5 research outputs found

    Kesedaran pemakanan halal dalam kehidupan beragama / Faridah Mohd Sairi … [et al.]

    Get PDF
    Setiap agama memiliki garis panduan tersendiri mengenai prinsip asas dalam penentuan halal dan haram di dalam pemakanan. Dalam Islam, konsep halal dan haram telah dinyatakan dengan jelas berkenaan sumber, jenis dan cara penyediaannya. Artikel ini ditulis untuk menjelaskan konsep pemakanan halal dan haram menurut ajaran Islam dan Kristian. Ia bertujuan untuk memahami persamaan dan perbezaan amalan dari sudut pemakanan setiap agama. Ia juga bertujuan mengkaji sejauhmana pemahaman pelajar Muslim dan Kristian mengenai garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama tersebut. Ia juga bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pemilihan makanan halal oleh pelajar muslim dan Kristian. Kajian ini melibatkan responden Muslim dan Kristian di Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil. Kajian menggunakan kaedah kaji selidik. Kesedaran pemakanan halal dalam kehidupan beragama diharap dapat memupuk sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia

    Kepercayaan pelajar terhadap konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal / Mahfuzah Mohammed Zabidi … [et al.]

    Get PDF
    Pengurusan halal adalah satu bidang kritikal yang perlu diberikan perhatian serius demi merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah hab halal dunia. Bidang ini bertujuan memastikan kesucian dan sifat “patuh syariah” bagi sesuatu produk atau perkhidmatan terus terpelihara. Graduan bidang pengurusan halal diharapkan berperanan secara langsung dalam memenuhi keperluan badan pensijilan halal. Pelajar bidang ini perlu dipersiapkan dengan kefahaman mengenai konsep halal secara bersepadu dengan nilai ubudiyyah yang mendasari akidah, syariah dan tasawuf dalam Islam. Hal ini bagi memastikan mereka dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat, khususnya kepada penggiat industri bahawa halal bukan sekadar pada label atau logo semata-mata. Kajian ini bertujuan meneroka kepercayaan pelajar Diploma Pengurusan Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA mengenai konsep ubudiyyah dan kesepaduannya dalam pengurusan halal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi temubual kumpulan fokus berpandukan protokol separa berstruktur. Data temubual dianalisis secara separa transkrip. Temubual mendapati bahawa pelajar lebih banyak menghubungkan konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal dengan aspek syariat berbanding aspek akidah dan tasawuf. Oleh itu, kesepaduan ilmu antara kursus-kursus akademik yang ditawarkan oleh fakulti, sama ada dalam pengajian ilmu Islam mahupun pengajian ilmu moden yang berteraskan nilai ubudiyyah dalam bidang pengurusan halal dilihat perlu diperkemaskan bagi mendepani isu halal secara lebih holistik. Natijahnya, kesepaduan ilmu ini akhirnya berupaya menzahirkan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam

    Badī‘ al-Zamān Sa‘īd Nursī’s approach through writing in da‘wah: A study of effective verbal communication: Pendekatan Badī‘ al-Zamān Sa‘īd Nursī melalui penulisan dalam dakwah: Kajian komunikasi lisan yang berkesan

    No full text
    Effective da‘wah communication is veritably necessary in maintaining the well-being of the community so that it's always in a state of peace, tranquility, and harmony. The traditional medium of preaching, which previously only revolved around oral mediums such as lectures and speeches, needs to be improved with the method of delivery through writing. Badī‘ al-Zamān Sa‘īd Nursī used the pen as the medium of his preaching, resulting in the work Rasā’il al-Nūr, which spread throughout the world. Therefore, this study focuses on the study of Sa‘īd Nursī's form of communication while spreading and delivering da‘wah through jotting styles (bi al- kitābah), such as his masterpiece Rasā’il al-Nūr, letters, and newspapers. This study is a library study, and the analysis is based on the document analysis framework (contents analysis). While the book Rasā’il al-Nūr is the main basis of every topic of discussion and includes some scholars' views on da‘wah communication. The results of the study set up that, Sa‘īd Nursī's greatest da‘wah contribution was through the writing approach. The findings also set up that Sa‘īd Nursī's da‘wah experience in colorful stages of his life similar to politics, education, war, and so on, caused him to be loaded with preaching experience with colorful forms of communication, especially in jotting, until he was appointed as a contemporary preacher of the Islamic world

    A Review On Literature of Islamic Work Ethics in Malaysia Between 2010-2020

    Get PDF
    Islamic work ethics is the religion-based rules that are formed to generate workers that have high quality and productive. Hence, the objective of this article is to analyze and examine the related literatures on Islamic work ethics in Malaysia between 2010 until 2020. This study is through descriptive research based on the document analysis on previous studies and literatures on Islamic work ethics from free-of-charge and free-of-registration online journals under ‘Islamic work ethics in Malaysia’ keywords, gained from web based journals and articles which including books and conference paper. Therefore, only 33 articles that are published under journals publications comprises national and international journals were selected from several sources which are google scholar and Mendeley. Data from 33 articles had been analyzed using the Statistical Product & Service Solution (SPSS) software. This study analyzed the articles selected by looking at several variables which including number of articles published, year of publication, number of authors, research approach, subject and gender of the author. The general finding of this study shows that the Islamic work ethics issues in Malaysia discussed more on economic and finance sector compared to other sectors

    Pemikiran kebahagiaan menurut Aristotle dan Ibnu Miskawayh: satu analisis awalan

    Get PDF
    Kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan mula dibincangkan sejak munculnya perbincangan falsafah iaitu pada zaman Yunani klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku Nicomachean Ethic, sehingga dibincangkan dalam tamadun Islam oleh beberapa ahli falsafah Islam seperti Ibn Miskawayh dalam Tahdhib al Akhlaq. Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Justeru, kajian ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Aristotle dan Ibn Miskawayh dalam beberapa aspek tertentu. Eudaimonia, merupakan konsep yang dibincangkan melalui perbincangan menerusi pencarian Aristotle melalui persoalan yang menjadi tumpuan manusia iaitu apakah yang menjadi tujuan akhir dan kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Selain itu, kebahagiaan dapat dicapai melalui aspek pemilihan dan pengawalan tingkah laku serta perbuatan dalam kesederhanaan serta hubungan nalaran yang telah dibincangkan oleh Aristotle dan Ibnu Miskawayh melalui kaitan dan perbezaannya
    corecore