13 research outputs found

    Perdagangan luar Malaysia dalam konteks AFTA, NAFTA dan EU: pendekatan model graviti

    Get PDF
    The objective of this paper is to examine the factors influencing Malaysian trade with the AFTA, EU, and NAFTA. To determine this trading relationship,the work performed was based on the gravity model estimation introduced by Timbergen (1962). The other variables that included in this analysis which are the determinants of the flow of trade, are the Gross National Product(GNP) for Malaysia and trading partners, distance between two countries, population, and the economic groups, namely NAFTA, EU, and AFTA. The results showed that the volume of trade, GNP, and population is stationarity in first differences with the LCC panel unit root test version. The cointegration test showed that the gravity model used was cointegrating, which means there is long-run relationship among the variables. Furthermore, the estimation of the gravity model with the panel ECM version showed that the GNP and population for Malaysia and trading partners, distance, and the role of economic groups like NAFTA and EU, was significant for determining the relationship of Malaysia’s trade flow with the trading partners

    Perdagangan Luar Malaysia dalam Konteks AFTA, NAFTA Dan EU: Pendekatan Model Graviti

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi perdagangan Malaysia dalam konteks AFTA, EU dan NAFTA. Untuk mengukur hubungan perdagangan, kajian dibuat berasaskan penganggaran model graviti yang telah diperkenalkan oleh Timbergen (1962). Antara pemboleh ubah yang diambil kira sebagai faktor penentu aliran perdagangan dalam model graviti ini adalah faktor Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia dan rakan dagangan, faktor jarak antara negara, jumlah populasi dan faktor kumpulan ekonomi NAFTA, EU dan AFTA. Hasil kajian mendapati pemboleh ubah jumlah dagangan, KDNK dan populasi adalah pegun dalam bentuk pembezaan pertama melalui ujian punca unit versi panel LCC. Ujian kointegrasi ke atas pemboleh ubah panel menunjukkan model graviti yang digunakan adalah berkointegrasi, iaitu wujud hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah. Penganggaran model graviti versi ECM panel pula menunjukkan faktor KDNK Malaysia dan jumlah populasi bagi Malaysia dan rakan dagangan, faktor jarak, peranan kumpulan ekonomi NAFTA dan EU adalah signifikan mempengaruhi jumlah dagangan dua-hala antara Malaysia dengan rakan dagangan dalam kajian.

    Daya saing eksport Malaysia dan ASEAN ke NAFTA dan Kesatuan Eropah

    Get PDF
    Peranan eksport terhadap ekonomi Malaysia semakin menunjukkan kepentingan temtama selepas pengenalan strategi penggalakan eksport pada awal tahun 1970-an. Di dapati peluasan eksport akan dapat menyerap lebih banyak buruh perunit output dan modal berbanding dengan industri penggantian import dan perluasan pasaran domestik. Namun begitu, perluasan eksport tentunya akan menghadapi persaingan dengan negara lain terutamanya bagi keluaran yang sama dan dominasi pasaran antarabangsa lebih dipengaruhi oleh daya saing eksport negara. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk melihat daya saing eksport Malaysia ke region ekonomi dunia iaitu Kesatuan Eropah (EU) dan negara Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) berasaskan kepada analisis anjakan-bahagian (shift-share analysis)

    Laluan pengembangan pelaburan di Malaysia 1970-1998

    Get PDF
    Ide Laluan Pengembangan Pelaburan [LDP] telah diperkenalkan oleh Dunning pada talum 1979. Hipofesis IDP menyatakan bahawa terdapat hubungan Glllara tingkat pembcUlgunan sesebuah negara (diproksikan oleh Keluaran Negara Kasar per kapita) dengan kedudukan pelaburan antarabangsanya (stok pelaburan langsung asing (PDf) bersih, iaitu FDI keillar dito/ak FDI l1lasuk). Artikel ini adalah bertujuan untuk menguji ide IDP ini bagi kes Malaysia. Hllbrmgan antara pelaburan dengan pembangunan ini akan dilihat berasaskan kajian empirikal bagi tempoh 1970-1998. Tujuannya ialah untuk menentukan sama ada PDf di Malaysia menepati jangkaan seperti apa yang disarankan dalam teorem IDP. Analisis regresi menunjukkan bahawa FDI di Malaysia memasuki tahap I dan tahap 2 daripada 5 tahap paradigma IDP dan dapatan ini menyokong paradigma IDP di Malaysia

