46 research outputs found

    Tafsir Mawdui: harta menurut perspektif al-Quran. Oleh Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim & Zulkifli Abd. Mubi

    Get PDF

    Pendekatan Da'wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan [BP190.5.C8 S161 2008 f rb].

    Get PDF
    Kaunseling dapat memainkan peranan sebagai salah satu pendekatan bagi membendung gejala sosial dalam masyarakat. Counseling can play a role as one of the approaches to reduce social problems in the society

    Dakwah dalam dimensi kerohanian penjagaan paliatif menurut pendekatan Badi' al-Zaman Sa'id al-Nursi

    Get PDF
    Dakwah adalah seruan untuk mengajak supaya kembali mengamal dan menghayati ajaran Islam. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan dan melibatkan segenap lapisan sosial. Ini termasuklah dakwah yang disampaikan kepada golongan pesakit yang berada di ambang kematian agar mereka dapat mengakhiri kehidupan dengan baik dan mendapat ḥusn al-khatimah. Di dalam bidang perubatan, konsep rawatan dan penjagaan bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh dikenali sebagai penjagaan paliatif (palliative care) yang merupakan suatu bentuk khidmat penjagaan yang biasanya ditawarkan di hospis. Sungguhpun begitu, dapat diperhatikan bahawa dakwah kepada golongan pesakit di ambang kematian ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, artikel ini dihasilkan untuk mengkaji pemikiran al-Nursi berhubung konsep dakwah beliau terhadap golongan pesakit dalam konteks dimensi kerohanian penjagaan paliatif. Kajian ini menggunakan metodologi kajian analisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah al-Nursi dalam penjagaan paliatif ini mengambil metode emotif dengan menggunakan uslub al-maw’idzahal-ḥasanah dan al-targhīb untuk menimbulkan ḥusn al-ẓan dalam diri pesakit terhadap takdir yang telah ditentukan. Pengkaji mendapati bahawa al-Nursi membawa satu konsep dakwah yang dapat menyumbang kepada pemahaman mengenai dimensi kerohanian penjagaan paliatif yang bersesuaian dengan kehendak ajaran Islam

    Gangguan kesihatan mental berkaitan pembelajaran dalam talian dan kaedah mengatasi menurut perspektif Islam

    Get PDF
    Kehadiran COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah sistem pembelajaran daripada pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran dalam talian di setiap peringkat sama ada peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pembelajaran secara dalam talian bukanlah suatu perkara yang mudah kepada mahasiswa malah ia meninggalkan pelbagai kesan antaranya gangguan kesihatan mental sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Permasalahan yang berlaku terhadap mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian adalah melibatkan masalah psikologi seperti kebimbangan, stres, gangguan emosi dan kemurungan untuk beradaptasi dengan norma baharu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah kesihatan mental yang dialami oleh mahasiswa sewaktu menjalani pembelajaran dalam talian dan menganalisis kaedah yang dilakukan oleh mahasiswa bagi mengatasi masalah kesihatan mental sewaktu menjalani pembelajaran dalam talian daripada perspektif Islam. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan melalui pensampelan kesenangan (convenience sampling). Seramai 50 orang responden telah dipilih untuk melengkapkan kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati gangguan kesihatan mental mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian berada dalam keadaan yang terkawal. Kajian juga mendapati antara kaedah pengurusan mental menurut perspektif Islam yang diamalkan oleh pelajar seperti mengadu kepada Allah, berdoa, mendekatkan diri kepada Allah, berzikir, solat, mensyukuri nikmat Allah dan beristighfar

    Kepentingan kerohanian dalam menangani pesakit kanser wanita menurut Islam

    Get PDF
    Kerohanian menurut Islam merupakan aspek penting yang perlu difahami oleh semua pesakit kanser dan ianya sangat sesuai diaplikasikan bagi pesakit kanser wanita. Kanser adalah satu ujian yang baik untuk manusia atau pesakit hidup lebih cemerlang, dengan syarat pesakit tersebut tabah. Namun, terdapat segelintir manusia apabila menghadapi ujian kesakitan, mereka tidak redha dan sabar sehingga tiada harapan untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, terdapat juga pesakit yang mengambil jalan pintas iaitu mendapatkan kaedah rawatan tradisional seperti bomoh, pawang dan sebagainya. Akibatnya ramai pesakit yang menganggap ujian ini sebenarnya tiada harapan lagi dan hanya menunggu ajal sahaja. Bahkan juga ada sebahagian amalan mereka jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Hal ini menyebabkan pesakit mengamalkan rawatan yang tidak betul dan bertentangan dengan tuntutan syarak seperti mengamalkan mantera yang jelas terpesong dari akidah yang sebenar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep kerohanian dan kepentingan kerohanian dalam menangani pesakit kanser wanita menurut Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk dokumen analisis kandungan dengan mengumpul data-data yang berkaitan kefahaman yang mendalam dari aspek teoritikal. Dapatan kajian mendapati bahawa konsep kerohanian amat sesuai diamalkan dalam kalangan pesakit kanser wanita dan kepentingan aspek kerohanian seperti mengakui bahawa ujian adalah satu rahmat daripada Allah SWT, dapat membersihkan jiwa orang-orang mukmin dan sebagai satu latihan kepada manusia dalam membentuk peribadi mulia

