6 research outputs found

    Amalan Gaya Komunikasi "Structuring" oleh Pengetua Wanita dalam Organisasi Pendidikan Menengah: Satu Kajian Kes

    Get PDF
    Salah satu ciri untuk menjadi pemimpin yang baik adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang "siapa", "di mana" dan "bagaimana". Pengetua wanita merupakan golongan yang tidak terlepas daripada berhadapan dengan isu di tempat kerja melibatkan organisasi dan juga karenah warga didalamnya. Gaya komunikasi merupakan satu tool yang digunakan dalam memastikan kelancaran pentadbiran organisasi sekolah dan juga untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul. Responden kajian terdiri daripada seorang pengetua wanita sebuah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Tuaran serta lebih kurang 40 orang guru yang bertugas di sekolah tersebut. Kaedah temubual mendalam dan tinjauan soal selidik telah dijalankan untuk mengenalpasti gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua wanita terbabit. Konsep kajian adalah berteraskan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss dalam buku yang bertajuk Human Communication(2008). Hasil kajianmendapati pengetua wanita cenderung untuk mengamalkan gaya komunikasi yang dianggap paling dominan iaitu The Structuring Style. Kajian ini juga memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua wanita dalam melaksanakan praktis pengurusan organisasi. Kajian ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan kepemimpinan pengetua wanita dari aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang

    Polemik Gender dan Realiti Gaya Komunikasi Pemimpin Wanita Dunia

    Get PDF
    Kaum wanita sebagai figura dunia merupakan satu pengikitirafan dan penghormatan tertinggi bagi mereka. Beberapa ‘figura’ wanita dunia dijadikan sebagai unit analisis untuk mengkategorikan gaya komunikasi yang diaplikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dan juga sebagai idola masyarakat dunia.Salah satu ciri untuk menjadi figura dan pemimpin yang berkesan adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana dan Bagaimana gaya komunikasi tersebut diaplikasikan. Gaya komunikasi merupakan satu wadahyang digunakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi namun juga penting dalam urusan hal ehwal tadbir melibatkan kerajaan sesebuah negara serta ketika berhadapan dengan khalayak. “The way you lead is thru the way you speak” merupakan falsafah budaya kepemimpinan yang menjadi asas kepada kertas kerja ini. Konsep kertas kerja ini adalah berpaksikan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss (2008) dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kertas kerja ini juga akan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh ‘figura’wanita dunia dalam melaksanakan praktis pengurusan dan pentadbiran kerajaan, organisasi yang diwakili mahupun sewaktu mereke perlu berhadapan dengan publik. Kertas kerja ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan karisma wanita samaada sebagai ketua kerajaan mahupun “public figure”daripada aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang

    Kesan Amalan Gaya Komunikasi Mengawal Oleh Pengetua Wanita: Satu Perspektif

    Get PDF
    Salah satu ciri untuk menjadi pemimpin yang baik adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana, Bagaimana. Pengetua wanita merupakan golongan yang tidak terlepas daripada berhadapan dengan isu di tempat kerja melibatkan organisasi dan juga karenah warga didalamnya. Gaya komunikasi merupakan satu tool yang digunakan dalam memastikan kelancaran pentadbiran organisasi sekolah dan juga untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul. Responden kajian terdiri daripada seorang pengetua wanita sebuah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Tuaran serta lebih kurang 40 orang guru yang bertugas di sekolah tersebut. Kaedah Temubual Mendalam dan Tinjauan Soal Selidik telah dijalankan untuk mengenalpasti gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua wanita terbabit. Konsep kajian adalah berteraskan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss dalam buku yang bertajuk Human Communication (2008). Hasil kajian mendapati pengetua wanita cenderung untuk mengamalkan antara gaya komunikasi yang dianggap dominan iaitu Gaya Komunikasi Mengawal biarpun terdapat dua lagi bentuk gaya komunikasi yang turut mencatatkan min tinggi namun untuk kertas kerja ini kupasan tertumpu kepada Gaya Komunikasi Mengawal. Kajian ini juga turut membincangkan kesan pengaplikasian gaya komunikasi oleh pengetua wanita berdasarkan daripada perspektif golongan subordinat

