10 research outputs found

    Students perception on social entrepreneurship education in higher education institutions (HEIs)

    Get PDF
    Education can play a role in heightening the development of social entrepreneurship (SE) knowledge and skills in a developing country. Malaysia is amongst countries with undesirably low achievement level in the overall social entrepreneurship activity. Hence, efforts need to be enhanced so that the younger generation would be more inclined and motivated to partake in social entrepreneurship to contribute to the existing added value that students already possess. The early cultivation of social entrepreneurship can be detected through informal exposure by students who are actively involved in voluntary projects and developmental community club called ENACTUS. Apart from that, some higher education institutions are offering subjects and short term projects related to social entrepreneurship. The efficacy of SE education will be a yard stick to ensure that more prospective social entrepreneurs are produced in the future. Therefore, a descriptive research has been conducted on 350 ENACTUS members using stratified sampling to explore students and alumni perception on social entrepreneurship. Findings showed that a majority of students agreed if SE education is made a compulsory course in HEI. However, the alumni did not agree with this idea. Although many students and Alumni admitted that they understand the social entrepreneurship concept, nevertheless there are a select few who could not complete their main goal when managing ENACTUS projects. Therefore, they were unable to make their ideologies run concurrently with goals of the projects. This article will attempt to discuss the implications of cultivating the social entrepreneurship culture

    Keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4

    Get PDF
    Mata pelajaran perniagaan sering mendapat peratus lulus yang rendah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Justeru untuk meningkatkan pencapaian ini, maka pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan guru antaranya pendekatan berasaskan konstruktivisme. Pendekatan ini menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif dan interaktif, seterusnya menarik minat murid untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Oleh itu, wujud keperluan untuk membina modul komik perniagaan walaupun keberkesanannya masih belum pasti. Justeru, kajian telah dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti keberkesanan modul komik bagi mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4. Reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan bersama teknik persampelan bertujuan ke atas 60 murid tingkatan 4 dengan mengambil kira agihan tidak seimbang walaupun ciri-ciri murid adalah sama. Instrumen kajian pula melibatkan soal selidik dan ujian penilaian. Analisis diskriptif digunakan bagi menjana nilai tahap modul komik perniagaan, sementara analisis inferensi pula bagi mendapatkan perbezaan keberkesanan komik antara dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan berada pada tahap tinggi bagi konstruk isi kandungan, interaksi, kepentingan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan, terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pasca. Implikasi kajian membuktikan bahawa teori konstruktivisme relevan digunakan ke atas murid tingkatan 4 bagi meningkatkan pencapaian mereka mata pelajaran Perniagaan menerusi keberkesanan modul komik

    Entrepreneurial intention and social entrepreneurship among students in Malaysian higher education

    Get PDF
    The recent instability in economy was found to be influencing the situation in Malaysia whether directly or indirectly. Taking that into consideration, the government needs to find the best approach to balance its citizen’s socio-economic strata level urgently. Through education platform is among the efforts planned and acted upon for the purpose of balancing the effects of the influence, through the exposure of social entrepreneurial activity towards youth especially those in higher institution level. Armed with knowledge and skills that they gained, with the support by entrepreneurial culture and environment while in campus; indirectly, the students will lean more on making social entrepreneurship as a career option when they graduate. Following the issues of marketability and workability of current graduates that are becoming dire, research involving how far the willingness of student to create social innovation that contribute to the society without focusing solely on personal gain is relevant enough to be conducted. With that, this research is conducted with the purpose of identifying the level of entrepreneurial intention and social entrepreneurship among higher institution students in Malaysia. Stratified random sampling involves 355 undergraduate students from five public universities had been made as research respondents and data were collected through surveys. The data was then analyzed descriptively using min score and standard deviation. The study found that the entrepreneurial intention of higher education students are on moderate level, however it is the contrary for social entrepreneurship activities, where it was shown on a high level. This means that while the students only have moderate level of willingness to be a social entrepreneur, they are very committed to created social innovation through the social entrepreneurship activities conducted. The implication from this study can be contributed towards the higher institution authorities in prediction the tendency of student in becoming social entrepreneurs. Thus, the opportunities and facilities for realizing the courses related to social entrepreneurship must be created expansively so that the vision of creating as many social entrepreneurs as possible can be achieved

