11 research outputs found

    Cerminan kuasa melalui peribahasa Melayu yang berobjekkan ‘Gajah’ dan ‘Harimau’: analisis semantik inkuisitif

    Get PDF
    Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www. malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya

    Penyebaran Sistem Vokal DMP di Yaha

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di Yaha. Bentuk vokal dilihat dari segi kesejajaran dan penyebarannya dalam ruang geografi, sama ada wujudnya persamaan ataupun perbezaan dalam varian tersebut. Metodologi yang digunakan ialah metodologi kualitatif yang dimanfaatkan dalam kajian dialektologi, khususnya kajian lapangan yang berkaitan dengan lokasi kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa di tujuh kawasan kampung yang menggunakan varian itu, pertama wujudnya kesejajaran dan penyebaran sistem fonologi bagi vokal pada sesetengah kawasan kampung di Yaha. Kedua, dialek Melayu Patani Yaha dapat dibahagikan kepada tiga varian utama, iaitu varian Yaha asli atau varian tempatan Yaha, varian pendatang (varian Pattani) dan varian campuran. Ketiga-tiga varian utama yang diperoleh daripada kawasan kajian menunjukkan bahawa varian di Yaha atau sub-varian Yaha mempunyai ciri-ciri linguistik yang agak berbeza dengan varian-varian lain di selatan Thailand (Patani). Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kajian ini, keunikan dialek, terutama sekali dialek Melayu yang wujud di selatan Thailand dapat diketengahkan

    Cerminan Kuasa Melalui Peribahasa Melayu Yang Berobjekkan ‘Gajah’ Dan ‘Harimau’: Analisis Semantik Inkuisitif

    Get PDF
    Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya

    Implementation of the IoT-Based Technology on Patient Medication Adherence: A Comprehensive Bibliometric and Systematic Review

    Get PDF
    The dynamic field of the Internet of Things (IoT) is constantly increasing, providing a plethora of potential integration across various sectors, most notably healthcare. The IoT represents a significant technological leap in healthcare management systems, coinciding with the rising preference for personalized, proactive, cost-effective treatment techniques. This review aimed to thoroughly assess the existing literature through a systematic review and bibliometric analysis, identifying untapped research routes and possible domains for further exploration. The overarching goal was to provide healthcare professionals with significant insights into the impact of IoT technology on Patient Medication Adherence (PMA) and related outcomes. An extensive review of 314 scientific articles on the deployment of IoT within pharmaceutical care services revealed a rising trend in publication volume, with a significant increase in recent years. Pertinently, from the 33 publications finally selected, substantial data support the potential of the IoT to improve PMA, particularly among senior patients with chronic conditions. This paper also comments on various regularly implemented IoT-based systems, noting their unique benefits and limitations. In conclusion, the critical relevance of PMA is highlighted, arguing for its emphasis in future discussions. Furthermore, the need for additional research endeavors is proposed to face and overcome existing constraints and establish the long-term effectiveness of IoT technologies in maximizing patient outcomes

    A pilot study to assess serum potassium levels and haemolysis in red cell units

    Get PDF
    Introduction: Percentage of haemolysis is widely used as a quality parameter to assess red blood cell viability in blood banking. In certain blood banks, serum potassium level is used due to the unavailability of the former test. The relationship between these two tests, however, is still unclear. The objective of this study is to determine the association between haemolysis measured using two different methods for quality control. Methods: A total of forty-four samples of packed red cell in citrate-phosphate-dextrose with optisol were randomly selected from donation drives. Nine millilitres of blood was collected weekly starting from day-2 of storage, followed by day-7, 14, 21, 28, 35 and 42 for assessment of red blood cell haemolysis by measuring serum potassium level and percentage of haemolysis. Results: These two parameters were correlated significantly with a positive moderate linear relationship on day 7, 21 and 28 with r = 0.393, 0.448 and 0.425, respectively and p-values less than 0.01. The linear regression analysis showed there was a significant regression equation which could be used to predict the serum potassium level from the percentage of haemolysis. Conclusion: There were significant increases in the percentage of haemolysis and serum potassium level in the packed red cell units with storage. The serum potassium level would be able to be predicted from the percentage of haemolysis using the regression equations on day 7, 21 and 28. The serum potassium measurement could be used as an alternative test to the percentage of haemolysis before issuing blood

    Harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman arab: analisis tatatingkat kekangan

