17 research outputs found
Sustainable economic development : concept, principles and management from Islamic perspective
The basic concern of development in Islamic economic system is on human welfare. This is in line with the very basic objective of Islamic jurisprudence (Shari’ah ) which puts important to the welfare of the people and their relief from hardship. Economic development should be consistent with this central objective of shari`ah. The center for development process in Islam relies on man as an economic agent. It is man to be educated on the entire development process by integrating sosial development, economic development and environmental conservation and protection. This paper attempts to explain the concept, principles and management of sustainable economic development from Islamic perspective. The paper would start by defining the concept of sustainable economic development and development goals. Next, the Islamic principles for sustainable economic development would be discussed, followed by the discussion on the management of sustainable economic development from Islamic perspective. In conclusion, the paper strongly suggests the economic development process to fully adhere to the Islamic principles as the key for sustainable development which covers both the material and non-material aspects of life. Keywords: Sustainable development, Economic development, management, Islamic economics, economic syste
Cabaran dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan (PMI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Modal insan merupakan aset penting bagi kelangsungan organisasi. Modal insan yang
lemah tidak mampu menyumbang secara efektif kepada organisasi. Oleh itu, modal
insan perlu dibangunkan melalui program-program bersesuaian agar potensi mereka
dapat dikembangkan ke tahap maksimum. Antara institusi Islam yang memainkan
peranan penting di Malaysia ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
yang menguruskan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Institusi tersebut memerlukan
modal insan yang cekap untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan
mampu memenuhi kehendak pelanggan. Namun begitu, terdapat cabaran dalam
melaksanakan program pembangunan modal insan (PMI) di institusi ini. Sorotan
literatur menunjukkan kajian empirikal mengenai program PMI di institusi ini
masih kurang dijalankan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat cabaran
pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif dengan menggunakan JAKIM sebagai kajian kes. Seramai 15 orang informan telah ditemu bual dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan
kaedah analisis tema dengan bantuan perisian ATLAS-Ti. Hasil kajian menunjukkan
terdapat enam cabaran pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM iaitu
kandungan latihan tidak menarik, kurang komitmen terhadap program pengajian,
kelemahan pengurusan sumber manusia (PSM), kualiti kerja yang kurang strategik,
keengganan pegawai menghadiri kursus dan cabaran-cabaran lain. Program PMI
mampu membawa pelbagai faedah positif kepada organisasi. Oleh itu, para pengurus
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut di
organisasi masing-masing
Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp
Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam
sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah mengkaji
perlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di JCorp, dengan memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi amalan EKI tersebut. Kajian ini dilakukan dengan
menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. Interview separa-struktur telah dijalankan terhadap 15 orang interviewee yang terdiri daripada pengurusan
tertinggi dan para eksekutif JCorp. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah pembinaan tema, iaitu mengenalpasti tema berkenaan dengan strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp Hasil kajian menunjukkan pihak pengurusan JCorp menggunakan 5 strategi untuk melaksanakan etika kerja Islam iaitu pengenalan, implementasi, penilaian, pengekalan dan pemantauan, dan penambahbaikan berterusan. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam ialah persekitaran kerja, ganjaran dan kebajikan warga kerja, pemantauan terhadap aspek disiplin, ketelusan, amalan beragama dan komunikasi
Hubungan antara faktor-faktor demografi dengan kriteria profesionalisme Islam dalam memperkasa budaya kerja organisasi: Kajian di Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara faktor-faktor demografi dengan kriteria profesionalisme Islam dalam memperkasa budaya kerja organisasi.Faktorfaktor demografi yang dikenalpasti adalah terdiri daripada umur,jantina, tempoh berkhidmat, tahap pendidikan, jawatan dan bahagian.Manakala kriteria profesionalisme Islam terdiri daripada memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah, memahami fungsi profesion, berilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan.Kajian ini menumpukan kepada
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melibatkan ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya.Lokasi dipilih berdasarkan kepada terdapatnya kesemua bahagian dan pemusatan ibu pejabat JKDM.Sebanyak 198 borang soal
selidik telah berjaya diedarkan. Responden terdiri daripada pegawai pengurusan dan professional di JKDM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor demografi keseluruhannya tidak mempunyai hubungan signifikan dan positif dengan kriteria
profesionalisme Islam. Ini menunjukkan faktor-faktor demografi setiap responden seperti faktor tahap pendidikan dan jawatan langsung tidak memberi kesan kepada kriteria profesionalisme Islam yang ada dalam diri setiap warga kerja JKDM.