    Mengalakkan kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan melalui literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri dalam kalangan pelajar universiti

    Get PDF
    Dalam abad ke-21, pendidikan keusahawanan merupakan suatu tren di dunia ini. Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju di universiti selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada rakyat untuk menjadi usahawan. Dengan adanya ilmu literasi digital serta penggunaan capaian ICT, secara tidak langsung para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu usahawan di alam maya. Kajian ini tertumpu kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kesan literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri pelajar terhadap kecenderungan untuk menjadi usahawan. Sebanyak 369 data kajian diperolehi dengan menggunakan kaedah kaji selidik dan persempelan mudah. Prosedur Sistematik Pelaksanaan Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis. Hasil kajian mendapati literasi digital dan kecekapan kendiri pelajar berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kecenderungan pelajar untuk menjadi usahawan

    Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial (TKS) di Institusi Pengajian Tinggi. Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dan Model Tekad Keusahawanan Sosial, Ernst (2011) telah dijadikan sebagai asas kajian ini. Kajian deskriptifkorelasi dikhususkan kepada faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial untuk meramal TKS. Seramai 742 sampel yang terdiri daripada pelajar IPT dan Alumni ENACTUS telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut pembahagian universiti penyelidikan, berfokus,komprehensif dan swasta. Statistik deskriptif digunakan sebagai langkah pertama analisis kajian bagi mendapatkan ciri-ciri demografi, tahap TKS,personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial. Manakala statistik inferensi melibatkan analisis perbezaan menggunakan ANOVA dua hala bagi TKS yang berlainan status keanggotaan ENACTUS mengikut kategori universiti. Manakala, hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS dianalisis menggunakan pekali korelasi Pearson. Seterusnya dilanjutan dengan teknik SEM bagi menguji pengaruh faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial ke atas TKS serta kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana. Penemuan kajian mendapati tahap TKS dan modal sosial adalah sederhana bagi pelajar IPT dan Alumni ENACTUS. Sebaliknya, tahap personaliti usahawan adalah tinggi bagi anggota ENACTUS. Manakala, tahap modal insan adalah sederhana bagi pelajar IPT. Namun, tahap modal insan adalah tinggi bagi Alumni ENACTUS. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan kecil yang signifikan bagi TKS anggota ENACTUS antara universiti penyelidikan dengan universiti berfokus. Selain itu, wujud hubungan positif antara ketiga-tiga faktor dengan TKS. Model struktural menunjukkan ketiga-tiga faktor peramal menyumbang 45.4% varians ke atas TKS dengan modal insan merupakan faktor paling tinggi menyumbang kepada TKS, diikuti personaliti usahawan dan modal sosial. Selain itu, status anggota ENACTUS memberi kesan yang positif ke atas hubungan faktor personaliti usahawan dengan TKS. Model ini dapat dijelaskan oleh 8 item TKS, 4 item personaliti usahawan, 11 item modal insan dan 4 item modal sosial dalam kalangan anggota ENACTUS di IPT. Akhirnya, kajian ini mengesahkan bahawa status anggota ENACTUS bertindak sebagai penyederhana hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS di IPT. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dalam menentukan faktor luaran yang bertindak sebagai peramal terhadap keinginan keusahawanan sosial. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada pihak universiti dan penggubal dasar untuk mengimbangi strategi pembudayaan keusahawanan sedia ada di samping memperkukuh Pelan Perusahaan Sosial Malaysia (2015-2018). Selain itu, ujian saringan dapat dilakukan dengan mengenal pasti potensi individu yang memiliki ciri-ciri personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial, sebagaimana yang diinginkan oleh setiap organisasi keusahawanan sosial. Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dengan menjadikan keusahawanan sosial sebagai aspirasi kerjaya setelah mereka bergraduat kelak

    Pengaruh Sikap dan Kemahiran Keusahawanan terhadap Keinginan Keusahawanan dalam kalangan Pelajar Universiti Awam