    Get PDF
    Makalah ini menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Data kajian terdiri daripada data skunder yang diperolehi daripada pangkalan data korpus berkomputer UKM-DBP yang berjumlah 5 juta patah perkataan. Data dijana dengan menggunakan perisian Oxford WordSmith Tools, dan fenomena fonologi yang berlaku dianalisis dengan menggunakan pendekatan tatatingkat kekangan teori Optimaliti. Kata pinjaman Arab didapati mengalami perubahan fonologi kerana terpaksa mematuhi sistem fonologi bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan dengan struktur suku kata. Bahasa Melayu tidak membenarkan kewujudan konsonan rangkap sama ada di posisi onset atau koda, serta tidak membenarkan konsonan geminat. Analisis menunjukkan motivasi fonologi yang mendorong berlakunya harmoni vokal dan degeminasi adalah keperluan untuk mematuhi struktur suku kata dasar dan kata minimal bahasa Melayu. Setiap suku kata mesti berstruktur (K)V(K) dan ini dikawal oleh kekangan *KOMPLEKS dan *SP. Setiap kata dasar pula digalakkan bersuku kata dua, dan ini dikawal oleh kekangan kata minimal KtPr=KD-σ. Kesan daripada pematuhan kekangan tersebut melibatkan pengingkaran kekangan lain, seperti *SEBAR, MAKS-IO, MAKS-μ, dan DEP-IO. Kesemua kekangan ini perlu ditatatingkatkan, dan hierarki kekangan yang dicadangkan adalah *KOMPLEKS, *SP >> KtPr=KD-σ >> MAKS-IO >> DEP-IO >> *SEBAR >> MAKS-μ. Analisis tatatingkat kekangan ini berupaya memberikan penjelasan yang baik dan berpada tentang fenomena harmoni vokal dan degeminasi yang berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya proses natifisasi dalam kata pinjaman Arab akibat perbezaan sistem fonologi bahasa sumber dan bahasa peminjam. Tatatingkat kekangan bahasa Melayu natif didapati masih beroperasi secara aktif ke atas kata pinjaman Arab

    Penginterpretasian metafora air sebagai interaksi hubungan dalam Weltanschuung Melayu: satu analisis model hibrid baharu

    Get PDF
    Air begitu penting pada setiap hidupan di seluruh dunia kerana air menjadi sumber asas untuk meneruskan kelangsungan hidup yang baik. Ciri fizikal air, fungsi dan tingkah lakunya yang pelbagai membuatkan manusia memanfaatkannya untuk diabstrakkan ke dalam bentuk metafora sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menginterpretasi maksud metafora yang mengkonsepsikan air sebagai hubungan dan menjelaskan perkaitan antara tingkah laku air yang dikaji dengan makna yang diperoleh. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Bagi mendapatkan data yang berunsurkan metafora, tingkah laku air seperti mengalir dan meresap telah dijana dalam Korpus DBP. Oleh itu, Model Hibrid Baharu dijadikan sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora untuk mencungkil maksud tersirat daripada ungkapan metafora yang menyerlahkan konsepsi hubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa air sebagai konsepsi hubungan terserlah dalam empat perspektif, iaitu kekeluargaan, kepimpinan, keagamaan dan keperibadian. Dapatan yang diperoleh ini berupaya menjelaskan persepsi orang Melayu terhadap unsur air sekali gus mencerminkan weltanschauung Melayu dalam berbahasa. Kajian sebegini harus dikembangkan lagi kerana kedinamikan air didapati boleh menghasilkan pelbagai konsep selari dengan konteks yang dibicarakan. Di samping itu, kekuatan Model Hibrid Baharu yang bersifat inklusif wajar dimanfaatkan dalam menganalisis ungkapan bermetafora kerana gabungan antara kekuatan pendekatan Linguistik Kognitif dan pragmatik membantu pengkaji untuk mendapatkan maksud metafora yang lebih tepat secara bersistematik

    Synthesis of jatropha-oil-based polyester polyol as sustainable biobased material for waterborne polyurethane dispersion

    No full text
    The utilization of vegetable oil in the production of polymeric material has gained interest due to its proven ability to replace nonrenewable petroleum sources, as it is readily modified via chemical reaction to produce polyol and subsequently for polyurethane production. Jatropha oil (JO), a second-generation feedstock, is one of the suitable candidates for polyester polyol synthesis because it contains a high percentage of unsaturated fatty acids. In this study, jatropha-based polyester polyols (JOLs) with different hydroxyl values were successfully synthesized via a two-step method: epoxidation followed by oxirane ring-opening reaction. Ring-opening reagents; methanol, ethanol, and isopropanol were used to produce polyol with hydroxyl number of 166, 180, and 189 mg/KOH, respectively. All the synthesized JOLs exhibited a Newtonian to shear thinning behavior in the measured shear rate ranges from 10 to 1000 s−1 at 25 °C. The viscosity of a JOL ring-opened with methanol, isopropanol, and ethanol was 202, 213, and 666 mPa·s, respectively, at 20 °C and 100 s−1, which is within the range of commercially available polyols. Successively, the JOLs were reacted with isophorone diisocyanate (IPDI) to produce polyurethane prepolymer by utilizing 2,2-dimethylol propionic acid (DMPA) as an emulsifier. The prepolymer was then dispersed in water to produce a waterborne polyurethane dispersion. Colloidal stability of the jatropha-based polyurethane dispersions (JPUDs) were investigated by particle size analysis. A JPUD with a small particle size in the range of 6.39 to 43.83 nm was obtained, and the trend was associated with the soft segment of the polyol in the formulation. The zeta potentials of the JPUs ranged from −47.01 to −88.9 mV, indicating that all synthesized JPUs had high dispersity and stability. The efficient synthesis procedure, low cost, and excellent properties of the resulting product are thought to offer an opportunity to use jatropha oil as a sustainable resource for polyester polyol preparation
    corecore