7 research outputs found

    Pembangunan usahawan tani melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Satu kajian kes

    Get PDF
    Pembangunan usahawan Tani adalah merupakan salah satu usaha yang boleh dibangunkan oleh syarikat korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti. Kertas ini akan membincangkan sumbangan yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat korporat multinasional di Malaysia melalui pelaksanaan projek CSR perladangan cili kontrak terhadap kewujudan usahawan tani di Pasir Puteh Kelantan. Seramai 45 petani yang terlibat dengan program CSR syarikat telah ditemu bual bagi mengenal pasti sejauh mana sumbangan CSR telah membangunkan komuniti tani yang terlibat. Kajian yang menggunakan pendekatan kontruktivisme ini telah menggunakan analisa tematik terhadap data temu bual kajian. Tema-tema kajian mendapati melalui program CSR, petani berpeluang untuk memiliki, mengelola dan mengurus ladang serta menanggung risiko pengeluaran tani mereka. Tema-tema ini menunjukkan wujudnya usahawan tani di kalangan komuniti yang terlibat dengan projek CSR yang dilaksanakan tersebut. Selain dari itu sumbangan dari pihak syarikat dan juga pihak kerajaan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan usahawan tani ini

    Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak

    Get PDF
    Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Konflik masyarakat berhubung dengan perkara tersebut boleh dikaitkan dengan cara informasi tanah diperoleh. Kebanyakan pemilik tanah adat mendapatkan informasi tanah milik mereka secara lisan iaitu melalui informasi mulut ke mulut. Hal ini akhirnya menjadi satu cabaran yang besar kepada masyarakat apabila timbul pelbagai anggapan dan intepretasi yang berbeza berkait dengan status dan kesahihan tanah adat yang dimiliki. Justeru kajian ini menelit i maklumbalas pemilik tanah adat berhubung dengan cara penentuan sempadan tanah dalam kalangan masyarakat Bidayuh di daerah Serian Sarawak. Selain itu kajian juga memberikan perhatian terhadap pertikaian persempadanan tanah adat serta impilkasinya dalam kalangan pemilik tanah adat. Maklumat yang berkait dengan tujuan kajian telah diperoleh melalui FGD serta temuselidik mendalam dengan pemilik tanah adat di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati wujud beberapa cara penentuan sempadan dalam kalangan pemilik tanah. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pertikaian tanah di kawasan kajian banyak didorong oleh isu status dan kesahihan pemilikan tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah adat. Bagi mengurangkan konflik maka dicadangkan agar tanah-tanah yang ada dibuat sukatan oleh juruukur bertauliah. Apabila tanah telah disukat, pemilik tanah akan memperoleh surat hakmilik tanah yang lebih jelas dari segi status dan kesasihan pemilikan

    Sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosial komuniti pekebun kecil sawit

    Get PDF
    Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi bukan sahaja dapat membantu mereka untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan sosial yang diberikan oleh Koperasi Penanaman Sawit Mampan terhadap ahli komuniti pekebun kecil sawit. Seramai 46 ahli Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) Saratok telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian dan analisa deskriptif telah dijalankan. Analisa ini merangkumi analisis min, kekerapan, peratusan serta sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa koperasi KPSM Saratok telah memberi sumbangan sosial terhadap komuniti pekebun kecil sawit dari aspek peningkatan hubungan pekebun kecil sawit (PKS), peningkatan penglibatan komuniti dalam aktiviti sawit, pemantauan aktiviti pertanian komuniti, penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan kemudahan dalam pengurusan aktiviti

    International Journal on Recent and Innovation Trends in Computing and Communication Face and Human Detection Using Gradient Pattern with Binary Histogram Technique __________________________________________________*****

    No full text
    Abstract-Detecting and classifying the image is an important topic of computer technology that determines the sizes in digital images. It is mainly used for authentication and identification purpose. Intensity transform features convert the intensity (pixel color) into an encoded value by comparing the pixel. Normally, detection methods take the pixel color directly as information cues. These schemes are more sensitive to noise, variations in pose and changes in illumination. To tackle these effects by using GP (Gradient pattern) and SNOW algorithm. Gradient feature makes the variation of edges. SNOW reduces the variations of misclassified area. The images are classified by using Background variations. The proposed approach is to rectify the intensity differences at various locations, provides a minimum processing time and the misdetections are prevented in crowd environment. Keywords-Gradient feature pattern (GFP) and Sparse Network of Winnows (SNOW)

    Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kes pekerja keluarga dwi-pendapatan

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesejahteraan kewangan diukur menggunakan skala Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Tahap kesejahteraan kewangan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan 40 peratus responden adalah dalam kategori kesejahteraan kewangan tinggi, 49 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan sederhana dan 11 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan rendah. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan bahawa tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan adalah pada tahap sederhana

    Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan pembangunan modal sosial komuniti: kajian kes projek CSR perladangan cili kontrak

    Get PDF
    Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diiktiraf secara global sebagai salah satu usaha bagi syarikat korporat untuk menyumbang kepada pembangunan. Justeru itu berbagai elemen pembangunan yang melibatkan masyarakat telah digabungkan dalam perlaksanaan inisitif ini bagi membantu meningkatkan ilmu, kemahiran serta hubungan baik dalam komuniti yang mana merupakan faktor penting dalam konteks pembangunan komuniti. Kertas kerja ini meneliti sejauhmana program CSR yang dipilih iaitu projek perladangan cili kontrak di Pasir Puteh Kelantan mampu untuk membangunkan modal sosial dalam komuniti bagi membantu pembangunan komuniti tersebut. Seramai 45 peladang telah ditemubual bagi tujuan ini dan data naratif temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik. Lima tema asas telah muncul daripada hasil kajian yang dirujuk sebagai hubungan dan kerjasama antara komuniti. Hubungan dan kerjasama ini menggambarkan pembentukan modal sosial dalam kalangan komuniti hasil penglibatan mereka dengan projek CSR perladangan cili kontrak

    Pemerkasaan dengan media sosial: aplikasi facebook dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa antropologi dan sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Dalam dunia tanpa sempadan, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk mahasiswa bukan sahaja sebagai bahasa ilmu tetapi juga sebagai bahasa untuk memasarkan mahasiswa itu sendiri sebagai gunatenaga mahir dalam sektor pekerjaan yang diceburi. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan strategi penyelidikan abduktif dimana pembelajaran Bahasa Inggeris dalam facebook diukur berdasarkan pada fenomena, pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri sebagai ahli facebook. Pendek kata, fenomena, pengalaman dan pengetahuan yang hendak dikaji mestilah yang dialami dalam kehidupan harian dan bukannya fenomena yang dicipta oleh situasi eksperimental. Data telah dikumpul menggunakan temubual mendalam. Saiz sampel dalam kajian ini ditentukan oleh ketepuan data. Oleh itu, sejumlah 30 orang mahasiwa telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan persampelan snowball. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan member checked. Hasil kajian mendapati pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada enam tema utama iaitu penulisan,perbincangan, mempelajari perkataan baru, panduan tatabahasa, kemahiran mendengar dan bertutur dan akhir sekali kemahiran menterjemah. Keenam-enam tema ini dilihat telah meningkatkan keyakinan mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan sama ada dalam situasi formal dan tidak formal
    corecore