29 research outputs found

    Sayap Garuda in Sarawak and Sabah after the Second World War until the 1950s

    Get PDF
    Interaction among the islands in the Malay archipelago in early period was through trade, culture and brotherhood. This relationship persisted despite Western powers trying to set-up Western-style of political boundaries to justify their terrirorial claims in the archipelago. This is also the case between British dominions in Borneo namely Sarawak and Sabah with the Dutch domination in Indonesia. It was revealed that this past relationship was feared by the colonial powers after World War II. This is because of the liberation movement and anti-colonial movement in  Indonesia. Meanwhile, Indonesia's independence movement worried the British who had just colonized Sarawak and Sabah. Both regions were also experiencing political changes that began to counter British rule in Sarawak and Sabah. Although the opposition differed between the two territories, their original purpose was to free themselves from British occupation. Of particular concern to the British was the nationalist movement in Indonesia which was feared to influence political movements in Sarawak and Sabah. This is clearly demonstrated by the presence of several active Indonesian organizations in Sarawak and the existence of political movements in Sabah that supported Sukarno and Hatta. The British tried to stop the Indonesian influence from working in these two territories. The purpose of this article is to look at aspects of cultural space that have long been involved in political movements in Sarawak and Sabah. This article uses a content analysis approach using primary sources from London and secondary materials from libraries in Malaysia. From this point of view, we can make a clear finding that friendship and brotherhood are strong in the archipelago despite the fact that Western powers are trying to separate them

    Pakatan politik berasaskan kaum: kerelevanan dan kelangsungan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1963-2016)

    Get PDF
    Penyertaan sesuatu kaum atau parti politik dalam konsep berkongsi kuasa boleh dilihat dalam keanggotaan kabinet sesebuah negara tersebut. Hal ini diamalkan oleh Sarawak kerana ketiadaan kaum majoriti yang dapat menguasai politik Sarawak. Manakala jawatan Timbalan Ketua Menteri adalah unik dalam politik Sarawak. Ini kerana jawatan itu dipandang sebagai orang kedua penting dalam kerajaan. Dengan kata lain ia melambangkan pengiktirafan kepada sesuatu parti atau kaum berdasarkan kekuatan mereka dalam pilihan raya. Oleh itu untuk melihat rakan dalam kompenan itu penting atau tidak maka jawapannya pada jawatan timbalan ketua menteri. Oleh kerana itu perlantikan pada jawatan ini penting bagi ahli politik Sarawak. Mereka akan cuba mensasarkan jawatan itu untuk mendapat kedudukan kedua terpenting. Hal ini yang akan diteliti dalam politik Sarawak sepanjang tahun 1963 hingga 2016. Artikel ini cuba untuk mengkaji sama ada faktor kaum atau parti itu sendiri yang penting dalam percaturan mencari orang kanan Ketua Menteri. Di Sarawak banyak parti ditubuhkan berdasarkan kepentingan kaum. Namun demikian sesetengah kaum mempunyai banyak parti. Oleh itu pilihan raya akan menentukan kekuatan parti-parti ini. Analisis terhadap persoalan ini akan menggunakan kaedah kajian sejarah dengan meneliti bahan-bahan yang terdiri daripada pelbagai bahan bercetak seperti fail-fail rasmi, surat khabar dan buku-buku serta artikel

