3 research outputs found

    Kompetensi Guru Gred Jawatan DG 52 dalam melaksanakan Pembelajaran Maya Menggunakan Google Classroom : Satu Pemerhatian Awal

    Get PDF
    Tujuan utama artikel ini ialah untuk mengulas kompetensi dan kemahiran guru gred DG 52 dalam melaksanakan pembelajaran maya menggunakan Google Classroom. Ulasan sistematik ini dilaksanakan dengan mengenalpasti semua komponen kompetensi guru gred DG52 dengan merujuk kepada deskripsi tugas yang telah ditetapkan oleh kementerian. Ulasan sistematik ini dilaksanakan menggunakan metodologi carian pustaka di mana terdapat 1389 artikel dan laporan yang berkaitan dengan kata kunci yang ditetapkan yang didapati menerusi Eric, Elsevier, Sage dan Goggle Scholar. Selepas tapisan, 112 artikel didapati lebih sesuai dengan kompetensi yang ditetapkan namun, 12 artikel terpilih untuk ulasan kerana menepati kriteria yang ditetapkan. Ulasan kajian lepas mendapati bahawa terdapat aspek-aspek yang berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran serta kompetensi guru gred DG 52

    Mengurus Perubahan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sebuah Sekolah Menengah: Suatu Pemerhatian Awal

    Get PDF
    Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menerusi kaedah pemerhatian di sebuah sekolah menengah dalam daerah Batu Gajah di Negeri Perak. Populasi kajian terdiri daripada 102 orang murid Tingkatan Lima di sekolah tersebut. Pemerhatian dibuat ke atas peserta kajian berdasarkan tempoh masa yang tertentu yang telah ditetapkan. Oleh itu, dari kaedah pemerhatian, keputusan yang diperoleh adalah lebih tepat. Menerusi pemerhatian, Model Kompetensi Kepimpinan Perubahan (MKKP) telah digunakan oleh pengetua semasa berhadapan dengan perubahan dalam tadbir urus sekolah. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mengubah pembudayaan dan iklim sekolah menerusi kepimpinan pengetua. Kajian dijalankan setelah pembukaan semula sekolah bagi murid yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM. Kepimpinan pengetua dapat dilihat menerusi pencapaian matlamat perubahan yang telah dirancang dari awal proses perubahan. Pengetua juga berjaya melakukan perubahan dengan cara yang kreatif dan proaktif terhadap sekolah tersebut. Hal ini dapat dilihat menerusi kepimpinan pengetua dalam menguruskan perubahan sekolah adalah amat penting kerana peranan pengetua sebagai individu yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perubahan di sekolah

    Abstracts of the International Halal Science Conference 2023

    No full text
    This book presents the extended abstracts of the selected contributions to the International Halal Science Conference, held on 22-23 August 2023 by the International Institute for Halal Research and Training (INHART), IIUM, Malaysia in collaboration with Halalan Thayyiban Research Centre, University Islam Sultan Sharif (UNISSA), Brunei Darussalam. With the increasing global interest in halal products and services, this conference is timely. Conference Title:  International Halal Science ConferenceConference Acronym: IHASC23Conference Theme: Halal Industry Sustainability Through ScienceConference Date: 22-23 August 2023Conference Venue: International Islamic University (IIUM), MalaysiaConference Organizer: International Institute for Halal Research and Training (INHART), International Islamic University (IIUM), Malaysi
    corecore