    A Test Of Endogenous Growth Theories In Malaysia

    Get PDF
    The aim of this paper is to investigate the determinants in per capita growth rate in Malaysia. The determinants draw on the recent endogenous growth theories and apply the Solow methodology to time series data from Malaysia, In our model, we develop a three different mode IS, i.e. Solow model, Mankiw Romer  Weil model and modifies Solow model. Our results indicate that, the growth rate of investment/GDP ratio, the growth rate of export trade over GDP ratio and the ratio of quasi liabilities of the financial system to GDP lead to improved growth performance. JEL classification: E23 Keywords: endogenous growth model, international trade, government budget, and financial intermediatio

    The determinants of exports between Malaysia and the OIC member countries: A gravity model approach

    Get PDF
    AbstractThis paper investigates the impact of economic factors on bilateral exports between Malaysia and the OIC member countries. Using the panel estimation for gravity model, the data covers the period of 1997 to 2009. The gravity estimates imply the importance of size effects, level of openness of the economy, inflation rates, and the exchange rates as determinants of Malaysia's exports to OIC countries. The estimation of individual effects shows the significance of distance and institutions in enhancing Malaysia-OIC exports

    Hubungan sebab-akibat antara eksport mengikut sektor dan pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN terpilih

    No full text
    eori ekonomi pembangunan dan perdagangan dan perdagangan menyatakan bahawa pertumbuhan dalam eksport menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan dalam ekonomi. Kajian ini menggunakan data siri masa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport yang dipisahkan mengikut sektor, iaitu sektor pertama dan kedua dengan tempoh masa antara tahun 1970 hingga 1998 bagi negara ASEAN terpilih iaitu Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Didapati kedua-dua eksport sektor pertama dan sektor kedua berko-integrasi dengan KDNK, atau wujud hubungan jangka panjang antara keduanya. Analisis ujian penyebab-Granger pula menunjukkan pertumbuhan dalam kedua-dua eksport pertama dan kedua ini membawa kepada pertumbuhan dalam KDNK dan ini menyokong hipotesis pertumbuhan pacuan-eksport di negara-negara terliba

    Penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia: analisis sebab-penyebab

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan menggunakan pendekatan ujian sebab-penyebab. Ujian ini untuk melihat kewujudan hubungan jangka panjang antara guna tenaga dan penggunaan sumber tenaga yang merangkumi penggunaan petroleum (OIL), pengggunaan elektrik (ELEC) dan penggunaan arang batu (COIL). Disamping itu, kajian ini juga ingin melihat hubungan penggunaan setiap jenis tenaga dengan pertumbuhan ekonomi dan hubungan guna tenaga dengan pertumbuhan ekonomi. Apakah wujud hubungan yang jelas antara ketiga-tiga pembolehubah secara sehala atau hubungan berbilang. Kajian ini akan menjawab persoalan tersebut dengan mengaplikasikan penggunaan ujian model VAR tanpa kekangan dan model VECM. Hasil kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan bagi ketiga - tiga pembolehubah tersebut

    Pertumbuhan pacuan pelaburan langsung asing: Ujian sebab-menyebab di Malaysia

    Get PDF
    Kepentingan pelaburan langsung asing (PLA) masuk di beberapa negara ditunjukkan dari segi peranannya memacu pertumbuhan ekonomi. Kajian-kajian PLA dan kaitannya dengan pertumbuhan ekonomi menyatakan bahawa PLA bertindak-balas atau merangsang pertumbuhan ekonomi manakala kajian lain pula menyatakan wujud hubungan songsang antara FDI dan pertumbuhan ekonomi. Dengan menggunakan data siri masa antara tahun 1980 hingga 2001, kajian ini adalah untuk mengenal-pasti arah yang wujud antara aliran PLA masuk dengan pertumbuhan ekonomi negara. Aliran PLA masuk dikelaskan kepada empat punca utama, iaitu daripada Kesatuan Eropah, NAFTA, negara-negara Asia-Pasifik dan ASEAN. Kajian mendapati, PLA masuk dan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berko-integrasi atau wujud hubungan jangka panjang antara keduanya. Analisis sebab-menyebab Granger versi VECM pula menunjukkan PLA masuk dari ASEAN dan NAFTA membentuk hubungan dua-hala dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Keadaan sebaliknya berlaku bagi kes PLA masuk dari Kesatuan Eropah yang membentuk hubungan sehala, iaitu pertumbuhan dalam ekonomi memberi kesan kepada PLA masuk dari Kesatuan Eropah manakala pertumbuhan dalam PLA masuk tidak memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Bagi kes PLA masuk dari Asia-Pasific pula menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan sehala mahupun dua hala antara PLA masuk dengan pertumbuhan ekonomi Malaysi
    corecore