7 research outputs found

    Kerangka-kerangka kajian lepas untuk meneliti protagonis wanita dalam filem Melayu

    Get PDF
    Para sarjana lazimnya mengangkat filem-filem U-Wei Haji Saari sebagai subjek kajian dalam meneliti pemaparan wanita dalam filem Melayu. Hampir kesemua protagonis wanita U-Wei dipaparkan bertentangan dengan norma-norma masyarakat Melayu dan hal ini menjadikan watak-watak wanitanya subjek kajian yang popular. Oleh itu, artikel ini memberi tumpuan kepada kerangka-kerangka kajian lepas yang diaplikasikan dalam meneliti empat filem U-Wei yang berprotagonis wanita iaitu Perempuan, Isteri &… (1993), Black Widow-Wajah Ayu (1994), Buai Laju-Laju (2004) dan Hanyut (2016). Antara penulisan pertama tentang protagonis wanita U-Wei pada tahun 1994 sehingga yang terakhir pada tahun 2019, terdapat 15 penulisan ilmiah yang mengaplikasikan pelbagai kerangka kajian untuk membincangkan protagonis wanita U-Wei. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah kerangka kajian yang diaplikasikan dalam meneliti filem-filem berprotagonis wanita U-Wei Haji Saari sehingga Jun 2019?’. Bagi menjawab persoalan tersebut sebuah penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajiannya. Analisis kandungan dilaksanakan terhadap bahan-bahan seperti artikel jurnal, buku dan tesis untuk memperoleh data. Dapatan dalam artikel ini adalah terdapat lebih 10 kerangka kajian yang diaplikasikan untuk meneliti pelbagai permasalahan tentang filem-filem U-Wei yang berprotagonis wanita. Antara kerangka yang diaplikasikan adalah teori feminisme, semiotik, psikologi budaya, psikoanalisis feminis, psikoanalisis Lacanian, nasionalisme, performative, fasisme, paradigma three act structure, model peletakan produk, elemen mise-en-scene, self-construal dan pendekatan Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis. Kerangka-kerangka kajian yang telah diaplikasikan ini bukan sahaja terbukti mampu menemukan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan, malah turut membantu kefahaman terhadap protagonis wanita U-Wei dalam pelbagai dimensi

    ‘Pembentukan diri’ seorang isteri Melayu dalam Perempuan, Isteri & … (1993)

    Get PDF
    Penelitian dan perbincangan terhadap watak protagonis wanita U-Wei Haji Saari dalam filem Perempuan, Isteri &… (1993) adalah agak ekstensif setakat ini. Penulisan lepas tentang watak Zaleha didokumentasi dalam beberapa perspektif dan meliputi penulisan bersifat popular dan ilmiah. Walau bagaimanapun, terdapat satu kenyataan oleh Zawawi (2004) yang menyatakan bahawa, pengarah U-Wei menggarap watak Zaleha sebagai wanita Barat, dan watak ini terperangkap di sebalik pakaian serta bahasa badan wanita Timur. Artikel ini bertujuan menjawab persoalan, “apakah bentuk ‘pembentukan diri’ (self-construal) watak Zaleha yang dipaparkan sebagai isteri oleh U-Wei dalam filem Perempuan, Isteri &…?”. Bagi menjawab persoalan ini, tingkah laku Zaleha sebagai isteri akan berlandaskan perspektif Islam iaitu taat kepada suami, menjaga maruah diri, suami dan harta benda, mengurus rumah tangga serta sebagai pendorong dan pemberi motivasi, akan diteliti berdasarkan teori self-construal oleh Markus dan Kitayama (1991). Data bagi artikel ini diperoleh daripada reka bentuk kajian kualitatif. Sementara itu, instrumen untuk memperoleh data adalah temu bual dengan U-Wei dan kajian perpustakaan. Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini adalah, self-construal watak Zaleha sebagai isteri merupakan gabungan independent self-construal dan interdependent self-construal. Namun begitu, pola kognisi, emosi dan motivasi Zaleha lebih cenderung ke arah Barat iaitu independent self-construal. Justeru, artikel ini mengesahkan kenyataan Zawawi sebelum ini, iaitu watak Zaleha adalah seorang wanita Barat yang terperangkap dalam badan seorang wanita Timur

