Hubungan sebab-akibat antara eksport mengikut sektor dan pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN terpilih

Abstract

eori ekonomi pembangunan dan perdagangan dan perdagangan menyatakan bahawa pertumbuhan dalam eksport menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan dalam ekonomi. Kajian ini menggunakan data siri masa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport yang dipisahkan mengikut sektor, iaitu sektor pertama dan kedua dengan tempoh masa antara tahun 1970 hingga 1998 bagi negara ASEAN terpilih iaitu Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Didapati kedua-dua eksport sektor pertama dan sektor kedua berko-integrasi dengan KDNK, atau wujud hubungan jangka panjang antara keduanya. Analisis ujian penyebab-Granger pula menunjukkan pertumbuhan dalam kedua-dua eksport pertama dan kedua ini membawa kepada pertumbuhan dalam KDNK dan ini menyokong hipotesis pertumbuhan pacuan-eksport di negara-negara terliba

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image