    Pendekatan pengukuhan personaliti bapa dalam kalangan peserta di LPPKN

    Get PDF
    Bapa sebagai ketua dalam keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Namun, ada dalam kalangan bapa masa kini yang tidak menunjukkan ciri personaliti yang baik sebagai seorang bapa seperti panas baran, mendera, merogol, membunuh, tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pendekatan pengukuhan personaliti bapa yang diamalkan oleh peserta bapa di LPPKN. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 60 orang responden dalam kalangan bapa telah dipilih secara rawak berlapis di LPPKN. Data melalui borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati peserta bapa mengamalkan pendekatan seperti mendalami ilmu agama dan mengamalkannya, muhasabah diri, berazam tinggi untuk menjadi bapa yang baik, tazkiyah al-Nafs, mendapatkan sokongan sosial daripada isteri, pengaruh rakan dan persekitan (al-bi’ah) yang baik serta penyertaan dalam program keibubapaan untuk mengukuhkan personaliti kebapaan. Implikasi kajian dapat membantu bapa memperkukuh personaliti baik dalam membina kesejahteraan keluarga dan masyarakat Islam umumnya. Kajian ini juga dapat memberi input dan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia

    Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur

    Get PDF
    Postpartum Depression iaitu satu perubahan dari segi emosi, fizikal dan perilaku yang biasa berlaku pada ibu yang baru sahaja melahirkan anak atau keguguran ketika di dalam pantang. Perkara ini perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menimbulkan perkara lebih buruk seperti tekanan emosi melampau, keinginan membunuh diri, menyalahkan takdir dan sebagainya. Wanita yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental khususnya kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya perubahan hormon, stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan. Justeru itu, kajian ini akan dilakukan untuk mengkaji konsep postpartum depression dan konsep tazkiyah al-Nafs serta menganalisis pendekatan tazkiyah al-nafs membantu mengatasi kemurungan dalam kalangan wanita postpartum. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis kandungan dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati pendekatan tazkiyah al-Nafs bagi mengatasi masalah ini melalui tiga proses yang dikenali sebagai Ma’rifah al-Nafs, Mujahadah al-Nafs dan Riyadah al-Nafs. Implikasi kajian ini memberi satu inisiatif kepada wanita yang tertekan diuji dengan perasaan yang tidak mampu dilalui dengan kembali kepada hati yang suci untuk membina personaliti diri yang baik.Postpartum Depression iaitu satu perubahan dari segi emosi, fizikal dan perilaku yang biasa berlaku pada ibu yang baru sahaja melahirkan anak atau keguguran ketika di dalam pantang. Perkara ini perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menimbulkan perkara lebih buruk seperti tekanan emosi melampau, keinginan membunuh diri, menyalahkan takdir dan sebagainya. Wanita yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental khususnya kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya perubahan hormon, stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan. Justeru itu, kajian ini akan dilakukan untuk mengkaji konsep postpartum depression dan konsep tazkiyah al-Nafs serta menganalisis pendekatan tazkiyah al-nafs membantu mengatasi kemurungan dalam kalangan wanita postpartum. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis kandungan dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati pendekatan tazkiyah al-Nafs bagi mengatasi masalah ini melalui tiga proses yang dikenali sebagai Ma’rifah al-Nafs, Mujahadah al-Nafs dan Riyadah al-Nafs. Implikasi kajian ini memberi satu inisiatif kepada wanita yang tertekan diuji dengan perasaan yang tidak mampu dilalui dengan kembali kepada hati yang suci untuk membina personaliti diri yang baik

