43 research outputs found

    Pembangunan dan keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan dan kemahiran bagi projek mesin larik pelajar Politeknik

    Get PDF
    Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar politeknik. Reka bentuk kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek. Proses pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah menggunakan model ADDIE. Pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah berdasarkan kepada perancahan berstruktur oleh Vygotsky (1978) dan kaedah pembelajaranberasaskan projek oleh Buck Institute for Education (2013). Hasil pemerhatian danmaklum balas penilaian pembangunan modul perancahan berstruktur dalampembelajaran berasaskan projek menunjukkan bahawa pelajar berupaya menghuraikan pengendalian mesin larik dengan tepat, dapat menghasilkan projek yang kemas dan mengikut spesifikasi, berupaya mencari jalan alternatif untuk menyelesaikan masalah dan berupaya merancang dan mengorganisasi kerja dengan baik. Penilaian secara statistik keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja adalah menggunakan kaedah multivariate analysis of covariance (MANCOVA). Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min kaedah perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah paling tinggi bagi meningkatkan pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja mengatasi skor min kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kaedah demonstrasi. Hasil dapatan data menerusi statistik MANCOVA menunjukkan bahawa nilai signifikan adalah kurang daripada .05 (p < .05). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek dapat menyokong pembelajaran pelajar dan meningkatkan pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja

    Safety management practices in the Malaysia Technical And Vocational Education Training (TVET)

    Get PDF
    For many years, the value of safety management practice has been the subject of research attention in many sectors in Malaysia in order to achieve a positive workplace safety climate. The practice of safety management among accredited centers in the education sector, however, has hardly been examined. This study was therefore conducted in Johor, Malaysia, to investigate the elements of the safety management practices in the Technical and Vocational Education Training (TVET). This research included seven participants consisting of safety and health (SH) coordinators from each accredited TVET center in Johor, Malaysia. Via interview data collection, this study used the full qualitative approach. The outcome of the thematic analysis showed that there are ten key elements of safety management practices that have become factors among accredited TVET centers in Johor, namely management commitment, safety policy, safety committee, instructor involvement, safety rules and procedure, safety training, safety audit, risk management, communication and feedback and also safety promotion. The accredited center is advised to pay attention to these ten elements in order to improve safety management practices in the TVET sector

    Pembangunan aplikasi android pembelajaran reka bentuk grafik digital

    Get PDF
    Pembelajaran kendiri menjadi salah satu pembelajaran yang diminati oleh golongan pelajar di universiti. Salah satu pembelajaran kendiri adalah melalui Mobile Learning (M-Learning). MLearning lebih bersifat kepada pembelajaran kendiri yang menggunakan alat mudah alih seperti telefon bimbit, personal assistant (PDA), Palm Talk dan lain-lain. Tujuan kajian adalah untuk membangunkan aplikasi android pembelajaran Reka Bentuk Grafik Digital dan menilai kebolehfungsian aplikasi android pembelajaran Reka Bnetuk Grafik Digital daripada aspek reka bentuk informasi, antaramuka dan interaksi. Model ASSURE dijadikan panduan dalam membangunkan aplikasi android ini dimana model ASSURE mempunyai enam komponen. Aplikasi ini dibina dengan menggunakan perisian Adobe Flash, Adobe Photoshop dan Camtasia Studio 8. Pengujian dan penilaian telah dilakukan terhadap tiga orang pakar yang berkemahiran dalam biang Rek Bentuk Grafik Digital dan Multimedia Kreatif. Selain daripada itu, seramai tiga puluh orang responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), (program Multimedia Kreatif) telah mengambil bahagian dalam proses penilaian kepuasan pengguna. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat menyokong pelajar yang inginkan pembelajaran secara kendiri melalui aplikasi android

    Kesan penggunaan e-konkrit berasaskan model needham lima fasa terhadap kesesuaian isi kandungan dan pencapaian pelajar

    Get PDF
    Kaedah pengajaran memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Kaedah pengajaran konvensional sedia ada kurang menarik perhatian pelajar jika ianya hanya melibatkan interaksi satu hala e-Pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menarik minat dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji kesan e-Konkrit menggunakan Model Needham Lima Fasa terhadap kesesuaian isi kandandungan dan pencapaian..