    Self-Construal watak protagonis wanita dalam filem Melayu

    Get PDF
    Bilangan filem yang memaparkan wanita sebagai protagonis adalah amat terhad dalam sejarah perfileman Melayu. Di Malaysia, U-Wei adalah pengarah yang menghasilkan filem Melayu berprotagonis wanita yang paling kontroversi setakat ini. Salah satu daripada empat buah filem U-Wei yang berprotagonis wanita adalah filem Buai Laju-Laju (2004). Filem ini adalah yang ketiga bagi U-Wei tetapi yang pertama diarahnya dalam alaf 21. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan mengkaji identiti watak protagonis Zaiton dalam filem tersebut. Teori Self-Construal oleh Markus & Kitayama (1991) diaplikasikan sebagai kerangka analisis bagi mengetahui sama ada Zaiton adalah Self-Construal interdependent (Timur) ataupun independent Self-Construal (Barat). Sebagai watak Melayu Islam, Self-Construal Zaiton dikaji peranannya sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat. Sehubungan dengan itu, persoalan kajian yang diteliti adalah, ‘apakah bentuk Self-Construal Zaiton sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat dalam filem Buai Laju-Laju?’ Data bagi artikel ini diperoleh daripada kajian jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Instrumen utama kajian yang dilaksanakan ini adalah temu bual dengan U-Wei, sebagai penulis dan pengarah filem ini. Analisis kandungan turut dilakukan terhadap filem Buai Laju-Laju, di samping penulisan-penulisan lepas. Dapatan dalam artikel ini adalah kognisi, emosi dan motivasi Zaiton lebih banyak dipengaruhi oleh dirinya sendiri berbanding pandangan, perasaan dan matlamat orang lain. Sejajar dengan itu, secara keseluruhannya watak Zaiton didapati lebih cenderung dikelaskan kepada Self- Construal Barat. Atas sebab tersebut juga watak ini didapati bertentangan dengan norma-norma sosial, agama dan budaya Melayu

    Sisterhood political solidarity dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari

    Get PDF
    Filem Black Widow-Wajah Ayu (1994) adalah arahan sutradara prolifik U-Wei Haji Saari. Filem ini adalah adaptasi daripada novel popular karya Raja Azmi Raja Sulaiman, berjudul Black Widow yang diterbitkan pada tahun 1993. Filem ini memaparkan tentang watak protagonis Mas Ayu yang berkerjaya tetapi pada masa yang sama perlu berhadapan dengan kecaman dan penindasan daripada masyarakat hanya kerana bergelar sebagai anak ‘luar nikah’. Sehubungan dengan itu, artikel ini mengaplikasikan teori sisterhood political solidarity yang dianjurkan oleh Hooks (1993), dengan berlandaskan dua konsep iaitu struktur institusi sosial dan seksisme. Bentuk-bentuk seksisme (diskriminasi, eksploitasi dan penindasan) pula dianalisis berdasarkan dua konteks iaitu hubungan protagonis wanita dengan watak-watak wanita, dan hubungan protagonis wanita dengan watak-watak lelaki. Artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘bagaimanakah struktur institusi sosial masyarakat Melayu menjadi dasar kepada bentuk-bentuk seksisme yang dialami oleh watak protagonis Mas Ayu dalam filem Black Widow-Wajah Ayu (1994)?’ Maka, data bagi kajian ini adalah berbentuk fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Instrumen utama bagi memperoleh data adalah menerusi analisis kandungan terhadap filem Black Widow Wajah Ayu, dan bahan-bahan yang berkaitan seperti artikel jurnal, tesis, bab dalam buku, majalah serta akhbar. Selari dengan pandangan Hooks, dapatan mengesahkan bahawa institusi keluarga yang berasaskan sistem patriarki yang lemah, tidak terkawal dan mementingkan diri adalah penyebab kepada Mas Ayu yang berhadapan dengan bentuk-bentuk seksisme. Penemuan turut menunjukkan bahawa bentuk-bentuk seksisme lebih banyak berlaku dalam hubungan Mas Ayu dengan watak-watak lelaki berbanding hubungannya dengan watak-watak wanita. Malah, bukan sahaja Mas Ayu yang perlu berhadapan dengan seksisme, tetapi dia turut melakukan seksisme kepada orang lain terutama dalam hubungannya dengan watak-watak lelaki

