7 research outputs found

    EKSPRESI EMOSI MELALUI BAHAN BACAAN SASTERA KANAKKANAK DARI PERSPEKTIF TEORI EMOSI

    Get PDF
    Hasil kesusasteraan tidak membawa sebarang pengertian tanpa kehadiran rasa dan emosi di dalamnya khususnya sastera kanakkanak. Kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang dapat merangsang emosi dan perasaan mereka agar pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka seiring dan seimbang dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosialnya. Bahan bacaan bukan sahaja perlu ada unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan semata-mata, namun emosinya juga penting bagi membangkitkan nilai rasa dan kejiwaan dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Dengan adanya emosi dalam bahan bacaan sastera kanakkanak yang ditampilkan, jiwa mereka lebih terangsang dan ini menjadikan perkembangan emosi mereka dapat berkembang seiring dengan tahap masing-masing. Tanpa emosi, sesuatu karya yang dihasilkan hambar dan tidak menarik perhatian khalayak khususnya kanak-kanak untuk terus membaca karya tersebut kerana karya yang dihasilkan itu kurang daya gerakan emosi dan membosankan mereka. Justeru, artikel ini akan menganalisis ekspresi emosi kanakkanak yang dikesan melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak dari sudut Teori Emosi.    Literary production is meaningless without the insertion of emotional expressions especially in children’s literature. Children need reading materials that can stimulate their emotions and feelings so that their emotional development is in tandem with their physical, spiritual and social developments. The reading materials, need not only have to have educational and knowledge elements but must also include emotional elements as well in order to to augment the children’s sentiments and sensitivity. By including elements of emotion in the texts the children’s sentiment will be stimulated in accordance with their age. Without emotions, the texts produced will be less attractive for readers, especially children. Therefore, this article utilizes Emotion Theory to analyse children’s emotional expressions as detected in children’s literature.&nbsp

    Cerita jenaka Melayu suatu manifestasi watak dan perwatakan positif

    Get PDF
    Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu daripada jenis cerita rakyat yang memaparkan watak dan perwatakan lucu sehingga menghiburkan audiens. Kajian terdahulu mengenai cerita jenaka Melayu menghasilkan tanggapan bahawa masyarakat Melayu dianggap lurus, jumud, bodoh, taat pada raja secara membuta tuli, tidak bertamadun, tidak pandai berfikir. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menyanggah pendapat tersebut dan membuktikan bahawa cerita jenaka Melayu ditunjangi oleh watak dan perwatakan positif seperti ringan tulang, menurut perintah, berani dan berdikari. Kajian ini merujuk kepada sumber primer iaitu cerita jenaka Melayu bertajuk Awang Lurus, Pak Pandir, Pak Kaduk dan Si Luncai. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan positif yang terkandung dalam cerita jenaka Melayu. Kedua, menganalisis watak dan perwatakan positif berdasarkan pendekatan Psikologi Humanistik. Penganalisisan adalah mengaplikasikan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan yang disesuaikan dengan lima prinsip pendekatan Psikologi Humanistik iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan akan harga diri dan keperluan mencapai kesempurnaan diri

    Best practice in management persuasive communication of palace writer in the diplomatic letter

    Get PDF
    A palace writer or secretary to a king is the person responsible for authoring his official letter. These people have the intelligence in the field of writing or writing and have a close relationship with the king. Hence, the advantage that it has made it easier to write letters according to the aim that required by his king, especially in diplomatic relations. Among the methods applied by the palace writers through letters are persuasive communication. This persuasive communication is important to influence other governments in establishing diplomatic relations or resolving conflicts that arise. This study will identify and analyze the persuasive communication applied by palace writers through diplomatic letters sent to other governments. In addition, this research method will use the library method and research data analysis. The findings show that this persuasive communication is among the best methods used by palace writers in diplomatic correspondence sent to the affected government. This study will directly contribute to persuasive communication research and also highlight the role of the palace writers as well as studies on the diplomatic correspondence of the Malay sultanate

    Conflict in translation of children folklore songs

    Get PDF
    TRANSLATION is a process where a person has to go through reading several times in order to have a good text. A person who is good in translation will know the target language very well. As such, that person will be able to understand the text very well and the process of comprehensibility, predictability and readability [1] will take place smoothly. A translator work is considered as tedious since the translator has to go through the process over and over again. At present, machine translation has played a major role in making the process easier and faster as compared to the traditional dictionary. Translation in a classroom will take place in a second language classroom. As such, the process of translation will be taught in the beginning of the class. The students who involve in the translation process will go through the same process as the person who is good in translation [2]. Subsequently, the students will have conflict in translation since they have not mastered the language

    Tema Politik dalam Kumpulan Puisi Pilihan Masuri S.N Berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K

    No full text
    Artikel ini membicarakan tema politik yang terdapat dalam kumpulan puisi pilihan Masuri. Kajian yang dilakukan bertitik tolak daripada pengamatan pengkaji berdasarkan pandangan sarjana sastera yang mengatakan bahawa tema dalam sesebuah puisi tidak lari dari tema politik. Pemilihan penyair Masuri pula adalah berdasarkan penyair yang proaktif dan prolifik semasa hayatnya menulis puisi. Kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis tema politik dalam kumpulan puisi pilihan Masuri. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan ialah kualitatif serta menerapkan teori sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K). Berdasarkan dapatan kajian yang dianalisis, tema politik yang ditemui ialah kepimpinan, perjuangan mempertahankan tanah air dan kesetiaan kepada negara mengikut situasi dan peristiwa yang relevan dengan empat prinsip yang diterapkan iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan

    Refleksi penyataan psikologi abnormal dalam cerpen-cerpen remaja

    Get PDF
    Makalah ini akan mengemukakan kekerapan atau kecenderungan penyataan psikologi abnormal yang dicerminkan oleh pengarang sastera remaja dan punca tercetusnya keabnormalan manusia. Zaman remaja merupakan zaman transisi dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Menurut Kohlbergh dan Gilligan peringkat zaman remaja dikatakan suatu tempoh ‘kemuncak keemosian’. Pendapat ini sesuai dengan Stanley Hall yang mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’. Huru-hara yang berlaku pada zaman ini katanya adalah hasil daripada perubahan-perubahan horman dan fizikal yang dialami oleh remaja yang kemudiannya menghasilkan tekanan-tekanan emosi dan konflik psikologi. Lantaran itu, fenomena dunia remaja tersebut banyak dirakamkan oleh pengarang karya sastera remaja. Pelbagai tingkah laku remaja dicerminkan baik positif mahupun negatif. Ekoran gagal mengawal diri maka lahirlah pelbagai penyataan psikologi abnormal

    Dissemination of values and culture through the e-folklore

    Get PDF
    This study focuses on the values and culture in the e-folklore. The objectives of the study were to identify and discuss the values in the song lyric ‘The Stork and the Mouse Deer’. The song was taken from phone application in the compilation of the ‘Kingfisher stories’ copyrighted by Dewan Bahasa and Pustaka. The e-folklore was rewritten from the Malay folklore stories. The results of the study showed that the stork has more values as compared to the mouse deer. The stork has good, honest, trust, believe, helpful and concern towards others by giving advices while the mouse deer has good values as in being clever and brilliant. It can be seen that the good values will be disseminated through the e-folklore in order to ensure the readers understand the true meaning of the each values and adapt the values in their everyday lives. This study has used the Malay Methodology theory by Hashim Awang (1994) which states that in all aspects of life there are ways in dealing with life, trust and culture among the society and related to humanity. It is hoped that further studies will focus on the values of efolklore between human and animals
    corecore