2 research outputs found

    Kaedah pengajaran keusahawanan melalui penerapan ciri-ciri keusahawanan di kolej vokasional

    Get PDF
    Kadar pengangguran dalam kalangan graduan Kolej Vokasional kian meningkat. Pendidikan keusahawanan dilihat sebagai salah satu medium dalam menangani masalah tersebut. Pendidikan keusahawanan merupakan kursus wajib bagi pelajar diploma kolej vokasional. Selaras dengan matlamat penubuhan Kolej Vokasional ingin melahirkan graduan yang kompetitif dan kompeten, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan ciri-ciri keusahawanan yang sesuai diterapkan dalam pengajaran keusahawanan di Kolej Vokasional dalam menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya berhasrat dapat merealisasikan 10% usahawan dalam kalangan graduan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan soal selidik. Analisis data dijalankan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 21 yang melibatkan analisis min, kekerapan, peratus, sisihan piawai dan independent sample t-test. Seramai 93 orang guru Keusahawanan dan 566 pelajar yang terdiri daripada 293 pelajar bidang teknologi dan 273 pelajar bidang bukan teknologi di Kolej Vokasional Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang paling dominan adalah kaedah pengajaran secara interaktif, sementara ciri keusahawanan yang paling dominan pula adalah kreatif dan inovasi menerusi kaedah pengajaran secara interaktif. Terdapat perbezaan kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan yang digunakan oleh guru bidang teknologi dan bukan teknologi dalam pengajaran keusahawanan. Seterusnya, dari perspektif pelajar, menunjukkan adanya perbezaan kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan yang digunakan oleh guru terhadap pelajar bidang teknologi dan bukan teknologi. Sehubungan itu, penyelidik mencadangkan panduan kaedah pengajaran Keusahawanan melalui gabungan kesemua kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan dengan penggunaan elemen yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian guru

    Penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam kaedah pengajaran modul keusahawanan di kolej vokasional

    Get PDF
    Modul Keusahawanan merupakan modul wajib di Kolej Vokasional. Melalui modul ini pelajar-pelajar didedahkan dengan ciri-ciri keusahawanan sebagai persediaan menjadikan bidang usahawan sebagai bidang kerjaya. Kajian ini memfokuskan kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam pengajaran Modul Keusahawanan di Kolej Vokasional. Kajian memfokuskan beberapa objektif namun begitu dalam penulisan ini pelaporan dapatan kajian kepada dua objektif sahaja iaitu penerapan ciri-ciri keusahawanan dan perbezaan pengajaran bagi bidang teknologi dan bidang teknologi. Reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrument pengumpulan data. Responden terdiri dari guru-guru yang mengajar Modul Keusahawanan di Kolej Vokasional sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru menerapkan ciri-ciri keusahawan melalui pengajaran secara interaktif dan perbezaan skor penerapan ciri-ciri keusahawan dalam pengajaran adalah lebih kepada guru-guru yang mengajar bidang teknologi. Secara kesimpulannya ciri-ciri keusahawanan ada diterapkan dalam pengajaran tetapi ianya perlu penekanan secara praktikal bagi mendedahkan pelajar lebih bersedia sebagai seorang usahawan
    corecore