45 research outputs found

    Sikap terhadap niat menderma darah dalam kalangan penderma darah bersela dan ulangan berkala

    Get PDF
    Sikap yang positif terhadap aktiviti menderma darah berupaya mendorong seseorang untuk terlibat dengan aktviti berkenaan. Bagi individu yang bersikap positif, pendermaan darah dilihat sebagai tindakan yang baik, kurang berisiko malahan mudah untuk dilakukan. Individu dengan ciri-ciri berkenaan akan mempunyai niat yang kuat untuk melaksanakan aktiviti menderma darah. Kajian ini bertujuan meneroka hubungan antara sikap dan niat menderma darah bagi Penderma Darah Ulangan Berkala (PDUB) dan Penderma Darah Bersela (PDB). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif (kajian korelasi) yang menggunakan pendekatan survei secara pos untuk pengumpulan data. Data dikumpul daripada 1600 penderma darah yang dipilih secara rawak daripada rekod penderma di di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Jumlah responden bagi tujuan analisis melibatkan seramai 153 orang PDUB dan 130 PDB terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan PDUB dan PDB mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti menderma darah di mana aspek ini berkaitan dengan niat menderma darah. Kumpulan PDUB didapati mempunyai niat untuk menderma darah yang lebih kuat berbanding PDB. Hasil kajian memberikan implikasi bahawa sikap memainkan peranan yang penting terhadap niat menderma darah. Kumpulan PDB juga mempunyai potensi untuk didorong menjadi PDUB melalui pengukuhan kembali niat menderma darah agar mereka boleh melaksanakan aktiviti ini memandangkan mereka mempunyai sikap positif terhadap aktiviti berkenaan. Kajian akan datang disaran untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kaedah yang lebih sesuai untuk mengukuhkan dan mengekalkan niat menderma darah dalam kalangan penderma darah, terutama PDB

    Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi muda terpinggir di Malaysia

    Get PDF
    Artikel ini disediakanbertujuan untuk mengenalpastiperbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi mudaterpinggir di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 4,107generasi mudapelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir dan berumur dalam lingkungan 15-25 tahun telahdipilih sebagai responden kajian. Data kajiantelah dianalisis dengan menggunakan ujianANOVA untuk mengenalpasti perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik di Malaysia. Hasil kajian mendapati secara relatifnya, majoriti generasi muda pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir tidak menunjukkan gangguan tingkah laku dan masalah emosi yang membimbangkan. Kesemua etnik generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir juga mempamerkan kemahiran prososial yang baik dan perlu dibanggakan. Hanya generasi muda dalam kalangan enik India sahaja menunjukkan masalah hubungan dengan rakan sebaya yang membimbangkan berbanding generasi muda terpinggir dalam kalangan pelbagai etnik lain di Malaysia. Analisis terhadap dimensi tingkah laku hiperaktif menunjukkan tingkah laku hiperaktif yang dipamerkan oleh generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir berada pada tahap yang membimbangkan. Hasil kajian memberi implikasi ke arah keperluan mewujudkan program-program pembangunan generasi muda masa hadapan yang lebih relevan dan terkini dengan keperluan semasa mereka. Usaha mempertingkatkan aspek tingkah laku hiperaktif dalam kalangan generasi muda pelbagai etnik di Malaysia adalah diperlukan bagi membantu mencapai matlamat negara ke arah pembentukan perpaduan dan generasi muda yang sejahtera

    Pola dorongan sosial dan niat menderma darah dalam kalangan penderma darah

    Get PDF
    Pemupukan niat menderma darah yang konsisten penting untuk penglibatan yang berterusan dalam aktiviti ini. Motivasi untuk menggalakkan niat berterusan untuk menderma darah lahir daripada faktor psikologi seperti sikap positif, keyakinan diri dan persepsi tekanan sosial. Namun begitu, seseorang penderma darah tidak boleh bergantung semata-mata terhadap faktor psikologikal kerana aspek ini boleh berubah mengikut penilaian seseorang berdasarkan frekuensi kekerapan pendermaan darah. Oleh itu, diandaikan bahawa penderma darah memerlukan dorongan daripada jaringan sosial sebagai agen untuk mengukuhkan konsistensi niat menderma darah. Makalah ini bertujuan meneroka pola dorongan jaringan sosial terhadap konsistensi niat menderma darah dalam kalangan kumpulan Penderma Darah Awalan (PDA) dan Penderma Darah Mapan (PDM). Data kajian diperolehi melalui sebelas sesi temubual separa struktur terhadap 20 orang penderma darah yang dipilih secara persampelan bertujuan di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Data dianalisis secara bertema. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan mempunyai konsistensi niat menderma darah. Kajian ini turut mendapati bahawa wujud pola dorongan sosial yang berbeza antara PDA dan PDM. PDA menunjukkan pola dorongan sosial berbentuk dwi-hala antara mereka dan jaringan sosial. Manakala PDM melaporkan pola secara sehala-eksternal, iaitu dorongan PDM kepada pihak luar. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak pengurusan bekalan darah untuk mempertimbangkan kepentingan peranan dorongan sosial terhadap pengekalan niat menderma darah. Kajian akan datang perlu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai mekanisma untuk mengukuhkan pola dorongan sosial dalam kalangan penderma darah