    No full text
    Keinginan keusahawanan sering dipengaruhi oleh sikap dan kemahiran keusahawanan kerana ia memberi kesan secara langsung. Keinginan ini juga didorong oleh peningkatan kadar pengangguran dan kesan pandemik Covid-19 terhadap peluang kebergantungan pelerjaan dengan majikan menjadi terhad. Kesan ini telah mendorong keinginan graduan Universiti Awam untuk memulakan kerjaya sendiri. Bagi merapatkan jurang pengangguran dan kesan ekonomi semasa, wujud keperluan bagi mencari penjelasan faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan keusahawanan pelajar sebelum mereka bergraduat. Penetapan faktor-faktor ini ditentukan oleh teori Pemilihan Kerjaya Holland. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sikap dan kemahiran keusahawanan terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA). Seterusnya, objektif kajian ini adalah untuk i) mengenal pasti tahap sikap, kemahiran keusahawanan dan keinginan keusahawanan pelajar UA; ii) mengenal pasti  pengaruh sikap dan kemahiran keusahawanan terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar UA. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 380 orang pelajar menggunakan persampelan rawak mudah. Manakala instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal selidik. Instrumen kajian ini telah melalui proses kesahan kandungan dan hasil ujian rintis menunjukkan nilai alpha Cronbach yang diperolehi antara 0.74 hingga 0.92. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dalam bentuk skor min, sisihan piawai dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan keinginan keusahawanan, sikap dan kemahiran keusahawanan menunjukkan tahap sederhana tinggi. Analisis regresi menunjukkan bahawa sikap dan kemahiran keusahawanan menyumbang secara signifikan  terhadap keinginan keusahawanan peratus (p>0.05, R2 =0.65). Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan teori Pemilihan Kerjaya Holland (1973) dan perancangan program keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pelajar universiti

    Validation of a social entrepreneurial self-efficacy

    No full text
    Young generation especially students in Higher Education Institutions (HEI), needs to play a role in accomplishing government initiatives to foster social entrepreneurship culture in Malaysia. They must have an in-depth understanding of the concept before applying it in creating social enterprises. Social entrepreneurship development in this country is still at the beginning stage (General Entrepreneurship Monitor 2009, 2011). However its potential also contributes to sustainable and balanced environment in the community's quality of life. A strong belief in capability and determination must be anchored by the theory of planned behaviour (Ajzen, 1991), which is associated to the theory of cognitive learning (Bandura, 1977). This study focused on self-efficacy construct towards a strong belief in social goal and sustainability in handling the problem of marginalised group through social entrepreneurial activities. The objective of this survey was to test the validity of social entrepreneurial self-efficacy (SESE) instrument. Questionnaires were distributed to 321 students who were members of ENACTUS club in HEI all over Malaysia to gather their perception towards this study. This instrument was adapted from social entrepreneurial self-efficacy by Urban (2013) and was analysed using confirmatory factor analysis (CFA). The result found that the loading factor was more than 0.70 and fit indices including goodness-of-fit of Relative Chi-Square was less than 0.50 with CFI, GFI, and TLI values were greater than 0.90 and RMSEA value was less than 0.08. Convergent validity with AVE was more than 0.54 and good construct reliability with Cronbach's alpha value was more than 0.83. More specifically, no violation of discriminant validity exists between social vision and sustainability of SESE instrument. The findings indicate that the SESE instrument met the psychometric characteristics from validity aspect and reliability to cultivate students' aspiration to become social entrepreneurs. The implications of the findings were discussed

