effective chemical optical sensor. Saccharide,
pesticide and chlorine concentration in water can be detected using this sensor.
Furthermore it also can be used to detect DNA and viruses solution
Menilai kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan menggunakan instrumen FM-SERVQUAL
Isu kecekapan sistem penyampaian perkliidmatan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) menjadi perhatian utama kerajaan. Ia meliputi Pengurusan Fasiliti ke atas
modal insan, premis, tekiiologi dan proses kerja di PBT. Fungsi Pihak Berkuasa
Tempatan semakin mencabar selari dengan perubahan persekitaran yang begitu
pantas. Ini menimbulkan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan
perkliidmatan lebih berkualiti. Kualiti Perkliidmatan adalah suatu konsep yang
abstrak dan elusif dengan cirinya 'tidak ketara,' heterogeneous dan 'tidak boleh
dipisalikan' antara proses dan output. Ciri-ciri ini menjadikan Kualiti Perkliidmatan
sukar diukur dan sukar dinilai. Beberapa model dikenal pasti telah dibangunkan bagi
menilai Kualiti Perkliidmatan. Bagaimanapun model-model berkenaan hanya
berasaskan prestasi perkliidmatan semasa dan tidak mengambilkira ekspektasi
pelanggan yang merupakan kriteria penting dalam penilaian Kualiti Perkliidmatan.
Dengan demikian penyelidikan ini berusaha meneliti perkara ini dengan
membangunkan instrumen yang dinamakan FM-SERVQUAL. Instrumen ini
dibangunkan dalam kerangka Pengurusan Fasiliti Bersepadu. Ia berasaskan persepsi
dan ekspektasi pelanggan iaitu SQ = P|E, di mana; SQ adalah Kualiti Perkliidmatan;
P adalah Persepsi dan E adalah Ekspektasi. Instrumen ini berupaya mengenal pasti
simptom ketidakpuasan pelanggan dalam sistem penyampaian perkliidmatan PBT.
Sehubungan itu Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dipilih sebagai kajian kes. Ia
melibatkan dua fasa kutipan data primer. Fasa pertama dilaksana berasaskan
pendekatan kualitatif menerusi temu bual separa berstruktur ke atas penyedia
perkliidmatan iaitu 20 orang pegawai kanan MBJB. Hasil kajian menunjukkan
wujudnya keperluan untuk mengukur tahap Kualiti Perkliidmatan sistem
penyampaian di PBT. Berikutnya, dalam Fasa kedua. pengukuran ke atas Kualiti
Perkliidmatan dilaksana berasaskan pendekatan kuantitatif. Ia melibatkan dua tahap
kutipan data primer ke atas penyedia perkliidmatan. Hasil analisis mendapati lima (5)
elemen dalam komponen pengurusan teknologi dan ICT dan enam (6) elemen dalam
komponen pengurusan premis berada di bawah tahap Perkliidmatan Berkualiti. Lain�lain elemen perkliidmatan mencapai tahap kualiti minimum. Instrumen FM�SERVQUAL yang dibina secara empirikal berupaya menilai Kualiti Perkliidmatan
dalam persekitaran PBT yang begitu kompleks. Ia juga berfungsi sebagai alat penting
dalam perancangan polisi organisasi pada masa hadapan
PENGARUH AGAMA DAN ADAT DALAM PENERIMAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU TERHADAP PERUBATAN BARAT SEWAKTU ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH
Adat dan agama merupakan dua komponen penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh adat dan agama dapat dilihat dalam hampir setiap aspek kehidupan bermula daripada sebelum kelahiran hinggalah kepada kematian. Kedatangan British ke Tanah Melayu bukan hanya merubah struktur politik dan pemerintahan Tanah Melayu malah turut memperkenalkan aspek kemodenan dalam bentuk amalan perubatan Barat yang berbeza daripada pemahaman dan pengamalan masyarakat Melayu pada ketika itu. Kajian ini melihat pengaruh adat dan agama dalam dua aspek berbeza iaitu pertamanya dalam membentuk perspektif dan kefahaman Melayu terhadap kesihatan dan penyakit, dan yang keduanya dalam menentukan penerimaan Melayu terhadap pengenalan perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu amnya, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu khasnya. Kajian ini akan menunjukkan bahawa aspek kemodenan yang cuba diperkenalkan oleh British telah menerima respon yang berbeza daripada masyarakat Melayu pada ketika itu. Amalan vaksinasi yang mula diperkenalkan dan kemudiannya diwajibkan oleh British pada ketika itu misalnya mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada masyarakat Melayu. Pengenalan konsep perbidanan moden yang agak berbeza daripada amalan ‘tradisional’ masyarakat Melayu sebaliknya gagal mendapat pengiktirafan yang diharapkan terutamanya disebabkan perbezaan pandangan Melayu terhadap aspek-aspek berkaitan kehamilan, kelahiran dan kesihatan ibu dan anak. Adalah diharapkan bahawa kajian ini dapat memenuhi objektif dalam menunjukkan bahawa selain daripada faktor sosioekonomi dan ekonomi politik, adat dan agama masyarakat Melayu turut memainan peranan dalam penerimaan masyarakat Melayu terhadap perubatan Barat sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu
Electronic government procurement adoption behavior amongst Malaysian SMEs
The aim of this study is to investigate the relationship between a model of electronic procurement (e-procurement)
adoption behavior and the level of Government e-procurement adoption amongst Small Medium Enterprise (SME) in Malaysia. Data was collected through questionnaires that were distributed to SME selected randomly in all SME in Malaysia.The data were analyzed using factor analysis, reliability analysis, independent-sample t-test, descriptive
statistics, Pearson Correlation and multiple regressions. Regression results reveals that ‘power’, ‘trust’ and ‘value’
have a positive relationship with the level of e-procurement adoption amongst SME in Malaysia.All dimensions, namely; the power of supplier, power of procurement, trust on supplier, trust on information technology, value of implementation system efficiency and value of cost efficiency were also correlated with the level of e-procurement adoption amongst SME. Past studies on e-procurement are beset by problems of buyer-seller relationship perspective.In addition, these studies are skewed towards Government-SME relationship perspective which the Government possesses more power than SME and provide a better incentive to educate and influence SME to adopt e-procurement.In investigation the relationship between a model of e-procurement adoption behavior and the level of Government e-procurement adoption amongst SME in Malaysia, this study also tries to provides recommendation to Malaysian government for improving the level of e-procurement adoption amongst SME
KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU
Pandangan semesta merupakan antara elemen yang penting dalam usaha memahami pemikiran dan tingkahlaku sesebuah masyarakat. Pandangan semesta masyarakat adalah berkait rapat dengan fahaman dan kepercayaan yang membentuk kerangka pemikiran masyarakat. Berdasarkan penulisan Md Salleh Yaspar (1985), pandangan semesta membezakan kedudukan manusia dan alam serta menjelaskan hubungkait antara kedua-duanya. Antara aspek atau isu yang berkaitan dengan pandangan semesta ialah bagaimana manusia melihat kepada alam persekitaran termasuk dirinya sendiri serta corak perhubungan antara dirinya dengan alam, manusia serta makhluk lain. Pandangan semesta Melayu adalah terhasil daripada kesatuan elemen yang mempunyai asal-usul yang berbeza iaitu animisme-dinamisme, Hindu-Buddha dan Islam. Pandangan atau persepsi tersebut, jelas Werner (1986) turut mempengaruhi sistem perubatan lokal masyarakat Melayu
NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM BUDAYA SERTA PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA
Dalam kebudayaan Melayu, sirih (Piper betle L.) melambangkan rendah diri dan kehormatan sepertimana dapat diperhatikan daripada pepohon sirih yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah. Menurut pandangan masyarakat Melayu terdahulu, gabungan sirih, kapur, pinang dan gambir secara simboliknya menjelaskan setiap ciri yang perlu ada sebagai orang Melayu. Penggunaan sirih tidak hanya terhad sebagai pembuka bicara dan lambang ketertiban serta hospitaliti Melayu malah turut digunakan dalam perubatan tradisional, ritual serta perhubungan dengan semangat atau makhluk halus. Air kunyahan sirih misalnya dipercayai memiliki unsur kepanasan dan kebesaran yang boleh menghalau atau menakutkan hantu syaitan yang jahat. Kepercayaan ini tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat India di Malaysia. Selain membawa simbol kesegaran dan kemakmuran, masyarakat India mempercayai bahawa gabungan sirih, pinang dan kapur dipercayai memiliki unsur-unsur pencipta (Brahman), pelindung (Vishnu) dan juga pemusnah (Shiva) yang penting dalam konteks ritual perubatan mereka. Kajian ini melihat nilai dan simbolisme sirih dalam masyarakat Melayu dan India bagi menilai sama ada wujud persamaan budaya di antara masyarakat Melayu dan India di Malaysia khasnya dan Asia Tenggara amnya
- …