19 research outputs found

    Forum televisyen dari sudut etnografi komunikasi

    Get PDF
    Forum televisyen merupakan suatu peristiwa bahasa. Ini kerana adanya kegiatan bahasa yang menonjolkan penggunaan bahasa. Ujaran daripada setiap pemeran menzahirkan tautan dan jalinan yang wujud antara setiap komponen peristiwa bahasa. Pola komunikasi dalam forum televisyen yang merupakan suatu perbincangan yang interaktif amat menarik untuk diteliti sebagai keteraturan dalam hubungan dua hala. Malah pola komunikasi melalui ujaran yang berterusan dapat melihat keupayaan pemeran dalam peristiwa bahasa ini menghasilkan ungkapan yang tepat dalam perbincangan tersebut. Kajian ini memberi penelitian terhadap peristiwa bahasa forum televisyen berdasarkan Teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1986). Melalui teori ini, data daripada 14 teks forum televisyen di analisis secara deskriptif sebagai memastikan objektif kajian dapat dicapai iaitu untuk mengenal pasti komponen etnografi komunikasi dalam forum televisyen, untuk menganalisis komponen SPEAKING dalam forum televisyen berdasarkan teori Hymes (1986), untuk menghuraikan grid pertuturan dalam forum televisyen dan untuk menginterpretasikan pola komunikasi mengikut konteks latar budaya komuniti bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menjelaskan Teori Etnografi Komunikasi mampu menunjukkan bahawa pola komunikasi yang berlaku dalam peristiwa bahasa forum televisyen ini mempunyai hubung kait dengan perilaku dan budaya penutur dalam membuat interpretasi setiap ujaran. Malah berdasarkan interpretasi ujaran setiap pemeran, turut mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam peristiwa bahasa ini menitikberatkan aspek makna dan fungsi bahasa yang dilihat dalam penggunaannya menurut situasi dan konteks. Keberkesanan interpretasi makna ujaran dalam komunikasi antara pemeran amat bergantung pada konteks. Namun, penekanan konteks sahaja tanpa mempertimbangkan budaya komuniti tersebut hanya akan menimbulkan ketaksaan dalam penyampaian mesej. Oleh yang sedemikian, bidang ini dapat menghuraikan keunikan pola komunikasi yang terpapar dalam forum televisyen iaitu melalui ujaran pemeran dengan memberi tumpuan kepada interpretasi ujaran berdasarkan latar budaya komuniti ini

    Online Learning Process from the Perspective of Communication Strategy and Politeness

    No full text
    Today, online teaching and learning is widely accepted in institutions of higher learning. Although there were various problems in the beginning, all parties were receptive to this learning approach after many improvements were made to ensure that students could follow the online teaching learning activities even during the lockdowns. The objective of the study was to identify the elements of communication strategy and politeness factors and describe the use of these elements during online learning. This study was conducted through observation and recorded sessions of Google Meet (chat room). The respondents of the study consisted of 35 students of various races who took a Malay language course (MPU3201 National Language A) for one semester at Multimedia University, Melaka campus. Data recordings were analysed according to the approach of Asmah Omar and Hymes where the use of language through direct communication strategies is often expressed in the form of statements and direct questions. In addition, communication strategies that mark politeness are examined based on the factors of adherence to social rules and factors in maintaining face. The results show the importance of selecting effective communication strategies even in a formal but friendly atmosphere during teaching and learning as this can build harmonious relationships. Therefore, it is highly recommended that instructors or lecturers use communication strategies, especially in the aspect of opening expressions and appropriate language behaviour expressions by emphasizing the politeness factor so that the formal teaching and learning sessions in a formal atmosphere is appealing to students

    Language Etiquette: Teaching of Malay Language for Foreign Students

    No full text
    The element of language etiquette in the teaching of Malay language for foreign student

    Language Etiquette in Learning Malay as a Second Language: Language Etiquette in Learning Malay as a Second Language

    No full text
    Language Etiquette in Learning Malay as a Second Languag

    Language Etiquette in Learning Malay as a Second Language

    No full text
    Data from google meet chat box

    Struktur turutan interaksi dalam wacana wawancara di televisyen

    No full text
    Wacana wawancara Wanita Hari Ini merupakan rancangan yang membincangkan isu-isu berkaitan hal rumah tangga dan menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Keteraturan ujaran oleh pengacara dan orang yang diwawancara mempengaruhi khalayak untuk terus mengikuti wacana wawancara tersebut. Dalam wacana wawancara matlamat utama ialah memperoleh dan menyampaikan maklumat berkaitan isu kewanitaan. Justeru, struktur turutan interaksi yang teratur merupakan unsur utama yang melatari sesebuah wacana wawancara. Kajian ini memberi tumpuan kepada wacana wawancara Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3. Tumpuan kajian adalah terhadap skrip pengacaraan, iaitu tujuh topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga dan mentranskripsi ujaran pengacara dengan orang yang diwawancara. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Teori Analisis Perbualan, Model Struktur Turutan Interaksi dan Unsur Celahan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan struktur turutan interaksi oleh pemeran dalam wacana wawancara Wanita Hari Ini. Hasil kajian menunjukkan wujud struktur turutan interaksi yang terdiri daripada pembuka, isi dan penutup perbualan. Kewujudan struktur turutan interaksi memperlihatkan bahawa wujudnya keteraturan dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu wacana wawancara yang bersiaran secara langsung di televisyen