Daripada analisis ini jelas memberi gambaran bahawa pengamalan etika profesionalisme Islam sangat mengutamakan aspek nilai-nilai dalaman (hati) seseorang individu.Gabung jalin kedua-dua aspek dalaman (hati) dengan aspek luaran (fizikal) manusia sangatlah diperlukan bagi memperkasakan budaya kerja organisasi yang cemerlang
Implementation of the Islamic Quality Management System MS1900 and its Benefits: A Case Study at the Department of Hajj, Waqf and Zakah, Malaysia
The MS 1900 is an Islamic Quality Management
System (QMS) which was launched by the
Government of Malaysia in 2005. It is a
structured system to assist organisations
to deliver products and services that meet
customer’s requirements, as well as the
regulatory requirements and dictates of the
Shari’ah (Islamic commandments). The Shari’ah
requirements are additional to the requirements
of ISO 9001, and aim to close the gap between
the ISO 9001 standard and the Islamic
perspective. MS 1900 has attracted considerable
attention from Malaysian organizations but only
a number of empirical studies have analysed
the process of its implementation. Additionally,
organisations that have successfully obtained
QMS certification are still plagued with
problems. Therefore, there is a need to study
how MS 1900 is being implemented in certified
organisations. The objective of this study is to
examine activities conducted within the MS
1900 implementation process at the Department
of Hajj (Muslim pilgrimage), Waqf and Zakah
(DHWZ) in Malaysia and explore the benefits
accrued from its implementation. A qualitative
approach and case study strategy were used to
investigate MS 1900’s implementation at
the DHWZ. Semi-structured interviews
were employed as the main data collection
method to obtain in-depth information on the
subject. Interviews were then triangulated with
information from documents. The study found
six main activities that were undertaken in MS
1900 implementation at the DHWZ, namely
gap analysis, preparing the documentation,
creating quality groups, implementing work
procedures, as well as internal and external
audits. The study also identified three benefits
accrued from MS 1900 implementation; these
are achieving the client’s charter, the listing
of being an outstanding religious department,
and systematic job management. The MS 1900
implementation has also helped managers
implement strategic planning at the DHWZ.
This study adds to knowledge of the emergence
and development of the Islamic QMS MS
1900 and contributes particular insights into
its implementation within Malaysian Islamic
institutions. Findings from this paper could
be used by managers in government or private
institutions as a guideline in their endeavours
to implement the MS 1900 effectively
Analisa Eksistensi Gharar Terhadap Perlaksanaan Pembiayaan Peribadi Tawarruq
Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam
sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah mengkaji
perlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di JCorp, dengan memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi amalan EKI tersebut. Kajian ini dilakukan dengan
menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. Interview separa-struktur telah dijalankan terhadap 15 orang interviewee yang terdiri daripada pengurusan
tertinggi dan para eksekutif JCorp. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah pembinaan tema, iaitu mengenalpasti tema berkenaan dengan strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp Hasil kajian menunjukkan pihak pengurusan JCorp menggunakan 5 strategi untuk melaksanakan etika kerja Islam iaitu pengenalan, implementasi, penilaian, pengekalan dan pemantauan, dan penambahbaikan berterusan. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam ialah persekitaran kerja, ganjaran dan kebajikan warga kerja, pemantauan terhadap aspek disiplin, ketelusan, amalan beragama dan komunikasi