    Pembangunan aplikasi pembelajaran M-SPWTC untuk kursus pemasangan dan penyelenggaraan elektrik satu fasa

    Get PDF
    Penggunaan pembelajaran mobile sebagai bahan sokongan pembelajaran semakin meluas dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini. Namun begitu masalah yang wujud adalah tidak ada satu aplikasi pembelajaran yang berasaskan pembelajaran mobile yang pernah dibangunkan atau disediakan untuk keperluan pelajar kolej vokasional dalam kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa khususnya bagi topik pengujian elektrik satu fasa. Oleh itu, tujuan aplikasi pembelajaran M-SPWTC yang berasaskan platform android ini dibangunkan adalah untuk dijadikan bahan sokongan pembelajaran serta meningkatkan pemahaman pelajar dalam kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan dan menilai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam aplikasi pembelajaran M-SPWTC serta mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap aplikasi pembelajaran M-SPWTC. Reka bentuk kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar kolej vokasional dan 4 orang pakar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 20 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, serta min. Secara keseluruhannya aplikasi pembelajaran M-SPWTC ini berjaya dibangunkan dan boleh diterima pakai. Hasil dapatan penilaian juga menunjukkan elemen yang diintegrasikan dalam M-SPWTC memenuhi keperluan penggunaan seperti penggunaan teks, video, animasi dan grafik serta diterima oleh pelajar sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada perekabentuk kandungan pembelajaran atas talian khususnya bagi bidang TVET

    Persepsi pelajar terhadap persekitaran fizikal bilik kuliah dia blok FPTV dan blok UTHM dari aspek pengajaran dan pembelajaran

    Get PDF
    Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap persekitaran fizikal bilik kuliah di antara blok FPTV dengan blok UTHM (di luar FPTV). Antara faktor tersebut ialah kebersihan, pencahayaan, pengudaraan, susunan perabot dan kemudahan. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang dipilih ialah set borang kaji selidik. Seramai 313 orang pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah dipilih sebagai responden di dalam kajian ini..

    Student’s attendance system using QR code

    Get PDF
    The purpose of this project is to develop a system that can record the presence of students using QR code. Previously, teachers needed to use paper to record student attendance. There are many problems that arise when teachers use paper as a record of student attendance such as a loss of attendance record and have been taken a long time. The objective of the study is to design a prototype interface of student attendance system using QR code and casing of QR code scanner, to build up the design the prototype interface of student attendance system using QR code and casing of QR code scanner and test the functionality the prototype of interface student attendance system using QR code and casing of QR code scanner. The interface for this system will be integrated with the LabVIEW Software to develop a database. This system can record the attendance of the student to school and a warning letter will be automatically generated when the student does not come to school in 2 days repeatedly. The development process of the Student Attendance System Using QR Code is based on the Prototype Development Model that consists of a five-phase model, that is planning, analysis, design, Prototype development, and testing. The design of casing for QR code scanner was developed using Sketchup software. LabVIEW Software is used to generate interface displays and built-in databases using Microsoft Excel. Overall, the system that has been developed can work well and achieves the objectives set

    PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PELAKSANAAN SERENTAK SISTEM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI UTHM

    Get PDF
    Malaysian Skills Certificate (MSC) is a skill program that was introduced to strengthen the empowerment of skills. The aim of this study was to identify the perceptions of teachers on the implementation of simultaneous MSC at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) in the aspect of practical knowledge, technical skills and project implementation MSC group. The design of this study is a survey research. A total of 70 respondents were selected through purposive sampling method. The respondents consisted of training teachers from Bachelor of Vocational Education (Building Construction) of Cohorts Three in February 2013/2014 session intake who are currently undergoing the MSC Level 2 course at the Faculty of Technical and Vocational Education (FPTV), UTHM. Researchers used questionnaires to obtain feedback from respondents. The data were analyzed using descriptive statistic. Conclusions from the data analysis showed that students had practical knowledge (mean score = 3.01), technical skills (mean score = 3.08) and group MSC project implementation (mean score = 3.32) during simultaneous implementation of MSC. Overall, the mean score interpretation is at a high level

    Kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir (FPTV) di UTHM

    Get PDF
    Kemahiran keusahawanan merupakan kebolehan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan. Permasalahan kajian adalah kurang dapatan mengenai tahap kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi PdP dan menyebabkan kadar pengangguran siswazah semakin meningkat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmana kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di UTHM. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Responden melibatkan 144 orang pelajar tahun empat (4) iaitu pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional di FPTV, UTHM. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) version 21.0 dan di interpretasi dalam bentuk min dan sisihan piawaian. Hasil maklum balas mendapati pelajar menunjukkan penerimaan yang sederhana untuk ketiga-tiga aspek iaitu dari aspek kebolehan pelajar dalam merebut peluang perniagaan, merangka perancangan perniagaan dan mengenalpasti kebolehan untuk bekerja sendiri dalam bidang keusahawanan. Sumbangan kajian ini dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada tenaga pengajar dalam merancang strategi yang terbaik untuk meningkatkan tahap keusahawanan menerusi aktiviti PdP
    corecore