    Digital Learning: Exploring the Virtual Personal Social Responsibility Activities

    No full text
    Personal social responsibility (PSR) is a primary responsibility of any person (both ecological and social) towards the family, job, society, and climate. Social demand has led to PSR courses to be introduced at the university level. It provides learners with opportunities to adapt to the continuous changes required by society. However, due to the pandemic Covid-19, PSR projects are done virtually. The issue is whether this virtual PSR, as part of digital learning, serves the purpose of a conventional PSR. Purpose - The purpose of the study is to investigate students' satisfaction with virtual PSR

    Innovative educational practice for impactful teaching strategies through scaffolding method

    No full text
    As technology progresses in education, 21st-century educators need to use impactful instructional methods to ensure that the focus of education is on preparing today's children for the future. However, the biggest challenge for most lecturers in Multimedia University is teaching the non-graded subjects (pass or fail in nature). Since the subjects do not affect the CGPA, students were found not being serious or showing interest in the class. Consequently, it affects the learning outcome of the subject and also the psychosocial and moral of the students and lecturers. Therefore, action research using the Scaffolding method with a group of lecturers teaching non-graded subjects to see the effectiveness and impact on student’s learning. Grooming and Professional Etiquette subjects were chosen to be the focus of this study. The lecturers applied the new role of teachers in education using the scaffolding teaching method. Students were given tasks to organize a grooming and professional etiquette program while they showed groomed behavior. There were lectures and small discussions in the class before the event. There were peer discussion and collaboration before and during the event with minimum supervision from the lecturers. Survey questionnaires were distributed to the students at the end of the event/class for the particular semester. The results showed that this approach managed to boost up students’ grooming and professional etiquette as well as their class participation. They enjoyed the activities, more attentive, and confident when experiencing the task themselves rather than listening to lectures and watching videos in the class

    Turutan Perbualan dalam Program Pengacaraan

    No full text
    Dalam setiap program pengacaraan dapat diperhatikan bahawa perbualan yang terjalin antara pengacara dengan orang yang diwawancara (ODW) adalah merujuk kepada topik perbincangan bagi melengkapkan struktur interaksi. Program pengacaraan berperanan mengupas dan membincangkan pelbagai topik dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan membincangkan turutan perbualan dalam rancangan Wanita Hari Ini, iaitu dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Pemeran terdiri daripada pengacara dan ODW. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan analisis kualitatif dengan mengaplikasikan Model Struktur Interaksi. Hasil analisis memperlihatkan dalam program pengacaraan mengandungi turutan perbualan yang efektif yang terdiri daripada pembuka, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup perbualan. Ini memperlihatkan bahawa turutan perbualan diaplikasikan oleh pemeran sesuai dengan peranan mereka dalam program pengacaraan. Kesimpulannya turutan perbualan dikawal sepenuhnya oleh pemeran dalam program pengacaraan dan ini memberikan kesan terhadap kelancaran dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu program pengacaraan

    Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar

    Get PDF
    Peristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan siapa, bila, bagaimana, dan apa yang dapat menjelaskan segala keraguan dalam sesuatu pola komunikasi. Ini secara tidak langsung menyentuh kepada penelitian terhadap komponen dalam peraturan interaksi. Justeru, persoalan tentang etiket bahasa perlu diberi penekanan, kerana etiket bahasa memberi perhatian kepada cara-cara bahasa diungkapkan, berteraskan peraturan sosial dan budaya komuniti penuturnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan peraturan interaksi melalui pola komunikasi yang diujarkan oleh pemeran dalam peristiwa komunikatif. Tumpuan kajian adalah terhadap wawancara dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia dengan memberi penelitian terhadap peraturan interaksi yang terdapat dalam peristiwa komunikatif wawancara akhbar. Analisis data dilakukan dengan mengikut pendekatan etnografi komunikasi, dengan memberi tumpuan hanya kepada satu komponen, iaitu komponen norma interaksi. Berdasarkan kajian peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar ini didapati peraturan interaksi melalui penggunaan bahasa lisan dalam suasana formal dapat menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dalam suatu hubungan sosial yang diseimbangkan dengan pemahaman terhadap latar budaya pemeran. Ini menjelaskan bahawa etiket bahasa amat dititiberatkan dalam mencapai matlamat suatu perbincangan yang interaktif. Kebijaksanaan pemeran dalam mematuhi peraturan interaksi yang menjadi nilai tradisi suatu komuniti dapat dimanfaatkan untuk memastikan komunikasi berkesan dicapai. Bahkan dalam suatu perbincangan interaktif kematangan setiap pemeran memberi hujah dapat dinilai daripada kemampuan pemeran memahami budaya yang melatari komuniti tertentu
    corecore