    Reviving the Sultanate of Sulu through its claim over Sabah, 1962-1986

    Get PDF
    The aftermath of colonialism marked the end of a long-standing and glorious Sultanate of Sulu when it finally lost its power and supremacy under the newly-independent Philippines government. Even after the Philippines finally achieved its independence in 1946, the Sultanate of Sulu again failed to revive its old “kerajaan” as it had been abolished by the Philippines government in 1937. As the sultans and his followers had the historical experience regarding the idea of “kesultanan” and other socio-political concepts, the newly-introduced concept namely the nation-state whereby the idea of the boundary and a new nation was created making the traditional sultanate in desperation to sustain their sovereignty and power. The desperation to re-establish and revive their old glorious “kerajaan” eventually turned into a struggle and rigorous attempts to claim Sabah. Hence, this article aims to illustrate the survival of the Sultanate of Sulu after the death of the last sultan in 1936 and the efforts taken to preserve the sultanate within the modern nation-state system. The method of research used in this study involved library and archival research to obtain primary and secondary sources. Among the primary sources consulted in the study include British records, agreements, correspondence, newspapers, government gazettes, memoranda, speeches, and government official publications. Thus, this article lucidly concludes that various trends and approaches taken by the Sultan of Sulu and his heirs to claim Sabah were a part of their mission to sustain and revive the Sultanate of Sulu

    Kemunculan dan peranan Parti Negara Sarawak (PANAS) dalam politik Sarawak menjelang Pembentukan Malaysia (1960 – 1963)

    Get PDF
    British menyediakan beberapa ruang kepada penduduk Sarawak berpolitik dengan mengubal perlembagaan Sarawak agar dapat melatih penduduk Sarawak ke arah berkerajaan sendiri. Usaha ini termasuklah usaha memberi ruang kepada kegiatan berpolitik dan memperkenalkan pilihan raya negeri untuk Sarawak. Hal ini membawa penubuhan parti politik seperti Parti Negara Sarawak (PANAS). Penubuhan parti ini mendapar cabaran besar dalam kalangan sokongan bumiputera kerana penubuhan parti yang bertunjangkan bumiputera menyaingi kehadiran PANAS. Cabaran seterusnya ialah usaha PANAS untuk relevan dalam perikatan parti pro-Malaysia iaitu Sarawak Alliance Party (SAP). PANAS keluar dari perikatan tersebut. Hal ini membawa kepada cabaran ketiganya yang terpaksa berdepan dengan SAP dan parti pembangkang lain dalam PRN 1963. Tambahan daripada itu, pemimpin Tanah Melayu pula memberi sokongan kepada SAP dan mengkritik PANAS. Namun demikian PANAS terus bertahan dan telah menghadapi pelbagai cabaran yang mengancam survival parti tersebut. Artikel ini bertujuan untuk melihat peranan PANAS dalam usaha mendapat sokongan penduduk Sarawak dan terus relevan dalam perjuang politik di Sarawak sekitar tahun 1960-1963. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat penyelidikan berdasarkan sumber primar dan sekundari. Dapatan kajian dalam artikel ini membuktikan bahawa walaupun pelbagai cabaran dihadapi oleh PANAS sepanjang tempoh kajian namun PANAS mampu bertahan hingga berjaya menempatkan dirinya dalam Council Negri selepas pilihan raya negeri 1963

    Tientsin and its hinterland in Anglo-Chinese relations, 1925-1937

    Get PDF
    The British informal empire in China is often mistakenly believed to have represented the British government's policies and views. The' second biggest Chinese treaty port, Tientsin, had a different pomt of view to that of China (mostly in treaty ports) and Westminster. Tientsin's British community's main interests lay either within the concession or in Tientsin's hinterlands. TTiese interests included its people and property. In addition the British community was proud of the British empire's prestige. All these created a determination in the British community that any attempt to jeopardise their interests would be opposed. However, the situation in Tientsin was rather different to that of their counterparts in Shanghai. The limited power of the British Municipal Council meant that the British community had, reluctantly, to obey British liberal policy when faced with the rise of the antiimperialist movement m the mid-1920s.EThOS - Electronic Theses Online ServiceGBUnited Kingdo

    Orang Cina dalam pentadbiran Kedah era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1881-1943