    Faktor gangguan emosi dalam fenomena histeria massa remaja Muslim

    Get PDF
    Gejala histeria beramai-ramai atau histeria massa adalah satu permasalahan sosial yang telah lama wujud di Malaysia. Histeria massa kebanyakannya terjadi di komuniti sekolah, asrama dan kilang. Di Malaysia, gejala ini lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja Muslim di sekolah. Impak histeria massa mengakibatkan pelbagai kesan negatif terutama pada emosi dan keharmonian sosial. Epidemik yang berlaku menyebabkan suasana panik dan tegang serta merencatkan perjalanan aktiviti persekolahan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gangguan emosi dalam gejala histeria massa remaja Muslim di sekolah. Kajian menggunakan kaedah kajian tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai sebagai alat kajian. Sampel kajian terdiri daripada 105 orang pelajar yang pernah mengalami histeria daripada beberapa buah sekolah sekitar negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan kejadian histeria massa adalah berpunca dari tekanan dan gangguan emosi yang berada pada tahap sederhana tinggi iaitu apabila ledakan tingkah laku histerikal muncul. Simptom histeria yang ditunjukkan menggambarkan unsur kecelaruan dan gangguan pada fungsi afektif. Di samping itu, kajian juga telah mengenalpasti beberapa jenis gangguan emosi yang boleh menjadi pencetus epidemik histeria dalam kalangan remaja muslim iaitu rasa bersalah atas kesilapan lalu, memendam rasa, membayangkan sesuatu yang menakutkan, kesedihan, kebimbangan, tekanan, panik dan takut. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam menangani histeria massa dari terus berlaku dengan mengenal pasti faktor gangguan emosi tersebut

    ROJIRO Spiritual Education: Guidance Program Creating Peace for Elderly Santri at Raden Rahmat Pesantren

    Get PDF
    Psychological well-being is everyone's hope, including the elderly. Elderly complaints of physical illness from the geriatric syndrome, anxiety in the face of death, sadness left by a spouse, and feeling lonely because they are far from their children and grandchildren are problems that hinder their psychological well-being. The Raden Rahmat Pondok Pesantren Educational Institution in Semarang is in great demand as a place of study to achieve the psychological well-being of the elderly. The research aims to describe the ROJIRO Raden Rahmat Pondok Pesantren concept and program analysis from the perspective of Permendikbud No 111 of 2014. The research method is descriptive-analytic qualitative. Document data sources, interviews, and observations. The results of the study, ROJIRO is that elderly education aims to build three domains: if rogo, if jiwo, and if roso (ROJIRO). First, rogo (exercise or physical) to meet cognitive aspects (prevention of senility) and health aspects of motor function. Second, jiwo (soul development) fulfills the moral-spiritual and social-emotional aspects. Third, roso (taste processing) meets the artistic, aesthetic, and communication aspects. The ROJIRO concept meets the criteria to be developed into an elderly boarding school guidance and counseling program referring to the standard program structure of Permendikbud No 111 of 2014 consisting of rationale, vision-mission, description of needs, objectives, program components, service areas, operational plans, theme development, evaluation, and budget costs. This structured systematic program can be evaluated periodically and developed continuously. Kesejahteraan psikologis merupakan harapan semua orang, termasuk lanjut usia. Keluhan lansia berupa penyakit fisik akibat sindrom geriatri, kecemasan menghadapi kematian, kesedihan ditinggal pasangan, dan perasaan kesepian karena jauh dari anak cucu merupakan masalah yang menghambat kesejahteraan psikologis mereka. Pondok Pesantren Raden Rahmat Semarang sangat diminati sebagai tempat belajar untuk mencapai kesejahteraan psikologis lansia. Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan konsep dan analisis program Pondok Pesantren ROJIRO Raden Rahmat dari perspektif Permendikbud No 111 Tahun 2014. Metode penelitian yang digunakan adalah kualitatif deskriptif-analitik. Hasil penelitian, ROJIRO adalah pendidikan islami untuk lansia bertujuan membangun tiga ranah: olah rogo, olah jiwo, dan olah roso (ROJIRO). Pertama, rogo (olah raga) untuk memenuhi aspek kognitif (pencegahan kepikunan) dan aspek kesehatan fungsi motorik. Kedua, jiwo (olah jiwa) memenuhi aspek moral-spiritual dan sosial-emosional. Ketiga, roso (olah rasa) memenuhi aspek artistik, estetika, dan komunikasi. Konsep ROJIRO memenuhi kriteria untuk dikembangkan menjadi program bimbingan dan konseling pesantren lansia yang mengacu pada standar struktur program Permendikbud No 111 Tahun 2014 yang terdiri dari rasional, visi-misi, analisis kebutuhan, tujuan, komponen program, struktur layanan, rencana operasional, pengembangan tema, evaluasi, dan anggaran biaya. Program ROJIRO yang dirumuskan secara terstruktur dan sistematis dapat dievaluasi secara periodik dan dikembangkan secara berkesinambungan
    corecore