1 research outputs found

    Sikap dan Kesediaan Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Matematik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap sikap dan kesediaan pelajar Tingkatan Empat terhadap perlaksanaan KBAT dalam pembelajaran matematik. Di samping itu, kajian ini turut melihat sejauh mana perbezaan sikap dan kesediaan pelajar terhadap perlaksanaan KBAT dalam matematik berdasarkan faktor jantina disamping melihat kewujudan hubungan sikap dan kesediaan terhadap perlaksanaan KBAT dengan prestasi matematik pelajar. Seramai 132 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Daerah Simunjan, Sarawak telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan dan soalan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23 bagi menganalisis data secara statistik deskriptif dan statistik inferensi yang melibatkan analisis ujian Mann-Whitney U dan ujian Korelasi Spearman rho. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap sikap dan kesediaan terhadap perlaksanaan KBAT dalam pembelajaran matematik masing-masing pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini juga telah mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek kesediaan berdasarkan faktor jantina. Sementara itu, kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan kesediaan dengan pencapaian matematik pelajar. Oleh itu, tindakan berterusan perlu dilakukan terutamanya oleh guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran supaya sikap dan kesediaan pelajar dapat ditingkatkan ke tahap tinggi dan pencapaian matematik pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik
    corecore