32 research outputs found

    Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan : memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu

    Get PDF
    Secara khususnya, kertas kerja ini cuba meneliti peranan kiasan Melayu dalam retorik penulisan kewartawanan dan sumbangannya dalam memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Kiasan Melayu berkait rapat dengan world-view masyarakat yang dihasilkan dalam bentuk daya cipta seni yang luar biasa, membentuk pemikiran, sistem nilai, kepercayaan, falsafah dan ketamadunan bangsa. Penggunaannya dalam dunia penulisan kewartawanan berupaya mengungkapkan kesantunan, ketertiban dan keteraturan fikiran di samping berjaya mengangkat martabat bangsa dan tamadun Melayu. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Teks Ucapan Belanjawan Negara 1998. Seterusnya, pengklasifikasian bentuk-bentuk kiasan Melayu adalah berdasarkan kajian Safian Hussain (1988). Hasil kajian menunjukkan bahawa kiasan Melayu merupakan gaya bahasa yang positif, kreatif dan halus

    Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said

    Get PDF
    Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk memerikan teks secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk menghuraikan teknik retorik dan menganalisis kekerapan teknik retorik yang digunakan dalam novel Salina (1961) karya A. Samad Said. Elemen yang ditekankan dalam kajian ini ialah lima teknik retorik yang digunakan oleh A. Samad Said, iaitu teknik penceritaan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan. Berdasarkan penganalisisan kekerapan penggunaan teknik retorik, dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 33 kali. Retorik penerangan dan pemerian masing-masing sebanyak 30 kali dan 15 kali. Manakala retorik pendedahan digunakan sebanyak 14 kali. Retorik pemujukan paling sedikit digunakan, iaitu sebanyak lapan kali. Jelasnya, retorik merupakan elemen penting yang membantu pengarang menggunakan bahasa secara berkesan untuk mempengaruhi fikiran, sikap dan pendirian pembaca terhadap karya yang dihasilkan

    Keanekaragaman retorik gaya trope dalam penulisan novel Salina

    Get PDF
    Retorik merupakan satu seni bahasa estetik dan menarik yang digunakan untuk menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai fokus kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian ini dijalankan berpandukan kerangka gaya retorik yang dibina oleh Corbett dan Connors berdasarkan teori retorik klasik oleh Aristotle dan beberapa pandangan sarjana retorik lain digunakan untuk menyokong hujah dalam penghuraian data kajian. Selain itu, penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini berfokus kepada satu objektif utama, iaitu mengenal pasti dan menghuraikan penggunaan retorik gaya trope yang terdapat dalam novel A. Samad Said, iaitu Salina. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah retorik gaya trope yang digunakan oleh A. Samad Said dalam novelnya, iaitu gaya metafora, simile, hiperbola, personifikasi, oksimoron dan soalan retorik. Jelasnya, pemahaman pengucap dan penulis tentang konsep dan kepentingan retorik serta kecekapannya menggunakan retorik akan membantunya menghasilkan ucapan dan penulisan yang baik, sempurna dan berkesan

    Keberkesanan penggunaan bahasa dalam akhbar Melayu: tindak balas strategik terhadap literasi kesihatan dalam kalangan pembaca tempatan

    Get PDF
    Media dan masyarakat disatukan melalui bahasa, justeru strategi penggunaan bahasa yang berkesan akan memastikan proses penyampaian maklumat dalam rencana kesihatan berlangsung dengan lancar. Namun begitu, kesalahan dan kesilapan berbahasa dalam rencana kesihatan menyekat kelancaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi penggunaan bahasa penulisan rencana kesihatan dalam akhbar. Dari segi metodologi, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data kajian. Dalam pada itu, data kajian diperolehi daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan pada 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016 yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan dua belas (12) ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan oleh Waterhouse (1989). Hasil kajian mendapati bahawa strategi penggunaan kata dalam rencana kesihatan ada kalanya mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan dan ada kalanya tidak mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti yang disarankan oleh Waterhouse (1989) seperti penggunaan kata/istilah jargon, kesalahan ejaan dan penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastian. Strategi pembentukan ayat dalam rencana kesihatan juga didapati panjang dan melebihi jumlah maksimum patah perkataan yang disarankan. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa strategi penggunaan bahasa yang berkesan ditentukan oleh pemilihan perkataan yang tepat, mudah difahami, berpengaruh; dan pembentukan ayat yang pendek dan jelas walaupun gaya penulisan rencana kesihatan bergantung kepada topik kesihatan dan terikat dengan gaya penerbitan akhbar (house style)

