Pemahaman identiti diri daripada perspektif penderma darah ulangan berkala

Abstract

Menderma darah merupakan tindakan altruistik bagi kelangsungan hidup individu yang memerlukannya. Melalui pengalaman yang diperolehi semasa menderma darah, penderma darah akan membentuk identiti-diri yang berkait-rapat dengan imej prososial. Identiti yang positif ini mampu memotivasikan penderma darah untuk meneruskan aktiviti berkenaan secara konsisten. Oleh yang demikian, pemahaman kepada aspek identiti-diri sebagai penderma darah adalah penting bagi membolehkan motivasi menderma darah difahami secara mendalam. Kajian ini bertujuan meneroka aspek identiti penderma darah dari sudut pandangan Penderma Darah Ulangan Berkala (PDUB), iaitu individu yang telah menderma darah secara konsisten sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun terkini. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual terhadap dua puluh (20) orang informan PDUB yang diperolehi melalui persampelan bertujuan dalam kalangan penderma darah di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Maklumat temu bual yang dianalisis secara bertema mendapati bahawa terdapat dua tema identiti-diri, iaitu i) saya-penderma darah dan ii) kita-penderma darah. Bagi tema pertama, informan mempersepsikan diri mereka sebagai individu yang mempunyai kejeleketan terhadap material berkaitan pendermaan darah, rasa dihargai dan berimej positif dalam jaringan sosial mereka. Seterusnya, bagi tema kedua, informan mengaitkan rasa keterujaan untuk berada bersama-sama penderma darah yang lain semasa kempen menderma darah diadakan kerana mempunyai persamaan identiti dan pengalaman sebagai kumpulan yang sama. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa program pengekalan tindakan menderma darah perlu memberi fokus kepada pengukuhan identiti penderma darah melalui pemupukan rasa dihargai dan bangga atas tindakan berkenaan. Kajian akan datang disarankan untuk mengenalpasti program yang dapat mengukuhkan identiti penderma

    Similar works