    Get PDF
    Kertas kerja ini membincangkan peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah.Peranan etnik ini akan dilihat dalam era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bermula pada tahun 1881 hingga 1943.Kelompok etnik tersebut merupakan imigran yang pada asalnya telah melakukan penghijrahan ke Kedah.Kesan penghijrahan tersebut telah menyebabkan berlakunya perkembangan yang positif terutamanya dalam aspek ekonomi.Dalam konteks kertas kerja ini, persoalan pokok yang akan menjadi fokus perbincangan ialah sejauh mana peranan yang dimainkan oleh orang Cina seiring dengan pembangunan negeri khususnya dalam aspek pentadbiran Kedah. Perbincangan di sekitar persoalan tersebut akan ditumpukan pada jawatan-jawatan penting yang telah dipegang oleh orang Cina dalam pentadbiran Kedah di era pentadbiran Sultan Abdul Hamid. Selain itu, perbincangan ini juga akan turut mencakupi jabatan-jabatan sokongan di Kedah dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.Sebagai kajian sejarah, sebahagian besar rujukan yang digunakan adalah disandarkan kepada sumbersumber primer seperti Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid, Laporan Tahunan Kedah, dan fail-fail Setiausaha Kerajaan Kedah yang diperoleh daripada Arkib Negara Kedah dan Arkib Negara Kuala Lumpur.Berdasarkan sumber-sumber berikut didapati di era ini terdapat orang Cina yang telah memegang jawatan penting dalam pentadbiran Kedah.Misalnya, Choong Cheng Kean salah seorang yang dilantik sultan memegang beberapa peranan penting.Salah satunya sebagai bendahari sultan.Setelah campur tangan British pada tahun 1909 soal pemilihan pegawai dalam pentadbiran begitu dititik beratkan. Jabatan-jabatan yang ditubuhkan dalam negeri pula telah memberi banyak peluang kepada orang biasa terlibat dalam pentadbiran negeri.Bagi orang Cina dilihat lebih banyak terlibat dalam bidang pengkeranian dan jurubahasa.Pejabat daerah dan mahkamah antara dua jabatan yang didapati banyak kakitangan Cina yang berkhidmat di dalamnya. Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan orang Cina sememangnya memiliki peranannya tersendiri dalam pentadbiran Kedah walaupun keutamaan sebenarnya adalah kepada orang Melayu

    Penglibatan organisasi badan bukan kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu, 1920-1950-an

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu pada 1920-1950-an, khususnya bagi kaum di Tanah Melayu seperti Melayu, Cina dan India. Penglibatan NGO pendidikan di Tanah Melayu bermula sebagai aktor kecil, semakin berkembang sehingga dianggap sebagai satu medium untuk penguatkuasaan dan peningkatan keadilan sosial bagi sesebuah kaum. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan NGO dan pendidikan sekitar tahun tersebut. Dapatan kajian mendapati NGO pendidikan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920 hingga 1950-an lebih bersifat membela kaum masing-masing berbanding NGO sosial yang lain ini disebabkan oleh sistem pendidikan British yang membiarkan sekolah-sekolah ditubuhkan tanpa kawalan dan sekolah yang disediakan tidak berasaskan masyarakat di Tanah Melayu, malah dasar pecah dan perintah yang dilakukan dalam pentadbiran British turut berlaku dalam pendidikan. Justeru, NGO telah bertindak dengan memberi impak kepada sistem pendidikan antaranya, memastikan status quo pendidikan dan perjuangan bahasa terpelihara hinggalah ke hari ini

    Pendidikan vernakular : masalah dan cabaran British dalam pembangunan pendidikan di Melaka

    Get PDF
    Artikel ini merupakan suatu penelitian yang menyentuh permasalahan dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari tahun 1826 hingga tahun 1940-an. Ia melibatkan pertembungan sudut pandang dan perspektif antara semua kaum termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan Inggeris yang terdapat di Melaka. Pertembungan stereotaip ini timbul disebabkan oleh dasar polarisasi British ke atas semua kaum di Melaka sehingga memberi impak terhadap pembangunan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi terhadap sistem pendidikan ini menjadikan setiap kaum termasuklah kaum Cina dan India ingin mengamalkan sistem pendidikan secara persendirian secara tidak langsung menyebabkan British terpaksa berhadapan dengan masalah dan cabaran tertentu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan arkib serta kaedah lapangan bagi mendapatkan data. Oleh itu, kertas kajian ini akan menyentuh mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh British dalam memastikan sistem pendidikan vernakular dapat dilaksanakan di Melaka, serta langkah yang berkesan dapat diambil dalam menangani konflik di antara ketiga-tiga kaum utama ini