    Dinamika pengetua wanita sebagai agen perubahan di sekolah berpaksikan gaya komunikasi dinamik: satu perspektif

    Get PDF
    Pengetua merupakan pemimpin atau individu terpenting yang berperanan membawa transformasi dalam memastikan visi dan misi sekolah mampu untuk direalisasikan. Pengetua wanita tidak terkecuali daripada memainkan peranan sebagai agen perubahan, sama seperti peranan yang dimainkan oleh pengetua lelaki. Artikel ini mengetengahkan peranan pengetua wanita yang bertindak sebagai agen perubahan di sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Tuaran. Dalam artikel ini, pengetua wanita melaksanakan peranan sebagai ketua dalam organisasi berpaksikan kepada gaya komunikasi Dinamik berdasarkan daripada dapatan kajian yang diperoleh dari sesi temu bual mendalam bersama dengan pengkaji dan juga edaran borang soal selidik dalam kalangan subordinat yakni guru-guru yang berkhidmat di bawah seliaan beliau. Gaya Komunikasi Dinamik ini merupakan gaya komunikasi yang berorientasikan tindakan (action oriented) menurut Tubbs dan Moss (1996) dalam buku yang dihasilkan oleh mereka, iaitu Human Communication. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengetua wanita berjaya melaksanakan peranan sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin, mentadbir dan mengurus serta membawa kepada anjakan paradigma yang melibatkan aspek akademik, kokurikulum, disiplin dan persekitaran sekolah yang membanggakan. Dapatan kajian ini sekali gus mengesahkan lagi dapatan kajian para sarjana lain sebelum ini yang menyatakan bahawa pengetua merupakan agen perubahan yang menjadi inti pati utama dalam membawa transformasi di sekolah

    Masalah Sekuriti Makanan Sebelum dan Semasa Pandemik Covid-19: Kajian kes di New Zealand

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menelusuri dinamika masalah sekuriti makanan yang berlaku di kalangan rakyat sebelum dan semasa pandemik Covid-19. Berlandaskan kepada kajian kes ke atas negara New Zealand, kajian ini akan merungkaikan isu sekuriti makanan yang dialami oleh rakyat New Zealand dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini dan impak pandemik Covid-19 ke atas masalah sekuriti makanan di kalangan rakyat. Kajian ini mendapati bahawa dalam tempoh 20 tahun ini, sebilangan penduduk New Zealand sudah berhadapan dengan isu akses kepada makanan terutamanya golongan etnik Maori dan Pasifik, gelandangan, kanak-kanak, ibu/bapa tunggal, dan orang kurang upaya. Mereka berhadapan dengan isu tidak cukup makanan yang antaranya menjejaskan nutrisi, kestabilan mental dan hubungan kekeluargaan. Masalah sekuriti makanan yang dihadapi oleh rakyat New Zealand diperburukkan lagi apabila berlakunya pandemik Covid-19 pada akhir tahun 2019. Pandemik ini bukan sahaja telah mencetuskan krisis kesihatan tetapi ia juga telah menyebabkan krisis ekonomi yang bersama-samanya menimbulkan ancaman terhadap sekuriti makanan di kalangan ramai lagi rakyat New Zealand. Antaranya, pandemik Covid-19 telah menjejaskan akses kepada makanan dari segi ketiadaan sumber pendapatan mencukupi untuk membeli makanan kerana lockdown atau dibuang kerja; gangguan kepada sistem rantaian bekalan bila berlakunya kekurangan produk penting disebabkan oleh pembelian panik dan masalah pembungkusan; kenaikan harga barangan terutamanya sayuran dan buah-buahan segar yang menjejaskan pengambilan nutrisi; dan penutupan bank makanan serta perniagaan kecil semasa tempoh lockdown kerana tidak dikategorikan sebagai essential. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah berdasarkan penggunaan sumber primer (khususnya dokumen, laporan, akhbar) dan sumber sekunder
    corecore