Kajian kes perlaksanaan etika kerja Islam (EKI) di Johor Corporation (JCorp): tumpuan kepada perlaksanaan dan faedahnya
Literatur menunjukkan bahawa etika kerja merupakan isu penting yang mempengaruhi
pengurusan dan prestasi organisasi. Artikel ini bertujuan mengkaji etika kerja Islam yang
dilaksanakan di JCorp. Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji faedah-faedah yang diterima
hasil daripada perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp. Kajian ini dilakukan dengan
menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan JCorp sebagai kajian kes. Temubual separastruktur
digunakan sebagai kaedah pungutan data yang utama, yang kemudiannya disokong oleh
kaedah pungutan data dengan meneliti kepada dokumen-dokumen berkaitan. Para pengurus
tertinggi dan eksekutif (pegawai) JCorp telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang
perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp dan faedah-faedah yang diperolehi daripadanya. Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh amalan etika kerja Islam yang dilaksanakan oleh
warga kerja JCorp iaitu bekerja sebagai ibadah kepada Allah SWT, disiplin, amanah, syura,
adil, islah (penambahbaikan berterusan) dan bersungguh-sungguh. Perlaksanaan etika kerja
Islam yang berkesan turut memberikan faedah yang signifikan sama ada kepada warga kerja
JCorp, kepada organisasi JCorp itu sendiri dan kepada masyarakat. Antara faedahnya ialah
lahirnya warga kerja yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi, peluang kenaikan pangkat,
kadar pekerja berhenti yang rendah dan warga kerja berpengalaman yang setia. Faedah lain
ialah JCorp mampu melaksanakan tanggungjawab sosialnya secara aktif, termasuklah program
Klinik Waqaf An-Nur. Perlaksanaan etika kerja Islam juga membantu JCorp menjana
keuntungan perniagaan yang tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negeri Johor dan negara. Kajian ini membuktikan bahawa dengan kerjasama pihak pengurusan
dan para pekerja, etika kerja Islam berjaya dilaksanakan di JCorp. Hasil atau dapatan daripada
kajian ini boleh dijadikan panduan kepada para pengurus dalam usaha mereka untuk
melaksanakan etika kerja Islam secara efektif
Sistem Pengurusan Islam yang Berkualiti Mampu Menjamin Kepuasan Pekerja: Suatu Realiti dan Cabaran Masa Hadapan
Hari ini, sepatutnya kepuasan para pekerja adalah merupakan matlamat utama sumber manusia ketika organisasi bergerak untuk mencapaiobjektif mereka. Pengguna atau pelanggan luar kebiasaannya adalah dianggap sangat mustahak dalam memastikan kelangsungan organisasi. Walau bagaimamana pun pada masa yang sama para pekerja juga adalah pelanggan yang penting kepada organisasi dan perlu diurus secara bijak. Jika para pekerja tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan ianya akan memberi pelbagai kesan negatif seperti tekanan perasaan, malas, tidak hadir berkerja, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain. Oleh yang demikian, artikel ini akan menyentuh pandangan cerdik pandai semasa tentang hubungan dan kesan sistem pengurusan kualiti menurut perspektif Islam sebagai alternatif model ketika berhadapan relaliti dan cabaran mendatang. Sistem pengurusanIslam yang secara semulajadinya lebih holistik perlu meletakkan prinsip asas sebagai panduan sempurna demi untuk memperbaiki sistempengurusan kualiti yang wujud di Barat dan Timur. Prinsip asas ini seperti nilai Insaniyyah, ciri-ciri Ihsan berasaskan nilai Tauhid,pengurusan berasaskan syura, budaya Istiqamah (komited) dalam setiap tindakan. Kesemua prinsip ini jika tertanam dalam setiap praktispengurusan tentunya akan mencetuskan kepuasan bekerja malah juga berhasil mencapai kejayaan hakiki(Al-Falah)dan diredai Allah (s.w.t)