    Retorik pemerian dalam ceramah agama

    Get PDF
    Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak

    Language use in new media digital communication among Iraqi interlocutors

    Get PDF
    Language is constructed according to distinguishable forms and rules that individuals follow and native speakers have a conceptual pattern of these rules. However, linguistic rules that shift over time have exceptions, such as the plural of woman is women, not woman. In fact,we may recognise exceptions and alter by referencing our understanding of rules shared within a language community. Through Facebook, interlocutors could share their languages that enhance their ability to manipulate communication with others. Language is an opportunity for interpersonal dialogue and the new media language of Facebook adds fuel to the linguistic fire. This study will describe the linguistic patterns of language use among 730 Iraqi members of a translator’s group in Baghdad University, specifically on Facebook and identify the mistakes through their communication. The methodology used in this study is Grice’s Maxims (1975) and the results show the participants' understanding and awareness in the adaptation of the four maxims. In summary, the group practises different language styles, dialects, and lack the use of grammatical rules and prepositions. This means that there ismisunderstanding of linguistic rules as well as frequent use of abbreviation in their speech and code-switching that leads them to resort to exercising their mother language (the Arabic language). To conclude, there is a serious lack of research on Iraqi speech via Facebook and the study ends with practical recommendations for researchers and educator

    Retorik pemerian dalam ceramah agama

    Get PDF
    Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat teknik retorik yang digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias. Retorik merupakan elemen penting dalam sebuah ceramah bagi menarik perhatian khalayak dan tanpa unsur retorik suatu ceramah akan menjadi hambar dan kaku. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Model Retorik Raminah Sabran (2002) dan kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ceramah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik retorik yang paling dominan digunakan dalam ceramah agama Ustaz Kazim Elias ialah retorik pemerian. Teknik ini banyak digunakan oleh Ustaz Kazim Elias bagi menarik perhatian khalayak supaya mereka mudah memahami isi penyampaian ceramahnya. Penggunaan retorik dalam ceramah agama membantu penceramah menyampaikan dakwah yang berkesan dan mampu mengubah fikiran, emosi dan tindakan khalayak

    Retrospek sumbangan Dato' Dr. Hassan Ahmad dalam kebahasaan dan penerbitan

    Get PDF
    Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan serta pengurusan. Beliau berhasrat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bukan sahaja mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan, malah sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta alat perpaduan dalam negara yang berbilang bangsa dan bahasa. Menurut beliau, kekuatan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pemikiran dan budaya tinggi dapat diperkasakan melalui penghasilan buku yang bermutu tinggi dalam bahasa tersebut. Perusahaan buku pula tidak boleh bermotif ekonomi semata-mata, malah merupakan perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry). Oleh yang demikian, kerajaan perlulah memastikan perusahaan buku diiktiraf sebagai suatu perusahaan yang penting (essential industry), iaitu perusahaan budaya (Nor Azuwan Yaakob, 2013, ms. 166-167). Beliau pernah digelar ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh Pembangunan Buku Negara’ (2005) serta merupakan tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang, malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani. Makalah ini menelusuri, merungkai dan mengupas retrospek sumbangan beliau dalam kebahasaan dan penerbitan

    Makna siratan gaya figuratif dalam cerpen Melayu karya Lim Swee Tin

    Get PDF
    Bahasa figuratif merupakan bahasa yang mengandungi makna siratan, iaitu menyamakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain secara tidak langsung. Justeru, makna siratan bererti makna yang terselindung, yang tersembunyi atau yang berada di sebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Tiga buah cerpen Melayu yang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah Kabus Dinihari karya Lim Swee Tin dipilih sebagai bahan kajian ini. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah bahasa figuratif yang mengandungi unsur personifikasi sahaja. Personifikasi merupakan gaya bahasa figuratif yang memberikan sifat dan tindak-tanduk manusia kepada benda atau perkara yang tidak bernyawa. Penganalisisan data adalah secara kualitatif. Dalam kajian mengenai bahasa figuratif, timbul persoalan hubungan antara bahasa yang digunakan dengan ketepatan perkara yang dirujuk agar makna siratannya dapat ditafsir dan difahami oleh para pembaca. Berdasarkan persoalan tersebut, maka tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis makna siratan bahasa figuratif personifikasi dalam cerpen Melayu karya Lim Swee Tin. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986) diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian terhadap ketiga-tiga buah cerpen tersebut menunjukkan bahawa terdapat 45 data personifikasi. Secara keseluruhannya, fungsi penting kajian ini telah membuktikan bahawa personifikasi merupakan kaedah, gaya dan kebijaksanaan pengarang untuk melontarkan idea dalam penulisannya. Oleh itu, sesuatu perkara yang hendak disampaikan, difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapat memberikan impak yang tinggi kepada para pembaca. Penggunaan personifikasi juga menjadikan bahasa dalam cerpen lebih puitis
    corecore