    Pt-tnts for conversion of carbon dioxide to methane

    Get PDF
    To synthesize TNTs and Pt-TNTs for conversion of CO2 to CH4 under visible light spectrum. To characterize the physical properties and optical properties of synthesized photocatalyst. To evaluate the photocatalytic efficiency between Pt-TNTs and TNTs through the degradation of carbon dioxide

    Filem sebagai wadah komunikasi: sorotan kajian lepas karya U-Wei Haji Saari

    Get PDF
    U-Wei Haji Saari menggunakan filem sebagai wadah komunikasinya untuk memaparkan isu dan budaya masyarakat Melayu. Setakat 2017, U-Wei telah menghasilkan enam buah filem antaranya, Perempuan, Isteri &… (1993), Black Widow-Wajah Ayu (1994), Jogho (1999), Kaki Bakar (2001), Buai Laju-laju (2004) dan Hanyut (2012). Filem-filem arahan U-Wei telah menerima pengiktirafan di festival-festival filem di peringkat nasional dan antarabangsa. Setakat ini filem beliau adalah yang paling banyak diangkat menjadi subjek kajian dalam bidang pengajian filem Melayu. Penulisan terawal tentang filem U-Wei dihasilkan oleh Lawrence Quek yang bertajuk “P. I. & …? Bicaranya…” pada tahun 1993. Sementara, penulisan terkini berjudul “Korpus Ilmu Filem-filem Arahan U-Wei Haji Saari” diterbitkan pada tahun 2017 oleh Nur Azliza Mohd Nor dan Nur Afifah Vanitha. Di antara penulisan pertama dan terkini terdapat lebih sepuluh artikel lain yang turut mengangkat filem-filem U-Wei sebagai subjek perbincangan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan “apakah subjek, kerangka teori dan dapatan-dapatan kajian lepas tentang filem-filem arahan U-Wei?”. Dapatan artikel ini adalah terdapat pelbagai perspektif yang digunakan untuk membincangkan filem-filem U-Wei, dan imej wanita yang dipaparkan pengarah ini cenderung diberi tumpuan. Seiring dengan itu, teori feminisme lebih banyak diaplikasikan sebagai kerangka teori berbanding teori-teori lain. Justeru, dapatan pada artikel ini mampu menyediakan pengetahuan semasa tentang korpus ilmu yang sedia ada berkenaan filem-filem arahan U-Wei bagi sarjana filem Melayu khususnya dan para penyelidik pada masa hadapan

    The association between stress, fear of COVID-19, and salivary immunoglobulin a level among sStaff nurses at Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC): a cross-sectional study

    Get PDF
    Introduction: The COVID-19 pandemic has given major impact globally. Healthcare workers (HCW) are forced to work with uncertainties about virus, extended working hours, and increasing numbers of cases. It is known that stress causes immunosuppression and salivary IgA (sIgA) is the immune marker most strongly related to work stress. However, the relationship between stress level, COVID-19 fear, and immunosuppression was unknown. Methods: The study aimed to investigate the relationship between COVID-19 related fear and stress to the sIgA level. A cross-sectional study has been conducted among 109 staff nurses in SASMEC, Kuantan, Pahang. Stratified randomized sampling was done for selection of participants. The PSS-10 and FCV -19S-M Questionnaires were administered for objective assessment of stress and fear followed by non-invasive saliva sample collection. Results: Quantitative measurement of IgA level was done using Enzyme-linked Immunosorbent Assay Kit (ELISA) for sIgA. Pearson correlation test and coefficient of determination (R2) were applied. 86% of participants were female, 83% were aged between 26-45 years old, 75% were married, 95% has been working more than 1 year, and 68% were working in high-risk stations. Majority of the participants scored moderate severity in terms of perceived stress (84%) and fear level (61%), and the mean sIgA level was 3.96ng/mL. Further analysis showed no linear correlation between stress and fear with salivary IgA level. Conclusion: HCW are inevitably exposed to high stress, especially during the pandemic, not just work-related stress and COVID exposure, but also other demographic and situational factors. Though the current study revealed moderate stress and fear levels among the staff nurses, and no significant association between salivary IgA and the stress and fear, further study may examine other factors such as coping skills, working environment, and protective factors that may modify perceived stress and subsequently immunological response
    corecore