    Pemahaman identiti diri daripada perspektif penderma darah ulangan berkala

    Get PDF
    Menderma darah merupakan tindakan altruistik bagi kelangsungan hidup individu yang memerlukannya. Melalui pengalaman yang diperolehi semasa menderma darah, penderma darah akan membentuk identiti-diri yang berkait-rapat dengan imej prososial. Identiti yang positif ini mampu memotivasikan penderma darah untuk meneruskan aktiviti berkenaan secara konsisten. Oleh yang demikian, pemahaman kepada aspek identiti-diri sebagai penderma darah adalah penting bagi membolehkan motivasi menderma darah difahami secara mendalam. Kajian ini bertujuan meneroka aspek identiti penderma darah dari sudut pandangan Penderma Darah Ulangan Berkala (PDUB), iaitu individu yang telah menderma darah secara konsisten sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun terkini. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual terhadap dua puluh (20) orang informan PDUB yang diperolehi melalui persampelan bertujuan dalam kalangan penderma darah di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Maklumat temu bual yang dianalisis secara bertema mendapati bahawa terdapat dua tema identiti-diri, iaitu i) saya-penderma darah dan ii) kita-penderma darah. Bagi tema pertama, informan mempersepsikan diri mereka sebagai individu yang mempunyai kejeleketan terhadap material berkaitan pendermaan darah, rasa dihargai dan berimej positif dalam jaringan sosial mereka. Seterusnya, bagi tema kedua, informan mengaitkan rasa keterujaan untuk berada bersama-sama penderma darah yang lain semasa kempen menderma darah diadakan kerana mempunyai persamaan identiti dan pengalaman sebagai kumpulan yang sama. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa program pengekalan tindakan menderma darah perlu memberi fokus kepada pengukuhan identiti penderma darah melalui pemupukan rasa dihargai dan bangga atas tindakan berkenaan. Kajian akan datang disarankan untuk mengenalpasti program yang dapat mengukuhkan identiti penderma

    Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan gender antara generasi muda tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana di Malaysia

    Get PDF
    This article aims to compare social behaviors (peer to peer problem, hyperactive behavior, prosocial behavior, behavioral disorder and emotional problem) based on gender (male and female) among young people living in marginalised and mainstream area. This study used quantitative design and cross-sectional approach. A total of 5,237 young people (15-25 years old) were selected as respondents. They were grouped based on their residence area, namely as marginalised and mainstream. For data analysis, t-test was used in this study. Both group in this study were analyzed separately according to respondents’ residence area. For marginalised young people, T-test showed that there were no significant difference in term of gender towards peer to peer problems [t (3556) = 1.62, p = .103] and hyperactive behavior [t (3556) = 1.46, p = .144]. On the other hand, result revealed that there were significant difference in term on gender towards prosocial behavior [t (3556) = 4.85, p = .001], behavioral disorders [t (3556) = 4.83, p = .001] = 3.00, p = .003] and emotional problems [t (3556) = 3.00, p = .003] among these marginalised young people. As for young people in the mainstream area, no significant difference occurred between female and male towards peer to peer problems [t (1667) = 1.10, p = .270], hyperactive behavior [t (1667) = .66, p = .511] and behavioral disorders [t (1667) = .76, p = .449]. However, for this group, significant difference do exist in term of gender towards prosocial behaviors [t (1667) = 2.80, p = .525] and emotional problems [t (1667) = 5.54, p = .001]. These findings have implications on the efforts of stakeholders in developing future programs that can empower social behavior and enhance the development of identity for young generation based on gender living in marginalised or mainstream area in Malaysia

    Hubungan sebagai asas coming out: kajian fenomenologi LGB dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia

    Get PDF
    Coming out individu lesbian, gay dan biseksual (LGB) sering digambarkan dalam naratif Barat sebagai pengalaman individu yang ingin kebebasan. Namun, naratif ini dilihat sebagai kurang praktikal atau relevan bagi sesetengah individu LGB dalam masyarakat kolektivistik. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman coming out individu LGB di Malaysia, dari segi motivasi, strategi komunikasi dan faktor perbezaan individu. Temu bual semi berstruktur dijalankan ke atas lima (5) orang peserta berbangsa Cina. Analisis tematik menunjukkan bahawa hubungan menjadi asas untuk coming out iaitu adanya perasaan selamat dan kerapatan, wujud kejujuran dan setia dalam hubungan, bagi mendapatkan sokongan dan bimbingan serta coming out keluarga dalam keadaan khusus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa coming out dalam masyarakat kolektivistik seringnya bukan mengenai ekspresi kendiri, tetapi sebagai proses yang berterusan untuk menguruskan kepelbagaian identiti dan persilangan budaya. Hasil kajian ini membantu bergerak daripada ton mono-budaya dalam kajian LGBT lepas yang dilakukan di negara Barat dan mencadangkan hala tuju baru untuk kajian masa depan tentang pengalaman LGB di Malaysia

    The effectiveness of narcotics rehabilitation program in Malaysia

    Get PDF
    The goal of treatment is to return the individual to productive functioning in the family, workplace and community. This article is provided to examine the level of effectiveness of narcotic addiction recovery program on drug addicting relapse and to determine the relationship between effectiveness of narcotic addiction recovery program towards addicting relapse in Malaysia. Data were collected through a self-administered questionnaire. Data collected were analyzed using 'SPSS for Windows'. The sample consisted of 400 relapsed drug addicts being selected through stratified random sampling and systematic random sampling from eight Narcotic Addiction Recovery Centers throughout Peninsular Malaysia. This research is a quantitative method and cross sectional survey. The quantitative data were analyzed using analysis Pearson correlation and descriptive tests. The findings indicated that about 98.5% of respondents experienced a moderate to high level toward the program. Pearson correlation analyses indicated that there is no relationship between overall drug rehabilitation program (r=-.049, p>.05) included program phase one (r=-.010, p>.05), phase two (r=-.074, p>.05), phase three (r=-.017, p>.05) and phase four (r=-.042, p>.05) toward relapsed addictions. The conclusion reflects that the drug rehabilitation program by the government to rehabilitate addicts is not the main factors that contributing to the relapsed addiction tendency in Malaysia

    Malaysian professionals' beliefs in child sexual abuse disclosure

    Get PDF
    This study explores factors that influence professionals' belief on child victim's disclosure of sexual abuse. This study was conducted on 18 professionals who worked with child sexual abuse (CSA) cases included counsellors, medical social workers, social workers and police officers. Findings indicate that factors such as victim's age, trauma symptoms, delay disclosures, signs of abuse and corroborate information from others (e.g. family members, schoolmates, friends, teachers) were all influenced professionals beliefs on victim's disclosure. The results also indicate the presence of CSA myths were evident among professionals. This suggests the importance of disseminating accurate information. As such, incorrect beliefs may influence professionals' perceptions and responses to victims' disclosure

    Exploring the meaning of ageing and quality of life for the sub-urban older people

    Get PDF
    A quality of life which includes psychological well-being, good physical functioning, relationships with others, health, and social activity is very important to the aged. The main purpose of this descriptive and exploratory case study was to analyze the meaning of aging and perceived quality of life among the elderly in sub-urban communities. Participants were 15 Malays, Chinese and Indians, aged 60 and above. In-depth interviews with the participants were conducted to gather the data. The findings indicated that aging brought a lot of shortfall, especially in terms of health and physical strength to the elderly. They were pleased to see the development of families, children, and grandchildren as a quality of life. Respondent are contented living with their children and grandchildren. The implication of this study is that there is a need for more gerontological social workers with adequate training and skills to provide services for the elderly

    Subjective meanings and expressions of marital love among soon-to-be-married urban Malays

    Get PDF
    Studies have shown that many married couples experience "deterioration of love" after marriage. A positive perception on love is crucial in ensuring a happy and satisfied marriage. Unhappy marriages are related to many psychological and developmental problems to the individual and individuals around the married couples. Thus, the aim of this study is to explore how soon-to-be married urban Malays give meanings and express marital love. Implicit approach to studying love was applied using the prototype love theory. Participants of the study were 245 soon-to-be-married urban Malays attending a compulsory premarital course within Federal Territory, Malaysia. Questionnaires consisted of participants' personal background information, information on relationships and questions on how participants' give meanings and express marital love. Findings indicated that participants give meanings to marital love by relating to gain God's blessings. Findings also showed that "where" and "who" was present during the expressions of marital love were important in determining the kind of expressions of marital love among urban Malays. Results also showed that expressions of marital love which involve physical contact were less desirable. Implications and future direction of this research were also discussed
    corecore