Daya saing eksport Malaysia dan ASEAN ke NAFTA dan Kesatuan Eropah

Abstract

Peranan eksport terhadap ekonomi Malaysia semakin menunjukkan kepentingan temtama selepas pengenalan strategi penggalakan eksport pada awal tahun 1970-an. Di dapati peluasan eksport akan dapat menyerap lebih banyak buruh perunit output dan modal berbanding dengan industri penggantian import dan perluasan pasaran domestik. Namun begitu, perluasan eksport tentunya akan menghadapi persaingan dengan negara lain terutamanya bagi keluaran yang sama dan dominasi pasaran antarabangsa lebih dipengaruhi oleh daya saing eksport negara. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk melihat daya saing eksport Malaysia ke region ekonomi dunia iaitu Kesatuan Eropah (EU) dan negara Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) berasaskan kepada analisis anjakan-bahagian (shift-share analysis)

    Similar works