    Reaksi Jardine Matheson & Co. terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot di China (1925 -1926)

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan menganalisis reaksi Jardine Matheson & Co. (JM) terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot yang dilakukan oleh rakyat China terutamanya golongan pekerja pada tahun 1925 sehingga 1926. Insiden tersebut berlaku secara besar-besaran dan berpanjangan. Bermula di bahagian selatan China dan merebak di kawasan yang lain. Rusuhan, mogok dan boikot menjadikan British sebagai sasaran utama. Ini menyebabkan JM antara syarikat British yang menerima kesan secara langsung daripada insiden tersebut. Aktiviti ekonomi JM seperti sektor perkapalan, pelabuhan dan perkilangan mengalami gangguan dan kemusnahan yang teruk. JM terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar ekoran kerosakkan harta benda disebabkan rusuhan tersebut. Selain itu, JM juga terpaksa memenuhi permintaan golongan pekerja yang mendesak JM untuk menaikkan gaji mereka. Keadaan ini menyebabkan JM memberi reaksi terhadap insiden yang berlaku demi menjaga kedudukan dan kepentingan ekonomi JM di China. Justeru, untuk menganalisis reaksi JM terhadap insiden rusuhan, mogok dan boikot yang berlaku dalam tempoh yang dikaji artikel ini kaedah kualitatif dan kajian perpustakaan. Penelitian ke atas sumber pertama seperti surat menyurat, laporan Pejabat Luar London (FO371), dokumen dan minit mesyuarat syarikat JM dan persatuan peniaga British seperti China Association sebagai rujukan utama. Manakala sumber sekunder pula terdiri daripada kajian lepas seperti buku dan jurnal. Penggunaan kedua-dua sumber tersebut membantu dalam penulisan artikel ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi korpus ilmu tambahan dalam kajian sejarah China moden

    Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak: antara hak negeri dan kepentingan nasional (1963-1966)

    Get PDF
    Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun demikian pelaksanaannya mengalami masalah apabila kerajaan negeri Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan melambat-lambatkan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak. Hal ini menimbulkan pertentangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penggunaannya di Sarawak. Kerajaan negeri cuba menggunakan alasan dengan Perkara 18 yang menguntukkan kebebasan untuk kerajaan negeri mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak sebagai bahasa rasmi. Hal ini membawa kepada bantahan kerajaan pusat dibawah pimpinan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman mengingatkan kerajaan negeri Sarawak tentang kepentingan bahasa Melayu untuk perpaduan rakyat. Sebaliknya, Ningkan tidak berganjak dan mahukan status quo bahasa Inggeris dikekalkan di Sarawak. Krisis antara kerajaan pusat dan negeri ini semakin membesar dengan pelbagai isu lain seperti pelaksanaan Malaysianisasi dalam perkhidmatan negeri Sarawak, isu penjualan tanah, pemecatan beberapa menteri kabinet dan masalah peribadi ketua menteri. Hal ini memberi ruang kepada pihak yang tidak senang dengan Ningkan untuk mendesak beliau meletak jawatan. Krisis ini membawa kepada ketidakstabilan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan mengambil tindakan untuk menyingkirkan Ningkan. Dengan sokongan daripada ahli politik Sarawak, Ningkan telah disingkirkan. Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan mengambil bahan-bahan dari arkib dan perpustakaan. Sumber-sumber yang digunakan adalah sumber bercetak terutamannya dari bahan primari. Menerusi kajian ini mendapati bahawa persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat penting untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah kerajaan
    corecore