59 research outputs found

    Institusi Raja-Raja Melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan.

    Get PDF
    Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana, mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Makalah ini akan melihat peranan institusi beraja dalam menjaga kedudukan Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

    Malay Royal Institutions according to the Federal Constitution within the context of ethnic relations in Malaysia

    Get PDF
    The Malay Royal Institution has existed for centuries in the social system of the administration of Malay states in Malaysia. In this monarchy system, the sovereign has the absolute power in the state administration. However, during British colonization, the Sultan had to refer to the Resident as advisor except on matters related to Islam and Malay customs. The situation continued until the Malayan Union was introduced in 1946 when the Sultan was only authoritative on the Malay customs and Islam, while the state administration was held by the Governor. When the Malayan Union Constitution was replaced by the Malay Federation in 1948, the Sultan was given the rights to rule the country in accordance with the Constitutional Monarch. This study aims to analyze the perception of undergraduates at public higher education institutions regarding the Malay Royal Institution in the Federal Constitution within the context of ethnic relations in Malaysia. It involved 422 respondents selected from 4 public higher education institutions in Malaysia. The data obtained through surveys was analysed using SPSS program. Descriptive statistics such as frequency was used to describe the background of the respondents and to analyze the students’ perception. The findings show that the acceptance level of the students on the position of Malay Royal Institutions in the constitution is relatively and generally high. Based on the findings, several recommendations are put forward to address issues related to the position of the Malay Royal Institution. This study also contributes to the field of knowledge as the methodology employed was quantitative which was different from previous studies which used qualitative methods

    Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia

    Get PDF
    Patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan cintakan watan adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Antara faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini ialah akibat lunturnya semangat patriotisme yang dihayati khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep patriotisme, senario yang berlaku di Malaysia, halangan yang boleh menganggu-gugat penyuburan semangat patriotisme dan cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme khususnya di kalangan generasi muda

    Pengalaman pengajaran dan pembelajaran kerja sukarela melalui kursus pembangunan diri II pelajar UKM

    Get PDF
    Mulai sesi 2010/2012, struktur pengajian umum di UKM telah dirombak dengan memantapkan kepada pengaplikasian kemahiran insaniah.Untuk itu, kursus Pembangunan Diri telah diperkenalkan dan dibahagikan kepada dua iaitu Pembangunan Diri I dan Pembangunan Diri II.Pembangunan Diri 1 bertujuan mendedahkan kepada pelajar teori kemahiran insaniah yang meliputi Kemahiran Sosial dan kebertanggungjawaban, Kemahiran Kreatif dan Inovatif, Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan, Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan, Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik, Kemahiran Nilai, Sikap.Etika dan Profesionalisme, Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kemahiran Komunikasi.Manakala kursus Pembangunan Diri II menekankan kepada pengaplikasian kemahiran insaniah menerusi projek atau aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pelajar.Justeru, kertas ini akan membincangkan pengalaman pelajar UKM yang mengikuti kursus ini menjalankan projek kerja sukarela seperti pembersihan pantai, membasuh telekung di surau-surau, sukarelawan zoo dan sebagainya.Hasil projek menunjukkan pelajar memperoleh dan meningkatkan kemahiran insaniah melalui projek kerja sukarela yang dianjurkan oleh pelajar di Zoo Negara

    Persepsi belia terhadap etos bangsa: kajian di Lembah Kelang

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi belia terhadap etos bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah Kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi belia terhadap etos bangsa. Hasil kajian menunjukkan persepsi belia terhadap etos bangsa adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan belia terhadap etos bangsa iaitu daripada segi nilai, semangat, kepercayaan dan identiti adalah tinggi

    Keharmonian Kaum Berasaskan Sunnah: Kajian Terhadap Piagam Madinah

    Get PDF
    Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial sering terdedah kepada konflik. Hal ini boleh menimbulkan isu seperti diskriminasi, pergaduhan, peperangan, penindasan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kesepaduan sosial memainkan peranan penting untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat majmuk. Yathrib (nama Madinah sebelum berlakunya peristiwa hijrah) umpamanya, terpahat dalam sejarah peradaban Semenanjung Tanah Arab sebagai ‘kawasan konflik’ kerana pergaduhan dan peperangan berterusan antara kaum Aus dan Khazraj. Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah menggubal Piagam Madinah dalam usaha mengurus penduduk Madinah yang berbeza kaum, bahasa, agama dan adat budaya. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga Madinah menjadi sebuah negara yang disegani. Selain aspek kewarganegaraan, Piagam Madinah juga diyakini mengandungi ramuan yang mampu mengharmonikan hubungan antara kaum. Walau bagaimanapun, ia belum pernah disoroti secara kritikal dalam kajian-kajian semasa. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk menyingkap beberapa panduan Islam dalam mewujudkan keharmonian kaum melalui Piagam Madinah yang dianggap sebagai perintis idea perlembagaan dalam sejarah Islam. Hasil kajian menunjukkan Islam tidak memusuhi kepelbagaian etnik. Sebaliknya ia dianggap sebagai salah satu pemangkin budaya, ekonomi dan politik negara bertamadun

    HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM (ETHNIC RELATIONS IN MALAYSIA FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE)

    Get PDF
    Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan pandangan Islam terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam. Turut dibincangkan ialah prinsip kesamarataan dan keadilan dalam Islam dengan melihat situasi yang berlaku di Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hasil perbincangan menunjukkan, kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesamarataan dalam Islam berdasarkan empat hujah iaitu pertama, walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun ia bukan melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Kedua, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu tidak menjejaskan kedudukan ekonomi, dan pendidikan serta politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik daripada orang Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang telah wujud sebelum merdeka dan dimasukkan kembali apabila perlembagaan digubal. Keempat, ia adalah persetujuan yang telah dicapai melalui perundingan antara etnik.Islam is a complete way of life (din) and encompasses all activities in life. Islam preaches to its followers to enjoin good not only towards fellow Muslims but also between Muslims and non-Muslims. Non-Muslims have certain rights and are protected for as long as they are not against Islam. In regard to relations among Muslims and non-Muslims, Islam outlines specific regulations such as the ones found in Chapter al-Hujurat verse 13 that recognises ethnic diversity as a norm and that diversity is meant for people to know one another better, and not to cause conflict. Therefore, this article discusses the Islamic viewpoint on ethnicity from the perspectives of the al-Quran, prophetic traditions and Muslim scholars. Also discussed is the principle of justice and equality in Islam in relation to Malaysia particularly related to the special position of Malays in Article 153 of the Federal Constitution. The findings show that the special position of Malays does not contradict the principle of justice and equality in Islam based on four arguments: First, the Malays receive their special position as enshrined in the Federal Constitution without incurring any acts of confiscating the wealth of the non-Muslims, but instead gained from the growing economy as a whole. Second, the special position of Malays is not employed at the expense of the economic and political wellbeing of the non-Malays. Third, the special position of Malays was established long before independence and was later reinstated when the Federal Constitution was formulated. Fourth, the Malays' special position was attained through a consensus achieved by the various ethnic groups in the country

    Penentuan fasa tanaffas dan isfar fajar sidik

    Get PDF
    Kecerahan atau luminan fajar sidik berubah dari mula muncul sehingga terbit matahari. Semasa fajar mula terbit, keamatan kecerahan fajar adalah sangat rendah. Keamatan kecerahan fajar bertambah secara beransur-ansur sehingga cerah. Keamatan kecerahan fajar bertambah secara berfasa atau berperingkat. Fasa fajar atau subuh di dalam Al-Quran disebut sebagai tanaffas dan isfar dalam surah At-Takwir ayat 18 dan Al-Mudatsir ayat 34 masing-masing. Ayat ini menunjukkan ada dua peringkat atau fasa kecerahan waktu subuh iaitu tanaffas dan isfar. Dua peringkat kecerahan yang berbeza ini menggambarkan ada dua fasa fajar sidik. Kajian ini bertujuan untuk menentukan waktu berlaku dan sudut tunduk Matahari untuk fasa tanaffas dan isfar serta kecerahan kedua-dua fasa tersebut. Kajian dijalankan dengan kaedah cerapan di lapangan melibat beberapa lokasi di Malaysia dan Indonesia. Perkakasan yang digunakan ialah tetingkap benang dan fotometer SQM-LU. Dapatan kajian mendapati tetingkap benang boleh menjadi alat bagi menentukan fasa fajar. Dapatan juga menunjukkan fasa tanaffas apabila benang putih mula kelihatan dan fasa isfar apabila benang hitam mula kelihatan. Fasa tanaffas berlaku pada sudut tunduk matahari -16° hingga -14° dan fasa isfar pada sudut -14° hingga terbit Matahari. Purata kecerahan fasa tanaffas ialah 19.44 mag arcsec-2 dan purata kecerahan fasa isfar ialah 17.55 mag arcsec-2. Implikasi kajian ini dapat memberi penjelasan tentang perkataan tanaffas dan isfar dalam Al-Quran; dan memberi bukti yang menyokong kebenaran al-Quran dari perspektif sains

    Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia

    Get PDF
    Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebuah negara. Negara bangsa didefinisikan sebagai pembentukan negara berasaskan kepada proses penyatuan bangsa yang diperkuatkan dengan persempadanan wilayah tertentu dalam pembentukan identity sebuah wilayah. Malaysia dan Indonesia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik telah menempuh cabaran dalam proses pembinaan negara bangsa yang melibatkan bahasa, agama, globalisasi, isu-isu perlembagaan dan lain-lain. Artikel ini akan menganalisis peranan bahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai antara elemen utama dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan di Indonesia. Kajian ini menujukkan bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Semua pihak perlu memahami, menghayati dan mengaplikasikan konsep pembinaan negara bangsa dalam menghasilkan proses pembinaan negara yang lebih kemas dan kukuh. Satu nilai yang dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa kunci kepada kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah pelaksanaan dalam aspek perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan yang lahir dalam kepelbagaian
    corecore