    Modal sosial dan keusahawanan sosial

    No full text
    Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan, tetapi bertindak sebagai agen perubahan struktur sosial dan masyarakat. Perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang lebih baik bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, badan sukarela, organisasi bukan-kerajaan mahupun badan korporat semata-mata, malah kepada individu. Usahawan sosial memainkan peranan sangat penting dalam memastikan kemampanan pembangunan negara dan kelangsungan untuk diwarisi generasi akan datang. Keusahawanan social berpotensi besar untuk menjana lebih banyak inovasi dalam amalan ekonomi (Bornstein, 2004). Ironinya segelintir usahawan di Malaysia yang prihatin, bertindak secara proaktif, inovatif dan mengambil peluang ke atas masalah sosial tertentu oleh golongan berkeperluan khas (seperti gelandangan dan kemiskinan) untuk meningkatkan sosio-ekonomi yang lebih baik. Fenomena ini menggambarkan usaha perlu ditingkatkan bagi meningkatkan nilai sosio-ekonomi secara berterusan menerusi kepercayaan, jaringan dan norma sosial. Usaha perlu digiatkan bukan sahaja ditumpukan dari aspek pembangunan modal fizikal, kewangan dan insan (manusia) semata-mata, malah ditentukan oleh faktor modal sosial yang berperanan penting menyumbang kepada kejayaan sesebuah perusahaan sosial. Rentetan, sesetengah usahawan sosial didapati lebih berjaya daripada yang lain dalam meneroka dan memanfaatkan peluang sedia ada (Basu, 2009). Hal ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan norma social yang mendorong kepada tekad keusahawanan seseorang (Ajzen, 1991). Namun, skop dalam artikel ini hanya tertumpu kepada pencapaian modal sosial yang berupaya mendorong kejayaan sesebuah perusahaan sosial. Justeru, artikel ini akan membincangan pencapaian modal sosial dan kepentingannya kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia

    Validity and reliability of the social entrepreneurial personality

    No full text
    Apart from business entrepreneurs, social entrepreneurs have the ability to significantly mobilise economic development mechanism in many third world countries and sustain the living of those who are marginalized. Most researchers discovered mutual traits between both business entrepreneurs and social entrepreneurs (Martin & Osberg, 2007: 37; Ernst, 2012: 60). The gap between the fixed goals from solely reaping maximum profit to being socially oriented has become the measuring tool in research dynamic traits possessed by these social entrepreneurs. Hence, this research seeks to determine the validity and reliability of social entrepreneurial personality among 784 Enactus students in 31 public and private institutions of higher learning in Malaysia. Enactus conducts social entrepreneurial activities through community development projects in each of Malaysia’s higher institution of education. Hence, the combination between entrepreneurial orientation and prosocial results in social entrepreneurial personality (Ernst, 2012: 56) that is predominantly based on the theory of planned behaviour (Ajzen, 1991: 182). Prosocial oriented personality is understood as being conscientious and benefitting others. It encompasses the elements of empathy and social responsibility. Instead, personality that is based on entrepreneurship combines the stable entrepreneurial traits including pro-activeness, risk-taking propensity, and innovativeness. Confirmatory factor analysis (CFA) was used to assess unidimensionality, validity, reliability and fitness of social entrepreneurial model. The personality item reached the Cronbach’s alpha value greater than 0.70 for the reliability of two sub-constructs. This item also obtained a consistent and good internal validity, which was convergent and discriminant validity. The goodness-of-fit was achieved with high construct validity. The findings have important implications for the new development of social entrepreneurial personality instrument

    Tahap personaliti Big Six dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar kolej komuniti

    Get PDF
    Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan kemunculan ekonomi digital di seluruh dunia. Bagi generasi muda, adalah penting untuk melihat keusahawanan digital sebagai pilihan kerjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap personaliti Big Six (kestabilan emosi, kesungguhan, kesepakatan, ekstraversi, keterbukaan dan hubungan interpersonal) dan tahap kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan 264 pelajar Kolej Komuniti di Negeri Sembilan, serta hubungan antara kedua-duanya. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data telah dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Dapatan menunjukkan kedua-dua tahap personaliti Big Six dan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa wujud hubungan positif signifikan dengan kekuatan sederhana antara personaliti dengan kecenderungan keusahawanan digital. Implikasinya, pihak kolej komuniti perlu membina kursus keusahawanan yang selari dengan keupayaan pelajar serta berdasarkan ciri-ciri personaliti pelajar supaya berjaya mencapai sasaran kursus. Pihak kolej komuniti juga boleh membuat saringan awal bagi memilih pelajar yang berminat untuk meneruskan aktiviti perniagaan dan inovasi keusahawanan. Oleh itu, pihak institusi memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan kepada pelajar dan memupuk minat keusahawanan
    corecore